Thursday, January 24, 2013

Sekolah Di Narathiwat Ditutup Berikutan Kematian Guru

Dua puluh satu buah sekolah  di Narathiwat ditutup berikutan dengan kematian seorang guru di Sekolah Ban Tanyong kelmarin(Rabu)

Sekolah dijadual akan dibuka semula pada hari Isnin ini. Chonthee Charoenchon, 51,ditembak di kepala dua das di kantin sekolah.

Sekolah ini mempunyai hampir 300 murid.

Penyerang telah merampas kunci kereta Nissan Sedan milik Chonthee dan melarikan kereta itu..

Sekolah ditutup kerana guru-guru,murid-murid dan warisan telah hilang kepercayaan dengan langkah keselamatan yang diambil oleh pihak keselamatan.

Mangsa adalah orang yang ke 158 yang ditembak di Ujung Selatan  dan telah dikebumikan kelmarin

Polis telah mengambil maklumat daripada mereka yang berada di tempat kejadian dan melakar wajah yang disyaki sebagai penyerang.

Sementara itu Menteri Pertahanan Sukumpol Suwanatat menyatakan kematian Chonthee adalah pukulan yang hebat ke atas pendidikan di wilayah ini. Beliau yakin dengan langkah keselamatan yang diambil sekarang sudah mencukupi.

Sukumpol berkata mangsa adalah seorang Islam dan sekolah ini ditadbir mengikut sistem Islam.Beliau berkata soal keselamatan di sekolah ini dibawah  kawalselia agensi lain dan bukan pihak tentera

Beliau berkata pihak tentera bersedia membantu mengajar murid-murid jika diminta oleh pihak Kementerian Pelajaran.


Oleh TS Musafir

No comments: