Thursday, January 31, 2013

Cerita Ustaz Muhammad Rivai Tentang Syiah di Thailand

Di masjid Al-Imam al-Baqir terdapat kitab-kitab rujukan syiah dan juga batu-batu pipis kecil yang khabarnya digunakan dalam waktu sujud ketika solat.

Dalam perjalanan ke utara, mereka menemui sebuah lagi masjid syiah. Masjid itu namanya "Al Imam Al Mahdi".

Sewaktu singgah di masjid itu ada seorang pemuda sedang mengajar. Guru  muda itu mendapat didikan di Iran dan sedang mengajar sekumpulan pelajar yang didatangkan dari berbagai daerah.

Dalam masjid ada banyak kitab syiah.Di sekelilingnya ada asrama pelajar. Di dalam asrama itu penuh dengan   gambar Khomeini.

Menurut beliau lagi, gerakan syiah di Thailand cukup kuat tetapi sambutan masyarakat kurang. Di sini terdapat pondok-pondok yang dipimpin oleh ulama sunnah.Merekalah yang berhempas pulas menangkis serangan penyebaran syiah.Perlawanannya cukup sengit. Memandangkan benteng pertahanan yang dibina cukup kukuh,pihak syiah mendapati sukar ditembusi.


Oleh Abu Fathani

Wednesday, January 30, 2013

Fathani Darussalam Juga Diserang Virus Syiah


Fathani Darussalam yang dikenali sebagai 'Serambi Mekah' juga diserang virus Syiah. Malah beberapa orang   pemimpin tentera Thai juga menjadi pengikut Syiah.

Menurut Ustaz  Muhammad Rivai Batubara sudah lama bertapak di Selatan Thailand. Cumanya bilangannya tidaklah ramai.

Jelas Ustaz Rivai lagi, Syiah tidak sama dengan Syafi'e, Maliki,Hanafi dan Hambali.
Sumber ajaran Syiah dapat dirujuk kepada kitab  Al Ushul Minal Kaafi  oleh Al Kulaini.

Menurutnya lagi mengapa ada kecenderungan masyarakat terhadap Syiah  kerana  mereka  tidak mengetahui ajaran Syiah yang sebenarnya.

Dalam masalah Imamah misalnya kepercayaan kepada Imam luarbiasa sekali. Imam orang Syiah sampai mengambil kuasa-kuasa yang ada pada Allah Taala.

Imam Khomeini sendiri didalam bukunya Al Hukumatul Islamiyah, mengatakan bahawa mazhab kami,Imam mempunyai maqam yang tidak dapat dicapai oleh malaikat  dan Rasul.Malah segala zarrah atau atom dan segala isi alam tunduk dan patuh kepada kuasa Imam.Ajaran Imam itu sama dengan ajaran Al-Quran!

Menurut pendakwah ini yang tanah kelahiran di Kota Nopan,Sumatra yang juga rakan seperjuangan Muhammad Natsir, mantan Perdana Menteri Indonesia,beliau pernah melawat Thailand.

Beliau melawat Thailand pada tahun 1988.Beliau telah pergi ke Bangkok,Jala,Fathani,Narathiwat,Setul,Trang,Pattalong dan Hat Yai. Waktu itu Syiah agak agresif. Mereka berjaya menguasai anak muda.

Di Bangkok pula pengaruh dan kekuatan mereka tertumpu kepada  siswa dan siswi universiti terutama daripada Ram Khamheang.

Mereka juga ada menghantar pemuda-pemuda Thailand untuk belajar  di Iran.Dan tentunya mereka mengharapkan pelajar-pelajar ini kelak menjadi 'pendakwah' syiah.

Menurut Ustaz yang kini sudah berusia 76 tahun,ada satu tempat  dekat Kampung Salong, mereka mendirikan sebuah masjid cantik dan cukup strategik.Masjid ini diberi namanya "Al Imam al-Baqir" yang dibiayai oleh Iran.


Oleh Abu Fathani

Seorang Tentera Laut Terbunuh, 2 Cedera Dalam letupan Di Narathiwat

Seorang tentera laut  meninggal dunia dan dua lagi cedera dalam letupan bom yang di daerah Muang,Narathiwat pagi  Rabu ini.

Tentera laut ditugaskan untuk menjaga keselamatan  guru-guru di wilayah ini.

Tiga orang tentera laut, Pegawai Waran Suthep  Muankammoon, Wasant Kaewsaensam dan Anuchit Jitnin cedera parah akibat letupan itu dan dibawa ke Hospital Ratchanakarin. 

Pegawai Waran Suthep  dilaporkan meninggal dunia akibat letupan bom yang dipasang ditepi simpang jalan Khok Bae Nae di Tambon Tayo dalam daerah  Mayo.

Pihak polis sedang melakukan siasatan dan mereka menyalahkan  pihak pejuang.


Oleh Abu Fathani

Guru Mohon Tukar Daripada Jala


JALA.

Lapan orang guru telah membuat permohonan keluar daripada daerah ini berikutan dengan serangan maut terhadap guru-guru di sini.


Separuh daripada 14 orang guru di Sekolah Ban Tanyong telah menyerahkan permohonan rasmi  selepas rakan sekerja mereka ditembak mati.

Pitsanu Direkkul.pemangku Pengarah Sekolah Rendah di Jala berkata semua langkah keselamatan telah dilakukan  tetapi  serangan yang berterusan terhadap guru melemahkan semangat mereka terutama di kawasan yang kerap  diserang.


Beliau berkata lapan orang guru memohon ditukar kerana tidak yakin dengan langkah keselamatan yang disediakan.Kesemuanya mengajar di daerah Bunnang Sata,Jala. Permohon mereka telah diluluskan.

Oleh Abu Fathani

Subuh Di Masjid Tanjung Rambutan

Jemaah di Masjid TanjungRambutan pagi itu ramai..Masjid tua yang bertiang kayu tersangat hampir dengan sungai pagi itu cukup senjuk.

Jemaah yang hadir pada pagi terpaku melihat gambar terpapar di skrin putih. Sungguh mereka tidak pernah melihat gambar seperti yang ditayangkan.


Ketenangan pagi itu dikocak kerana melihat derita umat  Islam Melayu Patani yang didera,disiksa,dibunuh,dirogol dan ditembak. Tanpa siapa-siapa yang menyuruh kalimat Subhanallah dan ALlahu akhbar melantun dari mulut mereka.




Oleh  TS Musafir

Gambar oleh Ery

Tuesday, January 29, 2013

Perjalanan Bersama Aman Patani Ke Perak Darul Ridwan


Berbicara bersama Ustaz Muhammad Rivai Batubara. Beliau banyak mencerita tentang Syiah di Iran. Pernah berjuang bersama Bapak Dr.Muhammad Natsir,mantan Perdana Menteri Republik Indonesia.



Bersama Ahmad Akhdhor Dato' Haji Muhammad Rivai Batubara.


Menziarahi Ustaz Dato' Haji Muhammad Rivai Batubara.


Gambar oleh TS Malaya.

Bersama Derita Patani

Bersama penduduk Tama Sri Kepayang.




Di surau Kampung Tua,Batu 16,Lambor  Kanan,Bota,Perak




Di Kampung Tua, Batu 16








.


Gambar oleh  TS  Malaya.

Friday, January 25, 2013

Kereta Milik Guru Yang Dibunuh Dijumpai di Tak Bai

Kereta Nissan Sedan milik Chonthee yang mati ditembak oleh penyerang bersenjata dijumpai di daerah Tak Bai  hari ini.

Chonthee Charoenchon 51,mati akibat ditembak dua das dikepala sewaktu menyeliakan makan tenghari untuk murid-murid di kantin.Penyerang yang datang dengan dua buah motorsikal mengaku sebagai waris.

Berikutan dengan kejadian  itu semua 378 buah sekolah di wilayah Narathiwat ditutup dan dijangka dibuka semula pada hari Isnin depan.

Kereta itu dijumpai setelah polis memperolehi maklumat daripada suatu sumber. Pihak polis mendapati kereta itu ditinggalkan hutan Tambon Praiwan kira-kira pukul 1.00 tengahari.

Polis percaya kereta yang ditinggalkan itu akan diambil oleh kumpulan bersenjata untuk melakukan letupan bom kereta.


Kamera keselamatan telah merakam gambar kereta itu di daerah Yi-Ngor.



Oleh TS Musafir.

Thursday, January 24, 2013

Sekolah Di Narathiwat Ditutup Berikutan Kematian Guru

Dua puluh satu buah sekolah  di Narathiwat ditutup berikutan dengan kematian seorang guru di Sekolah Ban Tanyong kelmarin(Rabu)

Sekolah dijadual akan dibuka semula pada hari Isnin ini. Chonthee Charoenchon, 51,ditembak di kepala dua das di kantin sekolah.

Sekolah ini mempunyai hampir 300 murid.

Penyerang telah merampas kunci kereta Nissan Sedan milik Chonthee dan melarikan kereta itu..

Sekolah ditutup kerana guru-guru,murid-murid dan warisan telah hilang kepercayaan dengan langkah keselamatan yang diambil oleh pihak keselamatan.

Mangsa adalah orang yang ke 158 yang ditembak di Ujung Selatan  dan telah dikebumikan kelmarin

Polis telah mengambil maklumat daripada mereka yang berada di tempat kejadian dan melakar wajah yang disyaki sebagai penyerang.

