Jam ditangan menunjukan baru pukul 2.00 petang. Kami hendak menziarahi isteri seorang pejuang. Suaminya mati ditembak oleh tentera Thai Buddha pada tanggal 4 November 2012. Pejuang itu namanya Encik Mayuding Kg......Sebayoi Singgora.
Aku dan sekumpulan mahasiswa berserta seorang doktor dari India.Turut sama dalam kumpulan kami ialah seorang psikiatri berbangsa Jepun.
Isteri pejuang itu kelihatan sesah dan sugul. Puan Asti(bukan nama yang sebenar) disahkan mengidap penyakit darah tinggi. selepas kejadian pembunuhan ke atas suaminya. Beliau diserang sakit kepala yang amat sangat.Berdenyut-denyut. Bagai nak pecah kepala. Terasa lapar tapi tidak ada selera hendak makan,tidurpun tidak lena, badannya terasa letih sungguh. Tidak ada kudrat untuk membuat kerja.
Doktor pakar dari India mengatakan Puan Asti diserang penyakit 'anxiety'dan 'depression disturb' ke tahap ASD dan akan melonjak ke tahap PSTD. Beliau menasihatkan Puan Asti segera berjumpa doktor.
Ketika kami bertemu dengan Puan Asti beliau mengandung 8 bulan.Dia dijangka akan melahirkan anaknya pada bulan Januari ini(2013).Kesihatannya yang tidak stabil boleh mempengaruhi anak dalam kandunganya.Beliau hanya makan biskut.
Menurut doktor pakar, badan Puan Asti kurang zat makanan,murung dan sentiasa teringatkan suaminya yang telah pergi.Tidur malamnya sentiasa diganggu mimpi yang ngeri dan menakut. Beliau hilang minat untuk bekerja kerana sentiasa teringat kejadian suaminya ditembak oleh tentera kerajaan. Anaknya yang berumur 5 tahun juga mengalami keadaan yang serupa. Anak ini hanya makan kueh teown sahaja.
"Anak dalam kandungannya mungkin cacat jika tidakdirawat sepenuhnya." kata doktor pakar itu.
Puan Asti cukup marah kepada pihak tentera bila teringat suaminya yang mati ditembak oleh tentera kerajaan.Demikian juga dengan anaknya yang berumur 5 tahun.Marah mereka terus menyala bila nampak tentera masuk kampung..
Kata psikiatri dari Jepun itu,"kita harus membantu dengan selalu melawatnya, selalu bercakap dengannya, dan jangan biar dia sendirian."
Ketika kami sedang berbual-bual, datang sebuah kendaraan mencurah pasir di hadapan rumahnya. Menurut pemandu kereta itu pihak tentera yang mengarahkan dia berbuat demikian. Perbuatan ini menurut kata psikiatri dari Negeri Matahari Terbit itu akan menambah sakit hati lagi perempuan yang malang ini!
Oleh Sang Pupuri
No comments:
Post a Comment