Sunday, February 17, 2013

2 Orang Sukarelawan Pertahanan Awam Terbunuh

Dua orang sukarelawan pasukan pertahanan awam terbunuh dalam letupan bom yang berlaku pada jam 11.49 pagi waktu Thailand. Kejadian itu berlaku di jam besar dipersimpangan Jalan Piphit, daerah Muang yang berhadapan dengan restoran  'Big Ben'.11 orang dilaporkan cedera.

Menurut Col Tuandir Juthanat,ketua polis daerah Muang letupan bom telah merosakan restoran dan 10 buah rumahkedai. Sebuah kereta dan lebih daripada 10 buah motorsikal telah musnah.

Nama dua orang ahli pasukan sukarelawan yang terbunuh ialah Viroj Chanthasiri dan Sukri Duere.




Oleh Somchai

2 comments:

joe penang said...

Salam
Mungkin anta boleh ceritakan tentang kekejaman yang sedang dikenakan keatas rakyat fatoni sekerang ini.
Menurut sumber ana
- Menteri kerajaan Yingluck sekarang telah berjumpa menteri malaysia. Meminta agar setiap rakyat fatoni di Msia melaporkan diri kepada polis. Melaporkan setiap ativiti yang dibuat. Hatta melaporkan apa yg diajar dalam setiap kuliah agama yang diajarkan setiap hari. Benarkah?

AMANI MALAYSIA said...

Maaf kami tiada maklumat tentang hal yang saudara sebut. Terima kasih