Sementara itu Menteri Pertahanan Sukumpol Suwanatat menyatakan kematian Chonthee adalah pukulan yang hebat ke atas pendidikan di wilayah ini. Beliau yakin dengan langkah keselamatan yang diambil sekarang sudah mencukupi.

Sukumpol berkata mangsa adalah seorang Islam dan sekolah ini ditadbir mengikut sistem Islam.Beliau berkata soal keselamatan di sekolah ini dibawah  kawalselia agensi lain dan bukan pihak tentera

Beliau berkata pihak tentera bersedia membantu mengajar murid-murid jika diminta oleh pihak Kementerian Pelajaran.


Oleh TS Musafir

Wednesday, January 23, 2013

Guru Yang Ke 158 Ditembak Mati

Chonthee Charoenchen 51,ditembak dua das di kepala oleh salah seorang empat lelaki yang datang ke sekolah dengan dua buah motorsikal. Chonlathee mati ditempat kejadian.


Menurut Pol Lt ParadomKotetas,pegawai bertugas di balai polis Bacho kejadian itu berlaku di sekolah Ban Tanyong kira-kira pukul 12.20tengahari kelmarin(Rabu).



Mangsa dijumpai terbaring berlumuran darah di hadapan pintu masuk kantin sekolah.

Saksi memberi tahu polis sebelum kejadian itu Chonlathee dan beberapa orang guru lain menyelia makan tengahari kepada 292 murid.

Sekumpulan empat orang lelaki tiba dengan dua buah motorsikal dan berhenti di luar kantin. Salah seorang lelaki itu mengaku sebagai waris dan mendekati  Chonlathee.Dia mengeluarkan pistol lalu melepas dua das tembakan ke kepala Chonlathee. Guru ini mati serta merta di tempat kejadian.

Penyerang melarikan diri dengan menggunakan kereta Nissan milek Chonlathee.

Arahan dikeluarkan supaya sekolah ditutup selepas kejadian itu. Waris berpusu-pusu datang ke sekolah mengambil anak mereka.

Ada sebilangan waris yang menjerit melihat kejadian yang berlaku di hadapan mata mereka.



Oleh TS Musafir

Gambar di bawah oleh Waedao Harai.



Dua Lelaki 'Arab' Di Majlis Ulamak Fathoni Darussalam

Dua orang lelaki asingini begitu fasih bercakap Bahasa Arab.Pada mulanya aku menyangka dia orang Arab kerana sering bercakap Arab dengan 'Baba' dan Tuan Guru pondok. Tetapi bila dia bercakap ala Indonesia aku sudah pasti dia bukan orang Arab.

Mereka cukup ramah dan mesra dengan Tuan Guru pondok.Dipeluknya Tuan Guru dengan penuh mesra.Mereka lebih banyak bercakap dalam Bahasa Arab. Sekali sekala mereka bercakap Melayu dialek Patani.

Aku sempat bertanya kepada 'Acan' Adnan dan katanya orang Barat. Aku tidak berpuas hati dengan jawapan itu.Lalu aku bertanyakepada Ustaz Muhaimin yang hebat itu.Hebat kerana dia ada 3 isteri dan 3 buah rumah.Ustaz ini cukup peramah orangnya dan mudah senyum.Suaranya lembut. Dia mengajak aku berjumpa dengan orang 'Arab' ini.Aku bercakap dalam Bahasa Inggeris dengannya."Saya Masihi," katanya dalam Bahasa Melayu ala Indonesia.

Kemudiannya menghulur kad nama. Irenee HERBET. Komite Internasional Palang Merah. Beribu pejabat di  
Jakarta. Katanya dalam Bahasa Melayu dia berasal dari Perancis.Dia boleh bercakap Inggeris tetapi lebih suka bercakap dalam Bahasa Melayu

Aku tidak pula bertanya apa status mereka datang ke majlis ini. Dan yang pasti hanya dua orang Barat sahaja yang ada dalam majlis ini.Ini bererti mereka mempunyai hubungan yang baik dengan 'Baba-Baba' yang mengajar di pondok. Kalau tidak masakan mereka diundang.

Keramahan mereka membuatkan Tuan Guru begitu senang hati.Dan bertambah senang hati lagi bila bercakap dalam Bahasa Arab.

Keadaan ini membuatkan aku teringat kepada Snouck Hurgronje(1857-1936) penasihat kepada kerajaan penjajah Belanda. Menurut Prof Hamka, Snouck Hurgronje begitu mesra dan baik sekali dengan alim ulamak dan kiyai di Indonesia.Keadaan ini menjadikan ulamak begitu baik hati sekali dengan beliau.

Menurut Prof Hamka dalam bukunya,"Ayahku"Snouck Hurgronje  rapat sekali dengan ulamak di Aceh dan Sumatra amnya. Snouck Hurgronje berjaya melempar jaringnya atas ulamak-ulamak dengan memanjakan mereka. Dengan jaring yang dilemparkan itu perlahan-lahan beliau berjaya mengurangkan penentangan ulamak  terhadap penjajah Belanda. Rakyat semakin jauh dari ulamak.Dan kesannya wilayah Aceh tunduk dibawah penguasaan Belanda.


