Tuesday, January 2, 2018

Aku Masih Menyebut Nama Mu

Patani Darussalam.Mungkin ramai anak muda sudah lupa. Sekarang yang mereka kenal dan sebut Yala,Pattani, Nakom Sri Thamarat, Phuket,Narathiwat, Krabi dan sebagainya. Tapi aku tetap menyebut Jala, Patani, Legor. Menara dan Bukit. Aku cukup gembira melihat tulisan Jawi hidup segar di wilayah yang bergolak dan berkocak ini. Atas dasar persaudaraan kami turut membantu dengan kemampuan tenaga burung pipit.







Badan Sukarela dari Malaysia terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan buat meringankan beban ibu tunggal di wilayah Jala. Menurut HAP( Hak Asasi Perikemanusiaan ada 9,000 anak yatim di wilayah Jala sahaja.

Tentunya angka ini meningkat lagi bila digabungkan dengan wilayah Senggora(Singgora), Menara dan Patani.Kami membantu atas persaudaraan dan kemanusiaan. Tidak lebih daripada itu.

Oleh TS Kembara.

Aman Patani Terus Membantu Anak Yatim

Kami bersama Badan Sukarela BAKUN dan Pertubuhan SosioEkologi serta dibantu oleh HAP wilayah Jala,Thailand Selatan telah memberi sedikit saguhati berupa alat tulis, sedikit makan ringan dan sedikit wang saku untuk anak-anak yatim di Jala.

Seramai 30 orang anak yatim menerima wang saku. Ibu tunggal juga menerima sedikit imbuhan untuk makan tengahari dan tambang pergi balik.                       

Hadiah dan sagu hati telah disampaikan oleh wakil BAKUN, Aman Patani Malaysia dan Pertubuhan SosioEkologi Malaysia

Semua wakil pertubuhan dari Malaysia diminta menyampaikan ucapan dan memberi sedikit kata-kata motivasi.







Inilah hadaih sagu hati yang dihadiahkan kepada anak-anak yatim.Sumbangan ini juga datang daripada dermawan dari Malaysia.Mereka cukup perihatin tentang nasib anak-anak yatim.








Wakil-wakil badan sukarela sedang menyiapkan hadiah-hadiah di rumah penginapan.












Wakil Aman Patani sedang menyampaikan hadiah kepada anak-anak di sebuah restoran.



Oleh TS Kembara

Gambar oleh Md Yatim BAKUN.