Tuesday, November 26, 2013

Sumbangan Untuk Anak Yatim Di Hujung Selatan

Dalam usaha mencari sumber kewangan bagi membantu anak yatim yang sengsara akibat konflik yang belum nampak garis penamat NGO Deep Peace telah meletakan tabung di gerai makan Tom Yam.

Setakat ini tabung ini terdapat di Kedah,Melaka dan Johor. Menurut salah anggota Deep Peace, Cik Huda sambutan yang diberikan amatlah memuaskan.

Ketika ditanya bagaimana dengan kedudukan negeri lain di Malaysia. Menurut beliau tabung ini mendapat bantuan dan kerjasama Persatuan Tom Yam yang wujud di negeri tersebut.

"Negeri-negeri yang belum menubuhkan persatuan, kami belum letak tabung ini." jelas Cik Huda

Pihak Deep Peace sedang bangunan dua tingkat di Kampung Balo,daerah Palas, wilayah Patani.Tingkat pertama dijangka siap pada bulan Mei tahun 2014.


Gambar di kanan Cik Huda dan rakannya.


Sehingga kini Deep Peace mempunyai pejabat sementaranya di Jala,Patani Darussalam.








Oleh Hay Bin Yazan

Wednesday, November 13, 2013

Melebarkan Rangkaian Mengerat Ukhuwah

Ketika Aman Patani hendak mengadakan qurban pada Hari Raya Aidil Adha kami meminta bantuan daripada rakan-rakan warga Ujung Selatan.

Keadaan menjadi mudah bila teringat badan-badan NGO seperti 'Bunga Raya',DeepPeace dan 'HAP'. 

Kami meminta mencari kawasan yang sesuai untuk mengadakan korban. Dengan Hasan Tolla dan Kak Ti serta DeepPeace tidak susah untuk mengadakan korban. Yang pentingnya ada rangkaian. Kami di Malaysia tentulah tidak arif lobang dan lubuknya. 

Pihak kami (Aman Patani dan Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan) begitu terharu dengan sambutan yang diberikan. Ustaz Kamaruddin  atau lebih dikenali dengan nama  Ustaz Din melakukan sembelihan.

Menurut 'Puan' Afifa dari Aman Patani Malaysia, "saya begitu selesa sekali berada di sini. Mereka membahasakan diri mereka sebagai 'ibu'( yang perempuan, di Malaysia sebagai 'Mak Cik"). Masakannya begitu sedap dan lazat," jelas anak gadis lulusan dalam bidang komunikasi Universiti Sains Malaysia. 

Setiusaha Aman Patani, Encik Saiful Affendi begitu gembira sekali dengan kejayaan Aman Patani mengadakan korban di Ujung Selatan walaupun beliau tidak dapat hadir. Menurut beliau acara korban akan dijadikan acara tahunan dalam program Aman Patani.