Wednesday, March 27, 2013

Enam Orang Tentera Thai Cedera Parah

Enam tentera dilaporkan cedera parah dalam letupan bom di Krung Pinang,Jala ,Patani Darussalm. Kenderaan yang dinaiki rosak teruk akibat letupan bom.


Tuesday, March 26, 2013

Dua Tentera Siam Tewas Dalam Pertempuran

Dua orang tentera penjajah Thai telah terbunuh dalam pertempuran di Legeh,wilayah Menara tengah malam tadi.Seorang pejuang dilaporankan gugur syahid. Abdulraman dari Kampung Tenga dalam daerah Kalakawe,Menara,Patani Darussalam.




                                                
















Bau Harum Di Pusara As-Syahid Mat Rasul



Monday, March 25, 2013

Batu Nisan Pahlawan Mat Rasul Yang Membimbangkan Tentera


As-syahid Mat Rasul telah pergi  menemui Tuhannya pada 13 Februari 2013 lalu. Beliau tewas bersama rakan-rakannya sewaktu menyerang kem tentera laut  Thai di Bacok,Narathiwat,Patani Darussalam. Berita serangan ini tersebar di seluruh dunia.

Kelmarin genaplah empat puluh hari kematian pahlawan Patani itu. Batu Nisan sudah ditanam dan ranting kayu yang ditanam masih segar menghijau di pusara Mat Rasul.

Tetapi batu nisan yang dibeli hasil sumbangzn orang ramai cukup membimbangkan pihak tentera  Thai Buddha.Tentera bimbang batu ini akan membangkitkan  semangat juang rakyat Patani.



Pihak tentera telah menemui Rosni,isteri Mat Rasul meminta batu nisan itu dibuang. Setakat ini kedua pihak belum mengambil sebarang tindakan untuk  membuang batu nisan itu di perkuburan As-Syahid Mat Rasul.

Saturday, March 23, 2013

Seminar 'Bicara Patani' Dapat Sambutan Hebat

Seminar  'Bicara Patani ' yang diadakan pada hari ini jam .1.30 tenghari waktu Thailand telah mendapat sambutan yang sungguh. Dewan Besar 'Prince of Songkhla University' penuh sarat dengan hadiran sehingga melimpah ke luar dewan. khemah di luar dewan juga disediakan.

Menurut Tuan Tuwaedaniya lebih daripada 7000 orang hadir dalam seminar yang bersejarah ini.






Menurut Tuan Tuwaedaniya lagi sambutan yang diberikan ini hasil kerja keras anak muda Patani Darussalam. Mereka telah turun ke lapangan untuk bertemu dengan rakyat jelata.



Friday, March 22, 2013

Mahasiswa Terus Bekerja Di Saat-saat Terakhir

Mahasiswa masuk kampung keluar kampung ke tiga wilayah yang bergolak dan berkocak. Hanya untuk menyampaikan  maklumat tentang peristiwa besar yang ada kaitan dengan hidup dan masa depan mereka.


Inilah pengankutan  yang digunakan untuk bertemu dengan rakyat di kampung dan desa. Mereka sanggup berpanas dibawah  mentari panas. Untuk rakyat. Rakyat perlu difahamkan apa yang terjadi kerana mereka adalah pewaris tanah pusaka yang terluka.


Dalam perjalanan diperiksa oleh tentera. Tanpa takut dan bimbang mereka menerangkan tujuan perjalanan.
Tentera berpuas hati. Perjalanan menjadi mudah.Di wilayah yang terluka ini pemeriksaan sebegini rupa adalah perkara biasa.



Thursday, March 21, 2013

BICARA PATANI DI PSU MAHASISWA TURUN PADANG

Atas dasar kesedaran yang tinggi Mahaisiwa Wilayah Sempadan Selatan(PERMAS) keluar berkempen agar penduduk di tiga wilayah hadir dalam seminar yang akan diadakan pada 23 Mac ini.di Dewan Besar PSU.Patani bermula pada jam 1.00 hingga 4.30 petang.


Seminar itu diadakan bagi memahami  proses rundingan damai yang berlangsung tidak lama lagi. Jadi untuk tujuan itu ramai mahasiwa teah turun ke lapangan bermula 17 hingga 19 Mac lalu.

Tajuk yang bakal dibicarakan adalah " 28 Februari Tanda Positif dan Negatif  Terhadap Proses Eundingan Damai Patani"

Menurut Setiausaha Agung PERMAS, Sdr. Kariya Bin Wan Ahmad Musa tujuan diadakan program ini adalah kerana berlaku perjanjian  antara Kerajaan Thai dan BRN pada 28 Februari lalu.

Menurutnya lagi rakyat dan NGO harus mengambil bahagian dalam proses ini bagi menentukan nasib sendiri khasnya rakyat sebagai 'stakeholder'

Sdr. Kariya menjelaskan.lagi harus ada ruang bagi rakyat untuk memberikan pandangan dan mendapat maklumat berkenaan proses itu.

Program ini diadakan dengan kerjasama beberapa buah NGO dengan peneraju  utamanya, Pusat Berita WARTANI.


