Si Ibu tidak berasa bangga bila orang memuji tentang kematian anak lelakinya. Bagi Ampan Bua-Thong kematian anaknya bukanlah suatu kemuliaan dalam usaha membangunkan sawah padi.Dia berasa sangat sedih.
"Hati saya berasa bagai dicincang lumat-lumat apabila diberi tahu tentang kematian anak saya." Anaknya berusia 44 tahun.Ibu ini tinggal di wilayah Sing Buri yang damai.
Ampan berkata yang lelaki keduanya, Eknarin Homchoey meninggalkan kampung halaman di Selatan untuk mencari pendapatan tambahan bagi membantu melangsaikan hutang ibunya. Eknarin mendapat Bt20 bagi setiap rai yang dikerjakan di Sing Buri. Dia juga dijanji akan dibayar Bt100 setiap rai bila bersetuju menyertai Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan(SBPAC) dalam usaha menghidup sawah padi di Ujung Selatan.
Setelah bekerja di Patani selama 15 hari, Eknarin memberi tahu ibunya dia akan memberi Bt20 000 kepadanya.Tetapi selepas beberapa jam kemudian dia beri tahu anaknya mati diserang dan tidak akan pulang.
Eknarin meninggal dunia Jumaat lalu apabila ditembak oleh orang yang bersejata yang menaiki pikup bersama dengan"tenaga pengajar sawah padi". Selain daripada itu ada dua orang yang terbunuh dan ramai yang cedera. Salah seorang mangsa ialah Thanom Khamkua masih dirawat secara intensif.
Ampan berkata anak lelakinya bukanlah seorang yang berani dan selalu menolak sebarang cabaran. Dia hanya berani untuk pergi bekerja di Patani kerana hendak membantu keluarga.
Suami Ampan dan anak lelakinya yang tua telah meninggalkannya dan dari semenjak itulah Eknarin membantunya dengan segala kemampuan yang ada. Kini dirinya terpalit dengan hutang apabila meminjam Bt50,000 untuk mula menternak itik. Tapi kini semua itiknya telah mati. Dan sekarang dia pula kehilangan anak lelaki tersayang!
"Anak saya seorang yang cukup baik," katanya dengan tangisan airmata."Tidak ada yang dapat menggantikan kehilangan anak yang saya kasihi."
Oleh Abu Fathani
No comments:
Post a Comment