Tuesday, February 12, 2013

Sudut Pandangan Tentang Konflik Di Ujung Selatan

Berita tentang kebangkitan Islam hari ini banyak terpampang di dada akhbar seluruh dunia.Ianya meliputi konflik di Mali dan Nigeria serta kebangkitan Ikhwanul Musliman di Mesir.Kelompok Islam yang lain juga mendapat liputan yang meluas.Malah kelompok yang dikatakan berada dipinggiran juga mempunyai kekuatan yang tersendiri.



Mereka berupaya melakukan kejutan besar dengan menimpa kerosakan yang besar terhadap orang awam ataupun "soft targets". Tetapi pergolakan yang berlaku di Selatan Thailand atau lebih dikenali dengan nama Fathani Darussalam jarang diketahui oleh dunia.Di sini golongan pejuang telah memulakan era baru dengan menjadikan orang bukan Islam sebagai sasaran.Tetapi sasaran itu sudah pasti dikenal identitinya terlebih dahulu. Hanya mereka yang dikenal pasti sebagai pengintip dan pengkhianat  dijadikan sasaran.

Konflik di Fathani Darussalam jarang mendapat liputan walaupun telah dilaporkan  telah memakan korban lebih daripada 5 000 orang semenjak tahun 2004.

Seperti kebnayakan konflik yang berlaku kesalahan itu ditimpakan  kepada  penjajah Eropah. Penjajah Eropah tidak mengambil peduli  tentang masalah bangsa dan agama apabila hendak  melepaskan tanah jajahannya. Hal ini juga tidak terkecuali di Asia    Tenggara.

Pada abad ke 19 Empayar British menguasai sebahagian tanah Semenanjung. Pihak British tidak mengeluarkan belanja yang besar  bagi mentadbirkan tanah jajahan.Pihak British lebih memberikan tumpuan kepada bandar besar yang terletak di pesisiran pantai seperti Georgetown,Melaka dan Singapura.

Sultan Melayu dan Empayar british berkongsi kuasa  di Semenanjung Tanah Melayu. Dalam ini Thailand juga tidak terkecuali. Siam dengan dasar perluasaan wilayah melebarkan kuasanya sampai ke Semenanjung  Tanah Melayu. Siam merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang berupaya membebaskan dirinya daripada cengkaman kuasa Eropah.Siam sebagai kuasa penjajah begitu ghairah sekali memperluaskan pengaruhnya di Utara Semenanjung Tanah Melayu.

British pula bertapa kukuh di  Tanah Melayu dengan  menguasai laluan Selat Melaka yang terletak di antara Semenanjung Tanah Melayu dan  Indonesia. Selat Melaka merupakan laluan perdagangan yang sangat penting di dunia. Laluan ini menghubungkan Timur dengan Barat

Bagi menggelakkan  pertembungan yang lebih besar dengan Negeri Melayu,pihak British telah menandatangani perjanjian 1909,Perjanjian Burney.

Di bawah perjanjian ini Negeri-negeri Melayu dibahagikan antara Siam dan Inggeris.Dalam hal ini Fathani Darussalam yang majoriti penduduknya Melayu Islam dipaksa menjadi sebahagian Kerajaan Buddha Siam.
Wilayah ini yang pada adalah sebuah kerajaan yang berdaulat dalam merdeka,dipimpin oleh Raja-Raja Melayu Islam Fathani yang mendaulat undang-undang Islam. Kini wilayah ini terdiri daripada Fathani, Jala, dan Menara(Narathiwat) berhempaspulas menentang penjajah Siam.


Ramai yang terkorban. Orang Melayu Islam dan Thai Buddha.Pengeboman berlaku setiap hari.Tembak menembak meningkat. Rakyat patani diculik dan dihilangkan termasuklah tokoh agama dan peguam.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan dana datang daripada ahli perniagaan yang tinggal di Malaysia.Tapi hal ini telah dinafikan sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Dikatakan juga pihak pejuang telah memberikan perhatian kepada penyokong dan pengintip tegar Kerajaan.Pihak pejuang dikatakan telah mengumpul maklumat dengan penuh teliti sebelum bertindak.

Pada dasarnya Islam tidak menyokong keganasan. Dan konflik ini akan selesai hanya bila keadilan diberikan kepada rakyat yang terjajah dan ditindas.


Oleh TS Musafir





No comments: