Pada umumnya masyarakat di Malaysia mempunyai pandangan yang negatif bila melawat ke Selatan Thailand. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya maklumat tentang wilayah Selatan.
Bila melawat ke kota pelancong di Songkhla atau pun Hat Yai dikaitan dengan perkara yang negatif.. Hat Yai dikatakan kota maksiat.'Syorga' bagi kaum lelaki. Jala dan Patani 'bahaya'.Banyak meletup dan kejadian tembak menembak.
Sebenarnya masyarkat Islam menolak jolokan seperti.Kata mereka maksiat ada di mana-mana dan tidak hanya di Hat Yai.Di Bangkok,Kuala Lumpur,Singapura,Manila dan bandar-bandar besar di ASEAN.
Di Jala dan Patani memanglah ada meletup dan tembak menembak.Tatapi perkara ini jarang sangat melibatkan orang luar kecuali dalam kes-kes di tempat maksiat.
Walaupun kerajaan Thailand semacam 'menghalalkan' tetapi tidak semua rakyat boleh menerimanya.
Malah ditegaskan wanita penjaja seks itu bukanlah wanita Islam.Pemimpin masyarakat Islam dan Tok Guru atau panggil 'Baba' mengakui bahawa masyarakat Islam masih berpegang kuat dengan adat dan budaya Islam.
Ikatan agama masih kuat melingkari dalam hidup mereka.Adat dan syariah tetap jadi menjadi panduan hidup.
Menurut seorang penduduk di Jala, pelancong boleh mengenali wanita Melayu dan Islam. Mereka bertudung.Bersifat lemah-lembut dan bersopan.Mereka telah dididik oleh orang tua mereka untuk menutup aurat.Wanita di sini telah diberi didikan agama sejak kecil lagi.Guru agama di wilayah selatan boleh menguasai Bahasa Arab dengan baik. Ada yang boleh menguasai Bahasa Perancis. Umumnya bila bercakap mereka menggunakan loghat Patani semacam bahasa Melayu loghat Kelantan.
Di Jala,Patani dan Narathiwat masih banyak pondok tradisional yang beroperasi. Ada pondok moden.Pondok ini mengabungkan sistem akademik dengan tradisional.
Fenoma yang membimbangkan di Hat Yai terdapat penduduk Melayu yang tinggal secara berkelompok. Menurut Prof.Dr.Turiman Suandi ada tiga kelompok besar yang menguasai bandar: Hat Yai di Phetkasem Road, di Khuang Lang Niphat Songkro Road dan di Niphutsongkron Road.
Setiap kelompok memajukan diri kekerabatannya dengan mendirikan masjid sendiri secara bergotong-royong.Untuk membuat masjid mereka mengumpul dana sedikit demi sedikit dan mengambil masa yang agak lama.
Mereka lebih selesa membina masjid hasil sumbang umat Islam.Mereka tidak selesa meminta bantuan dari kerajaan walaupun pada dasarnya kerajaan sedia membantu.Mereka amat teliti dengan sumber kewangan yang tidak jelas dari mana datangnya wang tersebut.
Oleh TS Kembara.
Gambar oleh Abu Fathani
No comments:
Post a Comment