Wednesday, January 30, 2013

Fathani Darussalam Juga Diserang Virus Syiah


Fathani Darussalam yang dikenali sebagai 'Serambi Mekah' juga diserang virus Syiah. Malah beberapa orang   pemimpin tentera Thai juga menjadi pengikut Syiah.

Menurut Ustaz  Muhammad Rivai Batubara sudah lama bertapak di Selatan Thailand. Cumanya bilangannya tidaklah ramai.

Jelas Ustaz Rivai lagi, Syiah tidak sama dengan Syafi'e, Maliki,Hanafi dan Hambali.
Sumber ajaran Syiah dapat dirujuk kepada kitab  Al Ushul Minal Kaafi  oleh Al Kulaini.

Menurutnya lagi mengapa ada kecenderungan masyarakat terhadap Syiah  kerana  mereka  tidak mengetahui ajaran Syiah yang sebenarnya.

Dalam masalah Imamah misalnya kepercayaan kepada Imam luarbiasa sekali. Imam orang Syiah sampai mengambil kuasa-kuasa yang ada pada Allah Taala.

Imam Khomeini sendiri didalam bukunya Al Hukumatul Islamiyah, mengatakan bahawa mazhab kami,Imam mempunyai maqam yang tidak dapat dicapai oleh malaikat  dan Rasul.Malah segala zarrah atau atom dan segala isi alam tunduk dan patuh kepada kuasa Imam.Ajaran Imam itu sama dengan ajaran Al-Quran!

Menurut pendakwah ini yang tanah kelahiran di Kota Nopan,Sumatra yang juga rakan seperjuangan Muhammad Natsir, mantan Perdana Menteri Indonesia,beliau pernah melawat Thailand.

Beliau melawat Thailand pada tahun 1988.Beliau telah pergi ke Bangkok,Jala,Fathani,Narathiwat,Setul,Trang,Pattalong dan Hat Yai. Waktu itu Syiah agak agresif. Mereka berjaya menguasai anak muda.

Di Bangkok pula pengaruh dan kekuatan mereka tertumpu kepada  siswa dan siswi universiti terutama daripada Ram Khamheang.

Mereka juga ada menghantar pemuda-pemuda Thailand untuk belajar  di Iran.Dan tentunya mereka mengharapkan pelajar-pelajar ini kelak menjadi 'pendakwah' syiah.

Menurut Ustaz yang kini sudah berusia 76 tahun,ada satu tempat  dekat Kampung Salong, mereka mendirikan sebuah masjid cantik dan cukup strategik.Masjid ini diberi namanya "Al Imam al-Baqir" yang dibiayai oleh Iran.


Oleh Abu Fathani

No comments: