Dua orang lelaki asingini begitu fasih bercakap Bahasa Arab.Pada mulanya aku menyangka dia orang Arab kerana sering bercakap Arab dengan 'Baba' dan Tuan Guru pondok. Tetapi bila dia bercakap ala Indonesia aku sudah pasti dia bukan orang Arab.
Mereka cukup ramah dan mesra dengan Tuan Guru pondok.Dipeluknya Tuan Guru dengan penuh mesra.Mereka lebih banyak bercakap dalam Bahasa Arab. Sekali sekala mereka bercakap Melayu dialek Patani.
Aku sempat bertanya kepada 'Acan' Adnan dan katanya orang Barat. Aku tidak berpuas hati dengan jawapan itu.Lalu aku bertanyakepada Ustaz Muhaimin yang hebat itu.Hebat kerana dia ada 3 isteri dan 3 buah rumah.Ustaz ini cukup peramah orangnya dan mudah senyum.Suaranya lembut. Dia mengajak aku berjumpa dengan orang 'Arab' ini.Aku bercakap dalam Bahasa Inggeris dengannya."Saya Masihi," katanya dalam Bahasa Melayu ala Indonesia.
Kemudiannya menghulur kad nama. Irenee HERBET. Komite Internasional Palang Merah. Beribu pejabat di
Jakarta. Katanya dalam Bahasa Melayu dia berasal dari Perancis.Dia boleh bercakap Inggeris tetapi lebih suka bercakap dalam Bahasa Melayu
Aku tidak pula bertanya apa status mereka datang ke majlis ini. Dan yang pasti hanya dua orang Barat sahaja yang ada dalam majlis ini.Ini bererti mereka mempunyai hubungan yang baik dengan 'Baba-Baba' yang mengajar di pondok. Kalau tidak masakan mereka diundang.
Keramahan mereka membuatkan Tuan Guru begitu senang hati.Dan bertambah senang hati lagi bila bercakap dalam Bahasa Arab.
Keadaan ini membuatkan aku teringat kepada Snouck Hurgronje(1857-1936) penasihat kepada kerajaan penjajah Belanda. Menurut Prof Hamka, Snouck Hurgronje begitu mesra dan baik sekali dengan alim ulamak dan kiyai di Indonesia.Keadaan ini menjadikan ulamak begitu baik hati sekali dengan beliau.
Menurut Prof Hamka dalam bukunya,"Ayahku"Snouck Hurgronje rapat sekali dengan ulamak di Aceh dan Sumatra amnya. Snouck Hurgronje berjaya melempar jaringnya atas ulamak-ulamak dengan memanjakan mereka. Dengan jaring yang dilemparkan itu perlahan-lahan beliau berjaya mengurangkan penentangan ulamak terhadap penjajah Belanda. Rakyat semakin jauh dari ulamak.Dan kesannya wilayah Aceh tunduk dibawah penguasaan Belanda.
Oleh TS Musafir
No comments:
Post a Comment