Friday, November 16, 2012

Public Statement Shooters of Imam of Ban Ubeng Mosque



Public Statement
Shooters of Imam of Ban Ubeng Mosque, Yaha District, Yala, Condemned
State Urged to Strengthen Protection of Religious Leaders
On Tuesday 14 November 2012, Mr. Abdullatae Toedae, an imam of Ban Ubeng Mosque, Tambon Patae, Yaha District, Yala was gunned down. War weapons were fired against him from a pickup truck without any fear of legal sanction and the arrest by officers. The incidence took place on a public road no. 4085 (Yala-Sabayoy) in broad daylight and in the middle of bursting neighborhood close to the Phra Yupparat Yaha Hospital, Yala. The imam was there to pick up his wife and daughter who were having treatment for asthma at the hospital.
Mr. Abdullatae Toedae was Chairperson of the Imam Association of Yaha District and a member of the Yala Provincial Islamic Committee. In September this year, he was also appointed Secretary General of the Southern Border Provinces Administrative Center (SBPAC) as part of the Inquiry Committee on the incidence in which the officers were accused of shooting down five villagers from Moo 6, Ban Sa-ae, Krong Penang District, Yala, on 19 April 2012.
Mr. Abdullatae had been contributing immensely to provide humanitarian and legal assistance to villagers and was a member of a village-based network formed by the Muslim Attorney Centre Foundation (MAC). He was recognized by his social work and the assassination of him this time has undermined confidence in security measures to protect people’s lives and properties and legal measures to bring the perpetrators to justice. In addition, the assassination against him was conducted without any fear of legal sanction. This will naturally cause concern for life among local religious leaders. In the past more than eight years, a number of religious leaders have been targets of intimidation and assassination. This horrendous murder shall cause wider implications and become an obstacle to peaceful solution for unrest in the local area.
The Muslim Attorney Centre Foundation (MAC) and the undersigned organizations would like to convey our condolence to relatives and family of the slain imam. Apart from condemning the perpetrators, we would like to urge everyone to be aware of the right of innocent people to conduct their life peacefully. We urge that the government invest all efforts to bring to justice the perpetrators and to provide for security measures to protect local religions leaders who command much respect and faith from local believers. It should help to restore people’s trust in the ability of the state to protect people and to uphold nonviolence as a major venue to put an end to the mayhem.
With salam and dua,
1. Yala Provincial Islamic Committee
2. Muslim Attorney Centre Foundation (MAC)
3. Cross Cultural Foundation (CrCF)
4. Islamic Culture for Development Center (PUKIS)
5. Network of Paralegals of the Muslim Attorney Centre Foundation in the Deep South
6. Promoting Human Rights and Access to Justice Networks (HAP)
7. Deep South Woman Association For Peace (Deep Peace)
8. Network of Volunteer Undergraduates in the Deep South (IN south)
9. Network of Victims of Security Cases
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
May peace prevail with those committed to justice

Terbaru Kes Tembak Guru Pondok



Yala, 14 Nov 2012- Uztaz Abdullatif Tokdir, 48, salah satu ahli jawatan kuasa majlis agama Islam wilayah Yala (Jala) dan juga seorang guru pondok telah ditembak sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat mengajarnya antara pukul 12.00 tengah hari. Beliau dikatakan telah ditembak oleh dua orang yang menaiki motosikal.

