Monday, February 4, 2013

Fathani,Tak Bai Dia Senyum Pada Ku

Inilah kali pertama aku menaiki kenderaan awam ke Ujung Selatan tanah pusaka yang terlepas. Di sini mereka sentiasa merindu kedamaian yang entah akan menjelma.Dan di wilayah ini sentiasa bergolak dan berkocak.

Di sini setiap hari menjanjikan dukacita. Setiap hari bumi terseyum menerima kedatangan para syuhada.

Bermacam-macam cerita yang keluar dari mulut manusia tentang keselamatan bumi yang pernah digelar "Serambi Mekah". Bumi Sheikh Daud Al-Fathani yang namanya disebut orang zman berzaman. Di sini jugalah pernah tegak terdirinya Kerajaan Kesultanan Melayu  Islam Fathani dikenali dengan nama Fathani Darussalam. Dan seorang ulama Fathani pernah menyebut dalam ucapannya bahawa Thailand dikenali kerana adanya Fathani. (Kiri gambar telaga Sheikh Daud yang dijaga cukup elok)


Di Fathani aku menaiki van menuju ke Tak Bai tanah yang menjadi saksi kepada kezaliman penjajah.

Di dalam van itu  penuh degan penumpang lelaki dan perempuan. Pemandu itu memandu cukup laju. Aku tidak sempat memerhati kelajuan meter van itu.

Di tepi aku ada seorang anak muda.Dia hanya senyum pada mulanya.Orangnya berkulit sawa matang. Mukanya suci bersih.Berambut pendek.Berbaju tangan dan berseluar biru tua.

"Pak Cik orang Malaysia?' katanya sambil melemparkan senyum."Ya, macam mana tahu? "Pakaian Pak Cik,"
Sepanjang perjalanan aku sempat bertanya beberapa soalan tentang diri anak muda ini. Dia pelajar pondok di Patani. Sudah menghafal 17 juz Al-Quran. Pondoknya sering 'dilawati' oleh tentera Siam.Tentera dan polis datang bawa senjata bersama mereka. Katanya dia hendak ke Malaysia,ke Kelantan. Berjumpa dengan Datuknya di Pasir Mas. Bapanya oraang Kelantan. Ibunya orang dari Fatani dan mereka semua tinggal di Fathani.

Dan yang pastinya dia akan selalu ke Malaysia.

Oleh HS Musafir,



No comments: