Thursday, March 6, 2014

Plan Kompleks Rumah Anak Yatim Deep South

Di bawah ini kami turunkan plan kompleks rumah yatim yang merangkumi asrama. sekolah. masjid dan pejabat pentadbiran.











Tuesday, March 4, 2014

Perjalanan Ke Kampung Kunyit

Perjalanan untuk menziarahi jenazah As Asyahid Ustaz Khairi memakan masa lebih kurang 40 minit dari Jala Israel. Cuaca cukup panas hari itu. Kami yang lelaki naik kereta Zamree dan duduk di belakang.Kami berbumbungkan langit cerah.

Sepanjang jalan ke menuju ke rumah  As syahid kami disapa oleh pohon getah yang daun kekuningan.Tentulah kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah.

Rumah as syhid jauh di pedalaman. Kami terpaksa melalui kawasan yang dipenuhi dengan sawah padi. Ada jalan yang tidak diturap dengan tar .Debu berterbangan menyesak dada. Bumi Fathani Darussalam cukup subur. Sayang sekali bumi ini sentiasa bergolak dan berkocak angkara orang bersenjata dan pemerintahan yang tidak stabil.

Penembakan berlalu setiap hari ketas orang awam,khususnya Tok Guru dan guru agama. Menurut sebuah blog ankara pembunuhan ini dilakukan oleh skuad pembunuhan khas. Dan orang kampung mengiyakannya.

Kami daripada NGO Aman Patani berkesempatan pergi ke rumah dan menziarahi as syahid Ustaz Khairi serta bertemu dengan isterinya, Puan Nafisah Hashim. Rumah as syahid kelihatan uzur tapi kayunya masih kukuh berdiri menerima tetamu hari itu.

Pihak kami berasa lega dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada Puan Nafisah.Beliau kelihatan begitu terharu menerima sumbangan yang tidak seberapa daripada Aman Patani. Kami pun berasa lapangan dada dapat berbuat bagi meringankan beban Puan Nafisah sekeluarga.








Oleh  TS Kembara

Sunday, March 2, 2014

Guru Agama Menjadi Sasaran Orang bersenjata

Ketika pihak tertentu mengusahakan perdamaian di Hujung Selatan,ada orang yang bersenjata telah mencantasnya. Kejadian menembak guru agama tidak pernah reda.Kematian guru agama yang bernama Ustaz Khairi Abdul Rahman 57 membuktikan keadilan masih jauh lagi. Pesalah tidak dibawa ke muka keadilan. Keselamatan guru agama kian terancam.

Beliau berasal dari Kampung Kunyit,Mukim Tempoyak,Jeringo,Menara. Ustaz Khairi dan anaknya ditembak oleh dua orang lelaki yang bersenjata dalam perjalanan menuju tempat kerja. Beliau mati ditempat kejadian akibat tembakan dibahagian rusok dan di tepi pinggang. Anak lelakinya Haris, 17 cedera di bahagian paha dan dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Beliau ditembak kira-kira 300 meter daripada Madrasah Quranil Karim.  Beliau meninggalkan seorang isteri,Pn Nafisah 50,dua orang anak perempuan berumur 20 dan 14 tahun.

Anak sulongnya  Suraini baru pulang bercuti  dari Indonesia.Suraini masih menuntut di Universiti Wahid Hashin, Semarang Indonesia. Fatimah 14 juga masih menuntut.

Menurut isterinya, Puan Nafisah Hashim, suami keluar  ke tempat kerja dengan menunggang motorsikal bersama anak lelakinya Haris.

Jenazah Ustaz Khairi dikebumikan selepas solat asar 2 Mac,2014.





Gambar: Aman Patani
Kamaruddin Kassim