Tiga orang lelaki yang mendakwa diri mereka pejuang telah menyerah diri kepada pihak berkuasa Thai setelah bersembunyi di Malaysia,demikian menurut laporan Bangkok Post.
Tiga orang lelaki itu,Rosli Masa, 31.Mahadi Durae,30dan Arwi Leelawi,31. Semua berasal dari Tabal,wilayah Narathiwat.
Mereka mengambil keputusan untuk menyerah diri setelah penat menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa selama lima tahun di Malaysia.
Menurut Rosli beliau telah lama berhasrat untukmenyerah diri tetapi tidak berpeluang untuk berbuat demikian.
Rosli menjelaskan lagi ada 27 orang lagi yang tinggal di Malaysia berhasrat untuk menyerah diri tetapi masih ragu-ragu dengan layanan pihak berkuasa Thai.
Turut hadir dalam majlis itu ialah pegawai daerah Tabal Somsak Sitthivorakan,ketua polis Pol Col Prayong
Kotesaka dan pegawai pemerintah 36 Lt. Col Wutthaya Chantamas.
Gambar oleh Waedao Haraj
No comments:
Post a Comment