Oleh TS Musafir

Tuesday, January 22, 2013

Umat Islam Di Ujung Selatan Bantu Rohingya

Umat Islam di Ujung Selatan Fathoni Darussalam cukup perihatian dengan penderitaaan manusia.Ini dapat dilihat bila Bangkok dilanda banjir besar beberapa tahun yang lalu.Umat Islam di wilayah ini menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.





Kali ini atas dasar peri kemanusiaan umat Islam membantu pendatang tanpa izin Rohingya yang ditahan dan terlantar di Ujung Selatan.

Ini selaras dengan hasrat dan permintaan Sheikh Abdul Aziz pemimpin Islam di Negara Gajah Putih itu.










Beberapa orang sukarelawan sedang mencatatkan maklumat dan keperluan yang diperlukan.







Anak-anak Rohingya begitu gembira bersama sukarelawan Ujung Selatan.




  Beras ini akan masak untuk keperluan pendatang tanpa izin yang ditahan di Thailand.











Sukarelawan yang perihatin menyenangkan hati anak-anak Rohingya.Orang di Ujung Selatan cukup memahami penderitaan orang lain kerana penderitaan ialah sebahagian daripada ramuan hidup mereka.  






Oleh TS Filfilan Al-Fathoni

Gambar oleh PPS

Monday, January 21, 2013

Perasmian Majlis Ulama' Fathoni Darussalam

21,Jan,Patani
Kira-kira 5 000 orang hadir dalam majlis perasmian Majlis Ulama Fathoni di Kg Parek,Barahom,Patani.

Majlis ini diadakan sempena menyambut kelahiran Nabi Besar Muhammad S.A.W di kampung halaman Ulama Besar Fathoni Sheikh Daud Al-Fathoni yang telah kembali ke rahmatullah dan disemadikan di Taif,Saudi Arabia.



Majlis yang penuh meriah dimulakan salawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Antara tetamu istimewa yang hadir adalah bekas speaker Parlimen Thailand Mat Nor Matta,Sheikh Abdul Aziz dan Pegawai Pemerintah Tentera Thailand di Ujung Selatan.

Hadirin turut dibekalkan dengan kertaskerja tentang sejarah ringkas hidup dan peranan Sheikh Daud Al-Fathoni di alam Melayu yang ditulis Ustaz Ismail Ishak Al-Fathoni seorang penulis sejarah yang terkenal di Fathoni Darussalam.

Gambar kiri sekali,Ustaz Ismail Ishak Al-Fathoni.





Beberapa buah NGO dari Malaysia turut diundang dan hadir dalam majlis tersebut. Antara NGOyang hadir ialah Persatuan Ulamak Kedah yang diketuai oleh Timbalan Yang DiPertuanya Ustaz Abu Bakar Lebai Mat dan Ustaz Ahmad Kamauddin Abdul Majid,Ustaz Kamuruddin Kassim dari Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan dan wakil Aman Patani.


Majlis yang diadakan di atas tanah pusaka Sheikh Daud yang luasnya lebih daripada 10 ekar tamat pada pukul 1.00 tengahari.









Oleh HS Fathoni

Friday, January 18, 2013

Penindasan Terus Dilakukan oleh Tentera Siam

Rakyat Patani Darussalam tidak putus diseksa dan dera dengan pelbagai cara. Mereka diseksa dan didera supaya membuat pengakuan.

Di wilayah Patani,Yala dan Narathiwat dua undang-undang digunakan.Undang-undang tentera dan darurat.Melalui undang-undang zalim ini  seseorang disyaki  boleh ditahan selama 7 hari dibawah undang-undang tentera dan 30 hari dibawah undang-undang darurat.

Pelbagai seksaan dilakukan oleh pihak tentera untuk memaksa orang yang disyaksi mengaku kesalahan. Kebanyakan orang yang disyaksi memang tidak bersalah.

Di atas ialah gambar bagaimana orang yang dituduh didera dan diseksa. Kerusi diletakkan di atas belakang orang yang disyaki. Tentera yang menyoal siasat akan duduk di atas dan menekan kerusi sekuat-kuatnya sehingga mangsa menjerit kesakitan.

Selepas itu orang yang disyaki dikenakan kejutan eletrik dihujung kaki. Menurut mangsa, rambut beliau berdiri tegak apabila dikenakan kejutan eletrik.

