Petang itu aku di 'Prince of Songkhla University' kampus Patani. Anak muda yang aku hendak berjumpa ini adalah lepasan universiti. Dia graduan dalam bidang sains sosial dan berhasrat hendak membuat sarjana atau master kata orang sekarang di Universiti Sains Malaysia. Aku sempat bertanya kepada jiranku seorang Prof. Madya di Universiti Sains Malaysia.Katanya boleh. Universiti mengiktiraf kelulusan mereka.
Anak muda yang berusia 25 tahun pernah bekerja sebagai seorang guru tetapi kemudiannya meninggalkan jawatan itu kerana soal diskriminasi. Dia lebih suka bekerja sendiri.Dengan modal yang ada ditangan dia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Dia sudah biasa hidup susah. Bapanya meninggal ketika dia berusia 6 bulan.
Menurut ibunya, bapanya ditembak oleh orang yang bersenjata waktu malam, selepas solat.Dia dipelihara oleh ibunya.Ibunya kemudian berkahwin lagi. Dia bersyukur kerana mempunyai bapa tiri yang baik Selepas bapa tirinya meninggal dunia, dia menjadi tonggak keluarga. Segala perbelanjaan untuk ke sekolah sehingga ke universiti diusahakan sendiri. Anak muda yang berkulit sawo matang ini berasal dari wilayah Narathirat yang diletakan di undang-undang tentera.Di wilayah ini banyak memakan korban. Peristiwa hitam di Takbai. 25 Oktober,2004.Waktu itu dia masih belajar lagi.
Petang itu aku sempat bertanya dia tentang Nai Can Thong. Aku yakin dia tahu tentang Nai Can Thong. Aku memang sudah tentang Nai Can Thong.Aku cuma perlukan maklumat tambahan tentang orang ini.
Sebelum ini aku pernah melihat dan membaca kerja kertas anak muda ini. Ternyata isinya cukup baik dengan carta yang berwarna-warni,perangkaan yang terkini.Cuma kelemahan dari segi bahasa sahaja. Aku kira ini perkara bagi anak-anak di Ujung Selatan yang tertakluk dibawah sistem Siam.
Ternyata Nai Can Thong masih mempunyai keturunannya di Negara Gajah Putih ini. Nai Can Thong adalah pegawai istana kerajaan Sultan Muhammad Patani.Nai Can Thong berketurunan Siam Ligor dan menjadi orang kepercayaan Sultan Muhammad. Tapi sayang Nai Can Thong menjadi pembelot. Dia membocorkan rahsia pertahanan Patani kepada Phraya Kalahum panglima perang Siam.
Tentera penjajah Siam telah berjaya menawan Patani dan seluruh wilayah Patani ditakluki pada bulan November 1786.
Inilah sejarahnya. Kata guruku,"Perangai manusia tetap sama. Ada yang baik. Ada yang jahat." Akupun teringatlah cerita saudaraku dari seberang tambak Johor. Patutlah anak Melayu di Temasik tidak boleh menjadi pilot pesawat pejuang di negara itu. Pemimpin Temasik mungkin telah belajar daripada kesilapan Sultan Muhammad
Oleh TS Kembara
No comments:
Post a Comment