Aku bertemu dengan seorang anak muda lulusan dari Universiti Putra Songkhla,Patani. Bidangnya perundangan Islam. Dia cukup peramah. Suka bercakap. Selepas makan tengahari dia bertanya aku tentang peranan intelektual. Aku tersenyum dan berkata, "Perut kenyang susah nak fikir."
Kata orang great eater is capable of nothing. Mungkin betul juga kata-kata itu. Nanti tunggu perut kosong baru boleh jawab.
Tapi siapakah intelektual itu? Rasanya soal ini telah lama diperkata. Kalau tak silap aku Dr.Usman Awang pernah bercakap tentang soal ini. Novelis terkenal Indonesia,Pramoedya Ananta Toer pernah berbicara perkara yang sama.
Menurut Dr.Azizan Bahari, "Intektual seorang yang mempunyai daya fikir,kefahaman, dan kemampuan berhujah yang tinggi dan menggunakan semua ini untuk menyumbang kepada kepentingan yang lebih luas.
Menurut Dr. Azizan lagi golongan intelektual atau cendiakiawan bukanlah suatu golongan yang yang homogen(sama). Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kategori bergantung kepada sikap/pendirian serta matlamat kerja mereka.
Dr. Azizan telah membahagikan mereka ini kepada 3 kategori:-
1.intelektual establishment
2.intelektual "atas pagar" atau oportunis
3.intelektual awam
Golongan yang pertama menggunakan ilmu pengetahuan dan daya inteleknya untuk membantu/menyokong pihak yang kuat,berkuasa dan berpengaruh. Contohnya pemerintah,syarikat besar,organisasi yang berkepentingan.
Intelektual "atas pagar" mereka menonjolkan diri dan menyokong sesuatu pihak ketika dan suasana bersesuaian dengan dirinya. Kata orang tua-tua Melayu seperti "lalang ditup angin." Mereka ini tak punya pendirian yang tetap, tidak tegas dan jelas.
Intelektual awam mereka berjuang bersama masyarakat.Mereka turun ke padang bersama pihak yang lemah,terpinggir,golongan yang tidak mempunyai kuasa dan lemah lagi ditindas.
Dalam banyak perkara golongan intelektual establishment dan intelektual "atas pagar" sama sahaja. Mereka lebih menjurus menyumbang kepada status quo dan tidak bersifat menggugat sistem yang sedia ada dalam masyarakat. Golongan ini lebih selesa mengharmonikan dasar dan peraturan yang sudah sedia digubal
Tetapi tidak dengan golongan intelektual awam. Golongan ini lebih kreatif dalam memberikan sumbangannya kepada masyarakat tanpa terikat kepada sempadan dan politik negara. Intelektual awam tidak bertindak sembrono. Ia akan mengkaji,menganalisis dan merumuskan berdasarkan yang ditemui dilapangan. Tapi intelektual lain lebih selesa berapa disinggahsana emasnya.
Bagi intelektual awam istilah singgahsana emas dan keselesaan tidak ada dalam kamus hidup mereka.Dalam memperjuangkan buah fikiran, ada kala terpaksa berdepan dengan risiko yang boleh menjelaskan kedudukan dan kepentingannya.
Oleh HS Musafir
Sumber rujukan:
1.www.sukarelawanmalaysia.com
2.Bahari,Azizan,Menghayati Kerja Sukarela,2003,Qarya Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment