Monday, March 12, 2018

Kembali Ke Sekolah Bersama Anak Yatim

Aman Patani memerlukan anda semua. Kami perihatin terhadap anak yatim di wilayah ini. Di sini kami dibantu oleh NUSANTARA sebuah pertubuhan sukarela bukan kerajaan di Patani.

Kami memberi peluang kepada Anda untuk menghulurkan bantuan kepada anak yatim. Mungkin anda tidak ada masa untuk bersama kami ke Patani. Jadi anda bolehlah memberi sumbangan semampukan ke akaun yang tertera di atas.

Kami tahu anda selalu membantu dalam hal sebegini. Terima Kasih daun keladi.

Kami dengan rasa bersyukur mohon Tuan-tuan dan Puan-puan memberi sumbangan untuk menjayakan program.

Sila hubungi no. telefon di atas untuk sebarang pertanyaan. Anda boleh whatsApp kiranya telefon tidak dijawab.

OLeh TS Kembara

Thursday, March 1, 2018

Aiman Hadeng Dibebaskan

Aiman Hadeng  seorang aktivis pertubuhan sukarelawan dan ketua  'Justice for Peace Network telah dibebaskan oleh pihak tentera Jala kelmarin menurut Wartani.

Menurut Prachatai beliau ditahan pada 23 Februari lalu digedung pakaian milik beliau sendiri. Adalah dikhuatiri beliau dikasari semasa dalam tahanan pihak tentera.

Beliau  tidak dibenarkan menemui peguamnya semasa dalam tahanan. Telefon bimbitnya telah dirampas oleh pihak tentera..


Oleh TS Kembara.

Aiman Hakdeng Ditangkap


Aiman anak muda berusia 35 tahum telah ditahan oleh pihak tentera Thai pada 23 Februari 2018 yang lalu.

Beliau mempunyai 3 orang anak dan yang kecil sekali berusia 1 bulan. Beliau ditahan sewaktu berada  di kedai pakaian mileknya di Jala, Thailand Selatan.

Aiman mengetuai pertubuhan sukarela  yang bernama 'Justice For Peace'.

BERSAMBUNG..