Friday, January 24, 2014

Pada Mu Jua Ku Pohon

Gambar dikanan,Alauddin,tengah Ustaz Kamaruddin dan Zulkifli.



Muhammad Alauddin(Aladi) pengerusi terkini NGO Deep Peace turun ke padang bertemu dengan peniaga Tom Yam di sekitar bandar Alor Setar baru-baru ini. Tujuan mereka ialah meletakkan tabung bagi membiayai dan menyiapkan kompleks pendidikan anak yatim di Kampung Baloi,Mukim Baloi, Jambu,Patani.


Menurut Sdr. Alauddin setakat 1 300 orang anak yatim yang berdaftar dibawah Deep Peace.

Kunjungan mereka selama 2 hari ke sini mendapat sambutan yang cukup menggalakan.

Deep Peace merupakan salah satu NGO yang membantu anak yatim di bumi Fathoni Darussalam.Di sini Deep Peace bekerjasama dengan Aman Patani,sebuah NGO di Malaysia, yang ditubuhkan khusus untuk rakyat Patani dalam soal kebajikan.


Tuhan yang Maha Esa,
alangkah sedihnya melihat anak yatim terbiar melarat.
hidup yang tergadai
Dalam masyarakat yang diternak oleh penjajah.

Di sini juga aku mendengar suara
suara jerit orang yang terluka.

Anak-anak yatim di jalan
Yang tinggal dalam sepi
Yang ayahnya tewas di medan...

Janganlah kita remehkan mereka
Anak-anak yatim berbaris sepanjang sejarah
Bersama duka yang dibawa berlari
Mereka juga dari khemah Ibrahim

Oleh Shakir  Taha

NENEK! OH! NENEK!


Nenek Oh! Nenek!
Saksikanlah cucumu ini
Masih beredam airmata 
Tanah milik kami 
Dijajah orang 

Saudara kami di seberang sana.
Bebas MERDEKA! 

Nenek!
Bapa kami belum pulang
Setiap hari kami merindui kepulangannya
Katanya,"nanti Bapa belikan  baju dan buku" 

Nenek!
Bila orang merampas hak kita
Adakah salah kami menuntut balik hak kami....?
Langit dan mentari mengetahui itu hak kami
Kami hanya menuntut hak kami

TANAH PUSAKA YANG TERLUKA! 

Oleh Hay bin Yazan

Tuesday, January 21, 2014

Bernaung Di Bawah Rumpun Kasih

Bila tiba waktu mereka akan berpindah dan menetap di sini. Di sinilah mereka akan menetap dalam jangka waktu yang mereka sendiri tidak mengetahui. Mereka ialah anak yatim dan yatim piatu. Mereka tidak minta dilahirkan begini.

Manusia perlu tempat tinggal dan kasih sayang. Untuk tujuan ini NGO Deep Peace dengan kudrat yang ada, ditambah pula oleh masyarakat yang perihatin serta dibantu oleh NGO daripada Malaysia Aman Patani bersetuju mendirikan Komplek Anak Yatim di atas tanah seluas 8 ekar di Kampung Baloi, Mukim Baloi, Jambu(Yaring) wilayah Patani.

Gambar kiri,Encik Zambree (penyelaras projek)

Menurut Encik Zambree, fasa pertama ialah menyiapkan bangunan untuk asrama lelaki. Peringkat ini pihaknya menyiapkan satu tingkat dahulu.Bila cukup dana tingkat dua akan dibangunkan. Setakat sebanyak 1.1juta bath telah dibelanja.Untuk menyiapkan keseluruhan bangunan asrama lelaki dijangka memerlukan 6 juta bath.

Encik Zambree berkata,"Bila siap sebahagian daripada komplek ini pejabat Deep Peace akan berpindah ke sini. Kg Baloi terletak kira-kira 30 kilometer daripada bandar Patani.

Di komplek ini juga akan dibangunkan sekolah aliran Melayu bagi memperkasakan pendidikan anak Patani.



Ini ialah asrama lelaki yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini.











Bahagian depan asrama lelaki.Di sekitar asrama ditanam dengan pohon herba yang cukup berguna untuk manusia.














Jalan masuk ke asrama lelaki dipenuhi dengan pohon-pohon kayu dan herba.

Persatuan Perempuan Patani yang diketuai oleh Cik Norizan Abdilah turut menjayakan komplek anak yatim. Mereka berusaha mendapatkan sumbangan bagi menyegerakan siapnya komplek ini.

Menurut Encik Zambree lagi,ramai orang Islam dari Malaysia,Singapura,Indonesia dan Brunei turut memberikan sumbangan.

Beliau juga berharap umat Islam terus memberikan sumbangan untuk menyiapkan komplek anak yatim ini.


Oleh Shakir   Taha

Sunday, January 5, 2014

SENYUM DALAM TANGISAN BERSAMA AMAN PATANI

Patani Darussalam tanah pusaka bertuah.
Dahulu berdaulat dan merdeka.
Kitab karangan Sheikh Daud masih tetap dikaji dan ditela'ah walaupun ada yang membenci.
Telaga masih diguna pakai dan dijaga dengan elok.







Pusaka bangsa tetap dipelihara.
Biarpun ditelan usia.
Ia masih boleh berbakti di waktu sepi.
Airnya tetap segar.
Berkat doa Sheikh yang aulia.
Bertahun-tahun telaga ini berbakti untuk umat.




Hari-hari penuh luka.
Angkara durjana merebut tanah bertuah.
Hari-hari darah melimpah.
Hari-hari adalah hari syahid.

Rathaniyom,Rathaniyom,Rathaniyom.
kerana mu
Senggora menjadi Songkhala
Ligor menjadi Nakhorn Sri Thamarat
Bendang Setar kepada Ban Nang Sata
Binjai kepaa Yarang
Jambu kepada Yaring
Ada anak bangsa yang berasa bangga menggunakan bahasa mu, Oh! Rathaniyom.

Mesjid Kerisik namamu tetap disebut orang zaman berzaman.
Sejarah berdarah 28 April 2004.
32 orang anak muda syahid.
Mereka berumur antara 16-34tahun.
Lapan puluh lagi terkorban.
Kematian di sini dianggap perkara biasa!

Di Mesjid Kerisik menampakan wajah sebenar kerajaan Gajah Putih.

Membunuh umat Islam bukanlah suatu kesalaHAN!




Oleh Shakir  Taha