Letupan Bom Di Tengah Bandar Patani Seorang Terbunuh dan 18 cedera









Seorang anak lelaki  Nik Sofian 9 tahun maut dalam kejadian letupan bom di sini dan 18 orang cedera.Nik Sofian mati ditempat kejadian. Ibunya,Wan Limah Jehloh  juga turut cedera.

Menurut saksi 10 orang Melayu Patani cedera dan bakinya adalah orang Thai. Kesemuanya telah dikejarkan ke Hospital Patani.

Pihak polis menuduh pihak pejuang yang melakukannya. Tetapi menurut seorang pemerhati ianya dilakukan oleh pihak ketiga.




Tuesday, March 19, 2013

Surat Kepada Ayah


Buat Ayahku yang jauh dimata.
Ayah! Adik selalu menangis. Dia bertanya ke mana ayah pergi. Kenapa ayah pergi begitu lama.Sudah dua kali Hari Raya ayahanda tidak pulang. Sudah dua tahun kami tidak merasa baju baru.

Kata ibu, ayah  pergi jauh. Ya jauh sungguh ayah pergi. Mungkin ke Malaysia. Begitulah selalunya kata kawanku. Aku tidak tahu di mana Malaysia.

Biasanya setiap kali menjelang hari raya ayah akan belikan baju,kasut baju kepada aku dan adik-adik.

Ayah, semasa ketiadaan ayah,ibulah mencari wang untuk kami. Pagi-pagi ibu sudah turun mencari rezeki.Getah di kebun sudah boleh ditoreh. Itulah kemahiran yang ibu ada. Menoreh getah. Selepas pulang dari kebun ibu berehat sebentar. Kasihan ibu! Awal pagi dia sudah menyiapkan sarapan untuk kami.

Biasanya ibu pulang ke rumah sebelum jam 11.00 pagi. Selepas mandi ibu akan mengerjakan solat dhuha.

Ayah, bila pulang nanti belilah buku dan Al-Quran untuk adik-adik. Baju yang ada sudah lusuh.Kasut yang ada sudah haus tapak kakinya.

Ayah,saya sudah boleh menghafal 15 juzuk Al-Quran. Petang tadi orang berbaju hitam masuk ke kampung kita.Dia telah menembak Tok Nabe selepas solat Asar. Tok Nabe cedera parah.Dia telah dibawa ke Hospital Yala!

Tuesday, March 5, 2013

Penduduk Dakwa Harta Dirampas

Baru-baru ini beberapa buah kumpulan NGO dari Patani dan Bangkok melawat ke kampung-kampung di wilayah Narathiwat. Ngo ini namanya "Kumpulan Dengan Hati"



Pada tanggal 19 Februari 2013 yang lalu kumpulan ini atas nama Children voice for Peace telah mengadakan  kursus "bantu diri dan suara rakyat" kepada penduduk kampung dan sekitarnya.Program ini diadakan supaya penduduk memahami hak mereka dan berani menuntut keadilan secara aman.

Program ini terpaksa berhenti diawal lagi kerana diganggu dan dihalau oleh pihak tentera.Tentera bimbang dua  isu panas iaitu perlanggaran hak penduduk yang dilakukannya diketahui olehmedia dan masyarakat umum.

Isu pertama berlaku terhadap dua orang murid sekolah agama di Kampung Pupur yang berumur 14 dan 16 tahun. Mereka telah ditampar oleh tentera kerajaan Thai Buddha ketika sedang berbaris sebelum memasuki kelas. Waktu itu pagi. Mereka ini ditampar di hadapan murid lain tanpa sebarang sebab!


Isu kedua berlaku terhadap Puan Rasidah Ceksu,52 di Resak,Narathiwat. Semua hartanya simpanannya dirampas oleh pihak tentera Thai ketika mengepung dan menyiasat rumahnya.Harta itu ialah rantai leher emas.Rantai leher ini adalah harta pusaka yang  tak ternilai bagi keluarganya.

                                                     Pintu belakang rumah Puan Rasidah yang dimasuki tentera


Pada mulanya tentera menafikannya tetapi terpaksa mengaku bersalah setelah penduduk bangun melawan dan membuat laporan kepada badan hak asasi manusia dan peguam di Narathiwat.


Selepas kejadian keluarga dan penduduk kampung serta pekerja NGO diugut keras agar tidak membocor kejadian ini kepada pengetahuan umum.

Sebelum ini setiap kali tentera masuk kampung untuk mencari pejuang dan menyiasat, harta orang kampung dirampas. Sebelum ini penduduk berasa takut untuk mengadu kepada polis kerana diugut oleh tentera.Tetapi selepas kejadian yang berlaku ke atas Puan Rasidah mereka berani melawan demi mendapat hak dan menuntut keadilan yang dirampas oleh tentera Thai.




Kejadian ini menimbulkan semangat baru dan kekuatan untuk bangun melawan demi hak asasi dan keadilan yang rampas.


Sumber: 1.Sang Pupuri
             2.DeepSouth Journalism