mangsa ditembak di dalam keretanya

 mangsa dikeluarkan daripada keretanya
mangsa dibawa ke hospital

Friday, November 9, 2012

5 formula Dr Nik Anuar Nik Mahmud atasi konflik selatan Thai

Disiar di Berita Harian, 10 November 2011

http://www.ukm.my/news/images/stories/Campus_News_Picture2011/SyararanNikAnuar1.jpgPROFESOR Emeritus Datuk Dr Nik Anuar Nik Mahmud sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 28 Oktober 2010 lalu sempat meninggalkan ‘formula’ bagaimana konflik di Selatan Thailand atau Pattani harus ditangani dan diselesaikan oleh kerajaan Thailand. Formula penyelesaian Nik Anuar ini dibukukan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi menghargai sumbangan pemikiran beliau terhadap masyarakat dan negara, satu majlis Syarahan Kenangan Nik Anuar dilangsungkan ATMA baru-baru ini yang disampaikan Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Ternyata, Nik Anuar sebagai seorang ilmuwan dalam bidang sejarah harus dikenang terutama oleh generasi muda negara ini. Sumbangan dan ketekunan beliau dalam bidang ilmu pengetahuan terutama bidang sejarah Malaysia dan isu persempadanan seperti pembabitan beliau dalam kumpulan penyelidikan isu tuntutan bertindih Pulau Ligitan dan Sipadan serta Pulau Batu Putih. Satu daripada sumbangan pemikiran Nik Anuar yang penting ialah dalam sejarah Siam atau Thailand. Penumpuan beliau dalam kajian ini membawa Nik Anuar menelusuri penuh teliti punca konflik melanda Selatan Thailand yang sehingga kini belum berkesudahan.

Dalam bukunya, Mencari Perdamaian di Asia Tenggara, Merungkai Konflik di Selatan Thailand, Nik Anuar menjelaskan kegagalan penyelesaian konflik itu berpunca daripada ‘keengganan kerajaan Thailand melihat masalah di tiga wilayah itu dari perspektif sejarah’. Beliau menambah sejarah sudah membuktikan ibu segala masalah di wilayah itu ialah apabila Pattani dikecualikan daripada perjanjian Bangkok 1909.

Untuk makluman, pada perjanjian Bangkok 1909, hanya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis saja diserahkan kepada Britain, manakala Pattani yang juga antara wilayah penting kerajaan Melayu-Islam ketika itu kekal sebagai sebahagian tanah jajahan Siam. Keadaan ini terpaksa dilakukan demi kepentingan Britain di Asia Tenggara iaitu bagi memastikan Siam tidak menjemput kuasa luar lain menguasai Tanah Besar Asia Tenggara. Dalam kata lain, Pattani adalah taruhan bagi menjaga hati Siam walaupun diketahui bahawa ia salah sebuah kerajaan Melayu-Islam yang penting ketika itu.

Pengekalan Pattani sebagai tanah jajahan Siam memburukkan keadaan dan mengukuhkan gerakan penentangan terhadap kerajaan Siam yang sebenarnya sudah wujud sejak negeri itu ditakluki Siam pada 1786. Sepanjang sejarahnya, Siam sudah menjayakan banyak langkah bagi mengukuhkan penguasaannya di Pattani. Menurut Nik Anuar, antara langkah kontroversi ialah pengenalan sistem Thesaphiban iaitu satu kaedah pentadbiran di mana pentadbiran wilayah dikumpulkan dan ditadbir seorang pesuruhjaya. Menerusi sistem ini, autonomi atau kedaulatan pemerintahan Raja Pattani mula terhakis.

Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila pemerintah Siam memperkenalkan dasar Thai Rathaniyom atau program asimilasi budaya dan adat Thai secara paksaan. Dasar ini ternyata mendorong kebangkitan perjuangan rakyat Pattani. Mereka mula berasakan jati diri mereka telah diceroboh dan masa depan ketamadunan mereka bakal runtuh menerusi dasar paksaan kebudayaan. Beberapa nama pejuang awal Pattani ialah antaranya Haji Mat Pauh, Tuan Guru Haji Bermin atau Haji Wan Ahmad bin Wan Idris, Haji Hasan dan Haji Abdullah Embung bangkit bagi menghalang usaha penjajahan secara kebudayaan ini.

Inilah sebahagian kutipan ringkas penjelasan Nik Anuar mengenai sejarah konflik dan perjuangan rakyat Pattani bagi mempertahankan maruah dan jati dirinya. Sehingga saat ini, perjuangan ini belum tamat. Ia menjadi lebih rumit lagi sejak berlakunya peristiwa berdarah di masjid Krisek dan pembunuhan di Tabal pada 2004.

Bagi Nik Anuar, konflik di Selatan Thailand ini boleh diselesaikan menerusi formula berikut: Kerajaan Thailand perlu mempertimbangkan kemungkinan mewujudkan satu bentuk Pentadbiran Istimewa di wilayah majoriti Melayu. Pentadbiran ini akan diurus oleh penduduk tempatan dalam kerangka negara Thailand. Kerajaan Thailand perlu menerima hakikat akan keunikan orang Melayu. Mereka mesti diberi kebebasan untuk mengamalkan adat resam dan kebudayaan mereka. Kerajaan Thailand perlu mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi wilayah berkenaan, manakala agama Islam diberi keistimewaan khusus. Hubungan antara wilayah istimewa dengan kerajaan Pusat perlu berasaskan kerangka federalisme. Wilayah istimewa perlu diberi hak yang adil ke atas hasil kekayaan ekonomi yang dimiliki. Pejuang perlu meletak senjata dan menyertai rancangan penempatan atau demobilisasi. Pelaksanaan perjanjian ini mesti dipantau oleh badan antarabangsa bagi memastikan kejayaannya. Begitulah lima formula penyelesaian konflik Selatan Thailand menurut Nik Anuar. Bagi beliau, keamanan di Selatan Thailand harus diberi perhatian kerana ia akan menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat Asia Tenggara secara keseluruhannya.

Bagi Nik Anuar, inilah formula terbaik dan ia boleh dijayakan sekiranya kerajaan Thailand ikhlas bagi menamatkan konflik yang melanda sejak sekian lama. Begitulah sumbangan ahli ilmuwan kepada masyarakat. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara ini. Kita perlu melahirkan lebih ramai tokoh ilmuwan seumpama Nik Anuar. Ahli ilmuwan ibarat pelita penyuluh kegelapan. Dalam syarahan yang diberikan, Prof Dr Abdullah menggelarkan Nik Anuar sebagai ‘Sejarawan Dalam Kenangan’.

sumber: http://razak.wordpress.com

Thursday, November 8, 2012

Guru Agama Pondok Haji Harun Gugur Terkena Tembakan

sumber

Tepatnya hari Selasa 30 Oktober 2012, Seorang guru agama gugur tertembak di wilayah selatan Thailand yang rawan konflik. Pihak berkuasa Thailand belum mengetahui siapa dalang sebenar pembunuhan ini.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh polis, kejadian tersebut terjadi pada pukul 7 pagi waktu setempat di Daerah Yarang, Wilayah Pattani.

Selama ini Wilayah Pattani kerap dipenuhi aksi penyerangan yang melibatkan antara Pejuang Kemerdekaan Patani dengan pemerintah kolonial Thailand. Peperangan ini, menyebabkan warga Muslim dan Buddha sering menjadi sasaran wilayah tersebut.

Korban bernama Mahama Ma-ae, merupakan seorang guru agama Islam Pondok Haji Harun atau dengan nama Thamvitaya Mulniti Shcool yang terletak di Daerah Muang, Wilayah Yala  berhampiran dengan Masjid Besar Yala. Beliau berusia 47 tahun itu hendak pergi ke tempatnya mengajar.

Saat berada di jalanan, mobil yang di naikinya Mahama tiba-tiba saja dihadang oleh mobil lain dan ditembak dengan senapang jenis M-16 dari belakang mobilnya. Mahama tertembak beberapa kali di badan dan kepalanya.

Saat ini polis sedang melakukan siasatan siapa yang bertanggung jawab atas penembakan tersebut. Mereka belum memiliki petunjuk jelas atas penembakan tersebut.

Menurut masyarakat setempat, orang-orang yang diduga penembakan tersebut sebagai Squad kematian pemerintah.

Sejak Januari 2004 lebih dari 5.000 orang terbunuh dan 8.000 lainnya luka-luka di wilayah Thaliand selatan. Adapun wilayah yang kerap dilanda kerusuhan antara lain wilayah Yala, Pattani, dan Narathiwat.