Menurut seorang wartawan, Mat Rasul Chanthawadi seorang pemuda yang cukup berani dan dapat melepaskan diri beberapa kali sewaktu dikepong hebat oleh tentera Thai Buddha..
Oleh kehebatan itulah keluarganya terpaksa menunggu empat jam sebelum pihak Hospital Narathiwat mengizinkan mayatnya dibawa keluar. Ini kerana Pemerintah Tentera Ke 4 di kawasan itu dan beberapa orang kenamaan ingin melihat bagaimana rupa pemuda yang berusia 31 tahun itu.
Pada kaca mata pihak pemerintah Thai Mat Rasul seorang anak muda garang,mengikuti ajaran agama yang menyeleweng daripada Islam. Sebanayk lebih daripada 10 waran tangkap telah dikeluarkan terhadap beliau.Beliau lepas bebas selama lima tahun.
Bagi keluarga dan jiran ketangganya ,beliau seorang yang betanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang berumur enam tahun dan seorang anak lelaki berumur 17 bulan.
Isterinya Puan Rusani,25,berkata,"Dia pastikan anak-anak kami hidup selesa.Rumah ini dibina hasil jual-beli lembu.Dia telah membelikan sebuah komputer tablet untuk anak perempuan, dan berharap bilabesar nanti menjadi wanita yang berilmu,beriman.Dia berharapnya dapat belajar di luar negeri."
Majlis pengkebumian itu tidak putus-putus dengan laungan "Allahu Akhbar"
Walaupun nama Mat Rasul dan rakan-rakannya tersenarai sebagai orang yang sangat-sangat dikendaki oleh pihak pemerintah boleh bergerak bebas ke sana kemari kerana masyarakat tidak menolak mereka.
Pihak berkuasa mendakwa penduduk setempat takut kepada pejuang tetapi mereka berkata pejuang adalah sebahagian daripada masyarakat!
Che Mah Che Ni 52,berkata kehidupan anak berubah begitu drastiksekali selepas pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai tahun 2004 yang memakan korban seramai 86 orang.
Dia adalah salah orang mangsa peristiwa itu.Ramai tunjuk perasaan mati kerana sesak nafas.Beliau adalah seorang yang diletak bersusun di dalam truk tentera,kata Che Mah.
Dalam peristiwa berdarah Tak Bai, kakitangan kerajaan tidak dihukum. Ini memberi kesan yang mendalam ke atas jiwa dan pemikiran aanak muda Melayu Fathani.
Selang beberapa lama lepas peristiwa berdarah itu,Mat Rasul dan Rusani mendirikan rumahtangga.Rusani faham dengan siapa dia berkahwin dan bersedia mengambil risiko.
Pasangan suami isteri ini pernah tinggal dan bekerja di Malaysia. Tetapi bila hendak mendapat anak sulung mereka pulang ke Bacho. Beliau aktif kembali dalam perjuangannya.
Bila ditanya tentang aktiviti bersama pejuang,Rusani berkata," Semua orang tahu tentang hal.imi."
Suaminya selalu juga pulang melawat dia dan anak-anak. Bulan lepas tiga kali. Sebelum ini Mat Rasul ada menelefonnya sebelum peristiwa menggempur kem tentera laut yang hanya beberapa kilometer sahaja dari kampungnya.
"Dia memberita akan nanti dan jangan bimbang," kata Rusani lagi.
Mat Rasuk pulang. Dia benar pulang tetapi dengan badannya didalam karung plastik.Dia telah disemadikan sebagai seorang syahid mengikut tradisi Islam.
Sebelum ini beliau ada berpesan kalau dia syahid kafankan dia mengikut syariatIslam."Inilah selalu yang dia minta dan inginkan," kata Rusani.
Dia bangga suaminya mati sebagai seorang syahid. Dia tidak pernah menyesal. Ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya dia tidak bimbang suaminya ditangkap." Orang yang ditangkap akan diseksa dan didera," jelas Rusani .
Oleh TS Musafir.
No comments:
Post a Comment