Kes penderaan oleh pihak menjadi reda sebenar apabila perkara ini dihebuhkan oleh media..Keadaan yang sama terus berlaku apabila perkara ini tidak diperhatian. Rakyat Melayu  Patani terus diseksa,diujut atas nama mencari proses keadilan


Oleh TS Musafir

Murid DiTampar Oleh Askar Thai

Seorang murid Sekolah Islam Mu-Idkhan Wittaya,Samakee,Resak,Narathiwat ditampar oleh tentera baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku waktu pagi sebelum sekolah bermula. Baharudin Ibrahim 14 bermain dengan kawan-kawannya waktu itu. Dia menyuruh kawan-kawan masuk memandangkan tentera sedang berkawal dihadapan sekolah. Tentera itu menarik Baharudin selalu menamparnya sehingga jatuh.

Melihatkan kejadian itu Abdusalam cuba membantu Baharudin dan berkata, " Kenapa kamu ini berlaku kejam terhadap anak yatim," Tentera itu marah lalu menampar Abdussalam hinngga terjatuh.

Guru-guru wanita( ustazah) yang melihat kejadian menarik murid-murid dari dibelasah terus oleh tentera Siam.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada mudir sekolah itu.

Baharudin telah diugut oleh tentera Siam dengan berkata, 'Jangan beri tahu bos kamu! Nanti aku bunuh kamu." Baharudin yang ketakutan itu tidak mahu pergi ke sekolah.

Ketua kem tentera telah meminta maaf kepada Abdussalam dan memberi ganti rugi sebanyak RM200.00.Manakala Baharudin tidak menerima sebarang ganti rugi.

Kejadian menyebabkan ramai murid dan guru takut hendak ke sekolah.

Penduduk merasa sedih dengan kejadian itu dan mahu kerajaan bertindak tegas dengan menghukum orang bertanggungjawab itu.

Oleh Mat Nara

Thursday, January 17, 2013

Pertubuhan Islam Di Thailand Gesa Rohingya Diberi Perlindungan

Lebih daripada 800 orang pendatang Rohingya yang ditahan di Thailand perlu diberi perlindungan dan dihantar ke negara ketiga bukannya dihantar kembali ke Myanmar,kata sebuah pertubuhan Islam Thailand kelmarin.(Gambar di kanan Chularatchamonthi Aziz Pitakkumpon,seorang pemimpin Islam di Thailand).

Majlis Islam Thailand mencadangkan Mesjid Jamek Songkhla digunakan untuk menempatkan pelarian Rohingya yang tidak terlibat dengan jenayah.

Tempat tahanan di balai polis sudah penuh dan padat,kata majlis.

Beratus-ratus orang Rohingya ditahan di Songkhla,Narathirat,Trang,Patani dan Phangnga minggu lepas ketika cubaan untuk masuk ke Malaysia melalui Thailand.

Dua orang pendatang yang ditahan adalah wanita dan seorang adalah kanak-kanak.


Menurut laporan "Bangkok Post" sehingga kini terdapat 949 pendatang yang  ditahan.



Oleh TS Musafir

Tuesday, January 15, 2013

Bakar Kamera Keselamatan(CCTV)

Timbalan Perdana Menteri Thai,Chalerm Yubamrang mendakwa perbuatan membakar kamera keselamatan(CCTV) bukan perbuatan pihak Pejuang Patani.

Menurut beliau perbuatan itu dilakukan oleh ahli perniagaan yang gagal merebut kontrak pemasangan 'CCTV'. Mereka telah mengupah anak-anak muda untuk merosak dan membakarnya.

 Sementara itu Perdana Menteri Yingluck  telah mengarahkan supaya CCTV  dipasang ditempat yang strategik.


Friday, January 11, 2013

Timbalan Perana Menteri Thai Berpuashati Lawat Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Thailand Chalerm Yubamrung menyatakan beliau berpuashati hasil lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.

Pertemuannya dengan anggota kabinet dan pegawai tertinggi berhubung dengan masalah konflik  di Ujung Selatan Thailand yang semakin meruncing..

Beliau berkata pertemuan yang seterusnya dengan mantan perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan zon ekonomi Malaysia-Thai


Seterusnya beliau akan melawat Indonesia bagi mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah konflik di Ujung Selatan terutama di Narathiwat,Jala,Patani dan beberapa daerah di Songkhla.

Chalerm berkata beliau menemui Perdana Menteri Malaysia Najib Abdul Razak,anggota kabinet dan pegawai keselamatan tertinggi dalam rangka lawatannya selama tiga hari.Beliau meminta kerjasama Kuala Lumpur bagi mengatasi masalah ketegangan di Ujung Selatan.

Beliau juga sempat menemui lebih daripada  6 500 peniaga restoran Thai di 13 buah negeri Malysia yang telah menubuhkan persatuan mereka sendiri.

Dalam pertemuan itu beliau mendengar masalah yang mereka kemukakan.

Setakat ini terdapat lebih kurang 150 000 pekerja Melayu Islam yang bekerja di restoran tomyam tanpa permit yang sah.Kuala Lumpur berjani memberi perhatian dalam soal ini.


Oleh TS Musafir

Letupan Bom 2 Tentera Terbunuh

Dua orang tentera yang ditugaskan mengawal keselamatan guru telah terbunuh akibat letupan di jalan raya di daerah Yarang Patani pagi Jumaat.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Bangkok Post anggota tentera daripada pasukan khas 21 Patani meronda di kawasan luar bandar di Ban Buenae Peedae kawasan Tambon Prachan Yarang. Bom buatan sendiri  yang ditanam di jalanraya meletup dibawah kenderaan mereka.


Nama-nama  tentera yang terbunuh cedera belum  lagi dimaklumkan.


Pihak Deep South Watch yang membuat pemantau sejak Januari 2004 berhubung dengan  isu konflik di Ujung Selatan Thailand menyatakan lebih daripada 5 000 orang terbunuh dan 11 000 cedera dalam kejadian ini.








Oleh TS Musafir

Gambar oleh Abdulloh Benjakat

Thursday, January 10, 2013

Serangan Orang Bersenjata Di Karaoke

Orang yang bersenjata telah melepaskan tembakan ke sebuah bar karaoke menyebabkan 4 orang terluka di wilayah Narathiwat  malam Rabu lalu.


Menurut akhbar Bangkok Post tiga wanita terluka akibat tembakan dan letupan bom yang dipasang pada sebuah motorsikal. Seorang anak lelaki yang berusia 14 cedera akibat letupan bom di daerah Muang, Narathiwat.

Tiga orang wanita yang terluka di bar- Samran Thongbai,Thipsuda Sajjawa dan Phetmani Chanthaburi dan anak lelaki berusia 14 tahun,Suhajorrawan Jeso..

Mereka kini dirawati di Hospital  Ratchanakarin, Narathiwat.

Oleh TS Kembara

Malaysia,Thailand Tandatangani Perjanjian Kerjasama

Malaysia dan Thailand baru-baru  ini telah menandatangani perjanjian persefahaman dalam bidang keselamatan negara. Pihak Thailand berharap dengan adanya perjanjian ini kegiatan pejuang pembebasan di Negara Patani Darussalam dapat dilemahkan. Demikian dilaporan oleh akhbar MCOT.. Net.

Malaysia yang diwakili oleh Menteri Dalam Negeri,Hishamuddin Hussein menawarkan bantuan penuh kepada Timbalan Perdana Thailand.Dr.Chalem Yubamrung dalam lawatannya ke Malaysia.

Perjanjian itu mencakupi dalam bidang pengedaran dadah,perdagangan manusia,ekstradisi penjenayah,pertukaran tahanan dan laluan ke Malaysia dan Thailand.


Hishamuddin Hussein mengatakan perjanjian pertukaran tahanan mungkin yang pertamadi rantau ini.






Tuesday, January 8, 2013

Runtuhnya Sebuah Menara Keangkuhan

Dengan kekuatan bom seberat 100 kg keretapi lokal no.453 Jala _ Sungai Golok terbantutnya perjalanan di kawasan Kampung Slow Bukit Jerai,Resak di wilayah  Narathiwat.

Kerosakan teruk akibat letupan menyebabkan pihak keretapi pengurusan kerajaanThailand menghentikan perkhidmatan  dari Jala ke Sungai Golok buat sementara waktu.Kerja-kerja pemulihan sedang dilakukan.

Dalam keadaan itu 2 orang dilaporkan meninggal dunia. Seorang tentera meninggal di tempat kejadian dan seorang sukarelawan Buddha maut. Tiga puluh dua orang cedera dan 7 orang pegawai keselamatan Thai cedera parah.







Oleh TS Kembara



Monday, January 7, 2013

Tentera Thailand Menggunakan Undang-Undang Darurat Menekan Kebebasan Berugama

Pada tanggal 21 November yang lalu pasukan tentera dan polis Thai telah mengepung dan menahan 9 orang ustaz  di madrasah Al-Jamiah Al-Islamiah Kampung Kuala Berwas,Penarik Patani.

Mereka telah ditahan dibawah undang-undang darurat.Dibawah undang-undang darurat mereka boleh ditahan tanpa bicara dan bukti yang kukuh.

Pihak tentera mendakwa 5orang pemisah Patani bersembunyi di madrasah ini. Antara yang dicari ialah
1.Ustaz Mat Ruding Tahir
2.Ustaz Hamat Solahudin Hj Daud
3.Ustaz Bari Pal Slamok
4.Ustaz Ismael Wan Kacik
5.Ustaz Mat Derih Pea-ing


Seramai 300 tentera dan polis telah diarahkan mengeledah di pondok dan di sekitar kawasan pondok itu.Mereka mencari suspek selama 3 jam. Suspek gagal ditemui.. Pihak berkuasa hanya menemui bahan uria dan potasium. Pihak tentera mendakwa bahawa bahan-bahan ini digunakan untuk bom tetapi pihak Mudir madrasah itu menafikannya. Bahan-bahan itu digunakan sebagai baja tanaman.

Oleh kerana tidak berpuashati dengan jawapan itu pihak kerajaan telah menahan 9 orang ustaz yang sedang mengajar untuk disoal siasat. Pihak tentera lalu membawa mereka ke kem tentera untuk siasatan yang lebih lanjut.Sebelum itu pihak tentera menggunakan pembesar suara menghalang orang kampung dan pelajar keluar.

Pihak tentera dan polis mendakwa madrasah ini tempat persembunyian dan kediaman 'para pengganas'dan 'teroris'(pejuang Islam Patani.






Madrasah inilah(gambar di kanan) yang dikatakan tempat persembunyian para pejuang Patani.Pihak tentera dan polis gagal menemui sebarang bukti atas dakwaan mereka.


Derita Seorang Isteri Pejuang

Jam ditangan menunjukan baru pukul 2.00 petang. Kami hendak menziarahi isteri seorang pejuang. Suaminya mati ditembak oleh tentera Thai Buddha pada tanggal 4 November 2012. Pejuang itu namanya Encik Mayuding Kg......Sebayoi Singgora.

Aku dan sekumpulan mahasiswa berserta seorang doktor dari India.Turut sama dalam kumpulan kami ialah seorang psikiatri berbangsa Jepun.

Isteri pejuang itu kelihatan sesah dan sugul. Puan Asti(bukan nama yang sebenar) disahkan mengidap penyakit darah tinggi. selepas kejadian pembunuhan ke atas suaminya. Beliau diserang sakit kepala yang amat sangat.Berdenyut-denyut. Bagai nak pecah kepala. Terasa lapar tapi tidak ada selera hendak makan,tidurpun tidak lena, badannya terasa letih sungguh. Tidak ada kudrat untuk membuat kerja.

Doktor pakar dari India mengatakan Puan Asti diserang penyakit 'anxiety'dan 'depression disturb' ke tahap ASD dan akan melonjak ke tahap PSTD. Beliau menasihatkan Puan Asti segera berjumpa doktor.

Ketika kami bertemu dengan Puan Asti beliau mengandung 8 bulan.Dia dijangka akan melahirkan anaknya pada bulan Januari ini(2013).Kesihatannya yang tidak stabil boleh mempengaruhi anak dalam kandunganya.Beliau hanya makan biskut.

Menurut doktor pakar, badan Puan Asti kurang zat makanan,murung dan sentiasa teringatkan suaminya yang telah pergi.Tidur malamnya sentiasa diganggu mimpi yang ngeri  dan menakut. Beliau hilang minat untuk bekerja kerana sentiasa teringat kejadian suaminya ditembak oleh tentera kerajaan. Anaknya yang berumur  5 tahun juga mengalami keadaan yang serupa. Anak ini hanya makan kueh teown sahaja.

"Anak dalam kandungannya mungkin cacat jika tidakdirawat sepenuhnya." kata doktor pakar itu.

Puan Asti cukup marah kepada pihak tentera bila teringat suaminya yang mati ditembak oleh tentera kerajaan.Demikian juga dengan anaknya yang berumur 5 tahun.Marah mereka terus menyala bila nampak tentera masuk kampung..

Kata psikiatri dari Jepun itu,"kita harus membantu dengan selalu melawatnya, selalu bercakap dengannya, dan jangan biar dia sendirian."

Ketika kami sedang berbual-bual, datang sebuah kendaraan mencurah pasir  di hadapan rumahnya. Menurut pemandu kereta itu pihak tentera yang mengarahkan dia berbuat demikian. Perbuatan ini menurut kata psikiatri dari Negeri Matahari Terbit itu akan menambah sakit hati lagi perempuan yang malang ini!

Oleh Sang Pupuri

Sunday, January 6, 2013

Thailand Minta Bantuan Najib Atasi Puak Pejuang

Menurut akhbar 'Bangkok Post' Timbalan Perdana Chalerm Yubamrung berharap dapat berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk membincang masalah di Selatan Thai yang kian membarah.

Dalam lawatan ini beliau berharap dapat berjumpa dengan pemimpin Malaysia.

Beliau akan meminta kerjasama Malaysia  untuk mengatasi masalah pejuang Patani yang bersembunyi di Malaysia selepas melancarkan serangan di Ujung Selatan.

Taktik yang digunakan oleh pejuang menyukarkan pihak berkuasa Thai untuk membawa pejuang ke muka keadilan..

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu lagi, sukar bagi Thailand untuk bertindak secara bersendirian dalam mengatasi hal ini.

Encik Chalerm meminta kerjasama Malaysia untuk mengatasi kegiatan perdagangan dadah.


Oleh TS Lanang

Suatu Senja Di 'Prince of Songkhla University' Patani

Petang itu aku  di 'Prince of Songkhla University' kampus Patani. Anak muda yang aku hendak berjumpa ini adalah lepasan universiti. Dia graduan dalam bidang sains sosial dan berhasrat hendak membuat sarjana atau master kata orang sekarang di Universiti Sains Malaysia. Aku sempat bertanya kepada jiranku seorang Prof. Madya di Universiti Sains Malaysia.Katanya boleh. Universiti mengiktiraf kelulusan mereka.

Anak muda yang berusia 25 tahun pernah bekerja sebagai seorang guru tetapi kemudiannya meninggalkan jawatan itu kerana soal diskriminasi. Dia lebih suka bekerja sendiri.Dengan modal yang ada ditangan dia memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Dia sudah biasa hidup susah. Bapanya meninggal ketika dia berusia 6 bulan.

Menurut ibunya, bapanya ditembak oleh orang yang bersenjata waktu malam, selepas solat.Dia dipelihara oleh ibunya.Ibunya kemudian berkahwin lagi. Dia bersyukur kerana mempunyai bapa tiri yang baik Selepas bapa tirinya meninggal dunia, dia menjadi tonggak keluarga. Segala perbelanjaan untuk ke sekolah sehingga ke universiti diusahakan sendiri. Anak muda yang berkulit sawo matang ini berasal dari wilayah Narathirat yang diletakan di undang-undang tentera.Di wilayah ini banyak memakan korban. Peristiwa hitam di Takbai. 25 Oktober,2004.Waktu itu dia masih belajar lagi.

Petang itu aku sempat bertanya dia tentang Nai Can Thong. Aku yakin dia tahu tentang Nai Can Thong. Aku memang sudah tentang Nai Can Thong.Aku cuma perlukan maklumat tambahan tentang orang ini.

Sebelum ini aku pernah melihat dan membaca kerja kertas anak muda ini. Ternyata isinya cukup baik dengan carta yang berwarna-warni,perangkaan yang terkini.Cuma kelemahan dari segi bahasa sahaja. Aku kira ini perkara bagi anak-anak di Ujung Selatan yang tertakluk dibawah sistem Siam.

Ternyata Nai Can Thong masih mempunyai keturunannya di Negara Gajah Putih ini. Nai Can Thong adalah pegawai istana kerajaan Sultan Muhammad Patani.Nai  Can Thong berketurunan Siam Ligor dan menjadi orang kepercayaan Sultan Muhammad. Tapi sayang Nai Can Thong menjadi pembelot. Dia membocorkan rahsia pertahanan Patani kepada  Phraya Kalahum panglima perang Siam.

Tentera penjajah Siam telah berjaya menawan Patani dan seluruh wilayah Patani ditakluki pada bulan November 1786.

Inilah sejarahnya. Kata guruku,"Perangai manusia tetap sama. Ada yang baik. Ada yang jahat." Akupun teringatlah cerita saudaraku dari seberang tambak Johor. Patutlah anak Melayu di Temasik tidak boleh menjadi pilot pesawat pejuang di negara itu. Pemimpin Temasik mungkin telah belajar daripada kesilapan Sultan Muhammad

Oleh TS Kembara

Friday, January 4, 2013

Rejim Thai Hendak Hapuskan Sekolah Tadika

Pihak Jabatan Kawasan 12 dalam seminarnya baru-baru telah membuat polisi baru berhubung dengan pendidikan di lima wilayah di Ujung Selatan.Dalam seminar itu tadika akan dihapuskan.Semua murid akan belajar di sekolah kerajaan. Persekolahannya hanya 5 kali seminggu. Sekarang ini murid-murid belajar pendidikan Islam dan Bahasa Melayu pada hari Sabtu dan Ahad di Sekolah Tadika.

Dahulunya di kenali sebagai sekolah Melayu yang didirikan oleh umat Islam pada tahun 1950 di 5 wilayah jajaham Siam.Mulai tahun 1970 ianya dikenali dengan nama Sekolah Tadika.

Tindakan rejim Bangkok ini telah mencetuskan api kemarahan umat Islam di 5 wilayah Ujung Selatan.

Di Narathiwat beberapa buah sekolah telah membuat surat edaran membantah polisi ini. Semua surat ini telah diedar kepada penduduk kampung. Sementara itu pula puluhan buku yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan telah dibakar di Patani.

Pihak Yayasan Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Sempadan(PERKASA) dan Majlis Agama Islam 5 wilayah(PERMAI) membantah keras dan menolak terus polisi ala Phibul Songgram ini.
Adalah difahamkan pihak tentera(S.O.B.T) juga tidak bersetuju dengan polisi baru ini. Pihak PERKASA dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan isu ini.