Monday, January 21, 2013

Perasmian Majlis Ulama' Fathoni Darussalam

21,Jan,Patani
Kira-kira 5 000 orang hadir dalam majlis perasmian Majlis Ulama Fathoni di Kg Parek,Barahom,Patani.

Majlis ini diadakan sempena menyambut kelahiran Nabi Besar Muhammad S.A.W di kampung halaman Ulama Besar Fathoni Sheikh Daud Al-Fathoni yang telah kembali ke rahmatullah dan disemadikan di Taif,Saudi Arabia.



Majlis yang penuh meriah dimulakan salawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Antara tetamu istimewa yang hadir adalah bekas speaker Parlimen Thailand Mat Nor Matta,Sheikh Abdul Aziz dan Pegawai Pemerintah Tentera Thailand di Ujung Selatan.

Hadirin turut dibekalkan dengan kertaskerja tentang sejarah ringkas hidup dan peranan Sheikh Daud Al-Fathoni di alam Melayu yang ditulis Ustaz Ismail Ishak Al-Fathoni seorang penulis sejarah yang terkenal di Fathoni Darussalam.

Gambar kiri sekali,Ustaz Ismail Ishak Al-Fathoni.





Beberapa buah NGO dari Malaysia turut diundang dan hadir dalam majlis tersebut. Antara NGOyang hadir ialah Persatuan Ulamak Kedah yang diketuai oleh Timbalan Yang DiPertuanya Ustaz Abu Bakar Lebai Mat dan Ustaz Ahmad Kamauddin Abdul Majid,Ustaz Kamuruddin Kassim dari Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan dan wakil Aman Patani.


Majlis yang diadakan di atas tanah pusaka Sheikh Daud yang luasnya lebih daripada 10 ekar tamat pada pukul 1.00 tengahari.









Oleh HS Fathoni

No comments: