Friday, January 25, 2013

Kereta Milik Guru Yang Dibunuh Dijumpai di Tak Bai

Kereta Nissan Sedan milik Chonthee yang mati ditembak oleh penyerang bersenjata dijumpai di daerah Tak Bai  hari ini.

Chonthee Charoenchon 51,mati akibat ditembak dua das dikepala sewaktu menyeliakan makan tenghari untuk murid-murid di kantin.Penyerang yang datang dengan dua buah motorsikal mengaku sebagai waris.

Berikutan dengan kejadian  itu semua 378 buah sekolah di wilayah Narathiwat ditutup dan dijangka dibuka semula pada hari Isnin depan.

Kereta itu dijumpai setelah polis memperolehi maklumat daripada suatu sumber. Pihak polis mendapati kereta itu ditinggalkan hutan Tambon Praiwan kira-kira pukul 1.00 tengahari.

Polis percaya kereta yang ditinggalkan itu akan diambil oleh kumpulan bersenjata untuk melakukan letupan bom kereta.


Kamera keselamatan telah merakam gambar kereta itu di daerah Yi-Ngor.



Oleh TS Musafir.

No comments: