Thursday, February 28, 2013

Barisan Revolusi Nasional Ke Meja Rundingan

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Thailand,Lt Jeneral Paradom Pattanatabut  berkata  Barisan Revolusi Nasional bersetuju untuk mengadakan dialog  berhubung dengan kedamaian di Ujung Selatan negara itu.

PIhak BNR diwalkili oleh Ustaz Hassan Taib  selaku pegawai perhubungan badan itu.











Lt. Jeneral Paradorn  berada di Kuala Lumpur  untuk menandatangani perjanjian dialog dengan wakil BNR,Ustaz Hassan  Taib.

Friday, February 22, 2013

Gerila Fathani Serah Diri

Tiga orang lelaki yang mendakwa diri mereka pejuang telah menyerah diri kepada pihak berkuasa Thai setelah bersembunyi di Malaysia,demikian menurut laporan Bangkok  Post.

Tiga orang lelaki itu,Rosli Masa, 31.Mahadi Durae,30dan Arwi Leelawi,31. Semua berasal dari Tabal,wilayah Narathiwat.

Mereka mengambil keputusan untuk menyerah diri setelah penat menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa selama lima  tahun  di  Malaysia.

                                                                                           
                                                                                                                       
Menurut Rosli  beliau telah lama berhasrat untukmenyerah diri  tetapi  tidak berpeluang  untuk berbuat demikian.

Rosli menjelaskan lagi ada 27 orang lagi  yang tinggal di Malaysia berhasrat untuk menyerah diri tetapi masih ragu-ragu dengan layanan pihak berkuasa  Thai.


Turut hadir dalam majlis itu ialah pegawai daerah Tabal Somsak Sitthivorakan,ketua  polis Pol Col Prayong
Kotesaka dan  pegawai  pemerintah  36  Lt.  Col Wutthaya  Chantamas.

Gambar oleh Waedao Haraj





Sunday, February 17, 2013

Konflik 1786 di selatan Thailand kian parah

Konflik 1786 di selatan Thailand kian parah

2 Orang Sukarelawan Pertahanan Awam Terbunuh

Dua orang sukarelawan pasukan pertahanan awam terbunuh dalam letupan bom yang berlaku pada jam 11.49 pagi waktu Thailand. Kejadian itu berlaku di jam besar dipersimpangan Jalan Piphit, daerah Muang yang berhadapan dengan restoran  'Big Ben'.11 orang dilaporkan cedera.

Menurut Col Tuandir Juthanat,ketua polis daerah Muang letupan bom telah merosakan restoran dan 10 buah rumahkedai. Sebuah kereta dan lebih daripada 10 buah motorsikal telah musnah.

Nama dua orang ahli pasukan sukarelawan yang terbunuh ialah Viroj Chanthasiri dan Sukri Duere.




Oleh Somchai

Saturday, February 16, 2013

Letupan Bom Di Bandar Patani(Ahad 17 Feb 2013)

Letupan bom semalam mencederakan seorang lelaki.Sementara itu pihak keselamatan telah berjaya kematian bom yang kedua didalam motorsikal roda tiga.

Polis berkata letupan itu berlaku pada jam 12.30 malam (Ahad) di daerah Muang.

Pon Chumpon 41,terkena serpihan bom dan telah dikejarkan ke Hospital Patani/

Kejadian pada malam itu menjadi kelam kabut dan ketakutan menguasai penduduk tempatan.


Oleh Somchai.


                                            Pasaraya Diana rosak teruk akibat letupan bom







Sumber gambar::ASTVsouth.com

Bersama Keluarga As-Syahid Mat Rasul Tiada Sedih Dan Duka

Pemergian anak lelakinya sebagai as syahid tidak diiringi dengan tangisan.Dia rela dengan pemergian anaknya,Mat Rasul Chantharadi.Biarlah dia pergi.Tugasnya sudah selesai.

Ibunya Che Mah Che Ni,52 tahun cukup faham dengan tingkahlaku anak lelakinya itu.
Anaknya cukup bertanggungjawab terhadap keluarga. Dia mendirikan rumah untuk anak dan isterinya.


Inilah rumah untuk anak-anak dan isterinya. Rumah dibina hasil penat lelah menjual dan membeli lembu.

Rumah ini cukup sederhana.Mat Rasul tidak mahu menyusahkan kawan-kawan dan jirannya.Dia tidak suka menumpang tinggal di rumah kawan atau jirannya.

Malamnya dia tidur di atas buaian tentera jika tidak pulang ke rumahnya.




Rosni bersama anak lelakinya baru berumur 17 bulan. Harapan Mat Rasul agar semua anaknya diberi didikan agama yang secukupnya.Dia berharap anaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar negeri.








Rosni, isteri Mat Rasul bangga dengan suami.Kawannya juga turut kehilangan suami.Gugur dalam pertempuran dengan tentera Siam.Tiada sedih dan duka.

Bila mendengar berita kematian suaminya,dia berkata di dalam hati,"tugasnya sudah selesai."











Oleh TS Kembara

Rujukan:http://www.isranews.org
2.The Nation. Pathan,Don, 15 Februari 2013
3.FB Astora Jabat
4.Bangkok Post
5.Wall Street Journal



Friday, February 15, 2013

Cadangan Perintah Berkurung DiTolak

Cadangan perintah berkurung diwaktu malam oleh Timbalan Perdana Thailand Chalem Yubamrung ditolak sebulat suara.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Paradon Pattanathabutr selepas mesyuarat dengan ketua-ketua agensi berkata adalah tidak perlu diadakan pemerintah di wilayah tertentu di Ujung Selatan. Merek yakin dengan pihak yang bertugas menjaga keamanan.

Cadangan pemerintah berkurung dibantah keras oleh penduduk setempat, ahli akademik dan pegawai keselamatan si Ujung Selatan.

Gambar kanan sekali ialah Chalem Yubamrung.









Oleh Somchai

Mat Rasul Chanthawadi Pejuang Fathani Yang Syahid

Beliau syahid sewaktu mengempur tentera laut Thai di hadapan Kem TenteraLaut Thai di daerah Bacho,Narathiwat. Beliau gugur bersama 15 orang pejuang  pada pagi Rabu 13 Februari 2013. Seramai 50 pejuang Fathani menyerang kem itu tapi telah dipatahkan oleh pihak tentera angkara ada pembelot dalam kumpulan itu.

Menurut seorang wartawan, Mat Rasul Chanthawadi seorang pemuda yang cukup berani dan dapat melepaskan diri beberapa kali sewaktu dikepong hebat oleh tentera Thai Buddha..

Oleh kehebatan itulah keluarganya terpaksa menunggu empat jam sebelum pihak Hospital Narathiwat mengizinkan mayatnya dibawa keluar. Ini kerana Pemerintah Tentera Ke 4 di kawasan  itu dan beberapa orang kenamaan ingin melihat bagaimana rupa pemuda yang berusia 31 tahun itu.


Pada kaca mata pihak pemerintah Thai Mat Rasul  seorang anak muda garang,mengikuti ajaran agama yang menyeleweng daripada Islam. Sebanayk lebih daripada 10 waran tangkap telah dikeluarkan terhadap beliau.Beliau lepas bebas selama lima tahun.

Bagi keluarga dan jiran ketangganya ,beliau seorang yang betanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang berumur  enam tahun dan seorang anak lelaki berumur 17 bulan.

Isterinya Puan Rusani,25,berkata,"Dia pastikan anak-anak kami hidup selesa.Rumah ini dibina hasil jual-beli lembu.Dia telah membelikan sebuah komputer tablet untuk anak perempuan, dan berharap bilabesar nanti menjadi wanita yang berilmu,beriman.Dia berharapnya dapat belajar di luar negeri."

Majlis pengkebumiannya dihadiri oleh ribuan hadirin.Tua dan muda berbaris menyambutnya mayat yang berbungkus putih


Majlis pengkebumian itu tidak putus-putus dengan laungan "Allahu Akhbar"

Walaupun nama Mat Rasul dan rakan-rakannya tersenarai sebagai orang yang sangat-sangat dikendaki oleh pihak pemerintah boleh bergerak bebas ke sana kemari kerana masyarakat tidak menolak mereka.

Pihak berkuasa mendakwa penduduk setempat takut kepada pejuang tetapi mereka berkata pejuang adalah sebahagian daripada masyarakat!

Che Mah Che Ni 52,berkata kehidupan anak berubah begitu drastiksekali selepas pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai tahun 2004 yang memakan korban seramai 86 orang.

Dia adalah salah orang mangsa peristiwa itu.Ramai tunjuk perasaan mati kerana sesak nafas.Beliau adalah seorang yang diletak  bersusun di dalam truk tentera,kata Che Mah.

Dalam peristiwa berdarah Tak Bai, kakitangan kerajaan tidak dihukum. Ini memberi kesan yang mendalam ke atas jiwa dan pemikiran aanak muda Melayu Fathani.

Selang beberapa  lama lepas peristiwa berdarah itu,Mat Rasul dan Rusani mendirikan rumahtangga.Rusani faham dengan siapa dia berkahwin  dan bersedia mengambil risiko.

Pasangan suami isteri ini pernah tinggal dan bekerja di Malaysia. Tetapi bila  hendak mendapat anak sulung mereka pulang ke Bacho. Beliau aktif kembali dalam perjuangannya.

Bila ditanya  tentang aktiviti bersama pejuang,Rusani berkata," Semua orang tahu tentang hal.imi."

Suaminya selalu juga pulang melawat dia dan anak-anak. Bulan lepas tiga kali. Sebelum ini Mat Rasul ada menelefonnya sebelum peristiwa menggempur kem tentera laut yang hanya beberapa kilometer sahaja dari kampungnya.

"Dia memberita akan nanti dan  jangan bimbang," kata Rusani lagi.

Mat Rasuk pulang. Dia benar pulang tetapi dengan badannya didalam karung plastik.Dia telah disemadikan  sebagai seorang syahid mengikut tradisi Islam.

Sebelum ini beliau ada berpesan kalau dia syahid kafankan dia mengikut syariatIslam."Inilah selalu yang dia minta dan inginkan," kata  Rusani.

Dia bangga suaminya mati sebagai seorang syahid. Dia tidak pernah menyesal. Ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya dia  tidak bimbang suaminya ditangkap." Orang yang ditangkap akan diseksa dan didera," jelas Rusani .


Oleh  TS Musafir.















Bagaimana Pejuang Patani Menyerang Kem Tentera Laut


Sumber: The  Nation





Thursday, February 14, 2013

Sekolah Di Ujung Selatan Diizinkan Tutup Sementara

Pihak berkuasa di tiga buah wilayah di Ujung Selatan diberi kuasa untuk menggantung persekolahan dan diminta pemohon untuk mendapatkan perlindungan keselamatan bagi diri mereka sendiri,kata seorang ahli kabinet yang senior.



Kenyataan dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran,Phongkhap Thepkanchana berikutan dengan serangan pejuang Fathani pada  pagi Rabu(13Februari) ke atas Kem Tentera laut di daerah Bacho, Narathiwat.

Dalam serangan ke atas kem 16 orang pejuang telah terkorban dan beberapa orang tercedera. Tiada kematian berlaku di sebelah pihak tentera laut.



Oleh Somchai

Wednesday, February 13, 2013

16 Pejuang Fathani Gugur Sewaktu Gempur Kem Tentera

Seramai 16 orang yang dikenali sebagai pejuang Fathani telah gugur sewaktu mengempur kem tentera laut  Thai Buddha di Bacok,Narathiwat. Serangan yang dilancarkan pada jam 1.00 pagi telah dihibu lebih lagi oleh pihak tentera.

Setakat ini diberitakan tidak ada tentera laut yang meninggal dunia.



Wanita ini sedang melihat dan merakamkan gambar pejuang yang gugur dalam medan pertempuran.

                                                        Mereka ini tidak dimandikan.




Oleh Somchai

Tuesday, February 12, 2013

Sudut Pandangan Tentang Konflik Di Ujung Selatan

Berita tentang kebangkitan Islam hari ini banyak terpampang di dada akhbar seluruh dunia.Ianya meliputi konflik di Mali dan Nigeria serta kebangkitan Ikhwanul Musliman di Mesir.Kelompok Islam yang lain juga mendapat liputan yang meluas.Malah kelompok yang dikatakan berada dipinggiran juga mempunyai kekuatan yang tersendiri.



Mereka berupaya melakukan kejutan besar dengan menimpa kerosakan yang besar terhadap orang awam ataupun "soft targets". Tetapi pergolakan yang berlaku di Selatan Thailand atau lebih dikenali dengan nama Fathani Darussalam jarang diketahui oleh dunia.Di sini golongan pejuang telah memulakan era baru dengan menjadikan orang bukan Islam sebagai sasaran.Tetapi sasaran itu sudah pasti dikenal identitinya terlebih dahulu. Hanya mereka yang dikenal pasti sebagai pengintip dan pengkhianat  dijadikan sasaran.

Konflik di Fathani Darussalam jarang mendapat liputan walaupun telah dilaporkan  telah memakan korban lebih daripada 5 000 orang semenjak tahun 2004.

Seperti kebnayakan konflik yang berlaku kesalahan itu ditimpakan  kepada  penjajah Eropah. Penjajah Eropah tidak mengambil peduli  tentang masalah bangsa dan agama apabila hendak  melepaskan tanah jajahannya. Hal ini juga tidak terkecuali di Asia    Tenggara.

Pada abad ke 19 Empayar British menguasai sebahagian tanah Semenanjung. Pihak British tidak mengeluarkan belanja yang besar  bagi mentadbirkan tanah jajahan.Pihak British lebih memberikan tumpuan kepada bandar besar yang terletak di pesisiran pantai seperti Georgetown,Melaka dan Singapura.

Sultan Melayu dan Empayar british berkongsi kuasa  di Semenanjung Tanah Melayu. Dalam ini Thailand juga tidak terkecuali. Siam dengan dasar perluasaan wilayah melebarkan kuasanya sampai ke Semenanjung  Tanah Melayu. Siam merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang berupaya membebaskan dirinya daripada cengkaman kuasa Eropah.Siam sebagai kuasa penjajah begitu ghairah sekali memperluaskan pengaruhnya di Utara Semenanjung Tanah Melayu.

British pula bertapa kukuh di  Tanah Melayu dengan  menguasai laluan Selat Melaka yang terletak di antara Semenanjung Tanah Melayu dan  Indonesia. Selat Melaka merupakan laluan perdagangan yang sangat penting di dunia. Laluan ini menghubungkan Timur dengan Barat

Bagi menggelakkan  pertembungan yang lebih besar dengan Negeri Melayu,pihak British telah menandatangani perjanjian 1909,Perjanjian Burney.

Di bawah perjanjian ini Negeri-negeri Melayu dibahagikan antara Siam dan Inggeris.Dalam hal ini Fathani Darussalam yang majoriti penduduknya Melayu Islam dipaksa menjadi sebahagian Kerajaan Buddha Siam.
Wilayah ini yang pada adalah sebuah kerajaan yang berdaulat dalam merdeka,dipimpin oleh Raja-Raja Melayu Islam Fathani yang mendaulat undang-undang Islam. Kini wilayah ini terdiri daripada Fathani, Jala, dan Menara(Narathiwat) berhempaspulas menentang penjajah Siam.


Ramai yang terkorban. Orang Melayu Islam dan Thai Buddha.Pengeboman berlaku setiap hari.Tembak menembak meningkat. Rakyat patani diculik dan dihilangkan termasuklah tokoh agama dan peguam.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan dana datang daripada ahli perniagaan yang tinggal di Malaysia.Tapi hal ini telah dinafikan sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Dikatakan juga pihak pejuang telah memberikan perhatian kepada penyokong dan pengintip tegar Kerajaan.Pihak pejuang dikatakan telah mengumpul maklumat dengan penuh teliti sebelum bertindak.

Pada dasarnya Islam tidak menyokong keganasan. Dan konflik ini akan selesai hanya bila keadilan diberikan kepada rakyat yang terjajah dan ditindas.


Oleh TS Musafir





Monday, February 11, 2013

Nasib Orang Kecil Di Tanah Yang Bergolak


Peperangan dan kematian tidak  dapat dipisahkan. Seperti kata P. Ramlee irama dan lagu tidak dapat dipisahkan.Kematian adalah perkara biasa.Topi besi yang pakai oleh sang tentera nampaknya tidak mahu ikut sama ke keranda kubur pemiliknya. Topi ini tetap mahu tinggal di bumi. Biarlah tuannya sahaja pergi ke kubur. Beginilah nasib orang kecil dalam peperangan. Matinya di perantauan.Mati orang kecil tidak ada apa-apa. Ia hanya,hanya, hanya  menjanjikan dukacita buat seketika.


Oleh Abu  Fathani

Saturday, February 9, 2013

Tanggapan Umum Bila Melawat Selatan Thailand

Pada umumnya masyarakat di Malaysia mempunyai pandangan yang negatif bila melawat ke Selatan Thailand. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya maklumat tentang wilayah Selatan.

Bila melawat ke kota pelancong di Songkhla atau pun Hat Yai dikaitan dengan perkara yang negatif.. Hat Yai dikatakan kota maksiat.'Syorga' bagi kaum lelaki. Jala dan Patani 'bahaya'.Banyak meletup dan kejadian tembak menembak.

Sebenarnya masyarkat Islam menolak jolokan seperti.Kata mereka maksiat ada di mana-mana dan tidak hanya di Hat Yai.Di Bangkok,Kuala Lumpur,Singapura,Manila dan bandar-bandar besar di ASEAN.

Di Jala dan Patani memanglah ada meletup dan tembak menembak.Tatapi perkara ini jarang sangat melibatkan orang luar kecuali dalam kes-kes di tempat maksiat.

Walaupun  kerajaan Thailand semacam 'menghalalkan' tetapi tidak semua rakyat boleh menerimanya.


Malah ditegaskan wanita penjaja seks itu bukanlah wanita Islam.Pemimpin masyarakat Islam dan Tok Guru atau panggil 'Baba' mengakui bahawa masyarakat Islam masih berpegang kuat dengan adat dan budaya Islam.

Ikatan agama masih kuat melingkari dalam hidup mereka.Adat dan syariah tetap jadi menjadi panduan hidup.




Menurut seorang penduduk di Jala, pelancong boleh mengenali wanita Melayu dan Islam. Mereka bertudung.Bersifat lemah-lembut dan bersopan.Mereka telah dididik oleh orang tua mereka untuk menutup aurat.Wanita di sini telah diberi didikan agama sejak kecil lagi.Guru agama di wilayah selatan boleh menguasai Bahasa Arab dengan baik. Ada yang boleh menguasai Bahasa Perancis. Umumnya bila bercakap mereka menggunakan loghat Patani semacam bahasa Melayu loghat Kelantan.

Di Jala,Patani dan Narathiwat masih banyak pondok tradisional yang beroperasi. Ada pondok moden.Pondok ini mengabungkan sistem akademik dengan tradisional.

Fenoma yang membimbangkan di Hat Yai terdapat penduduk Melayu yang tinggal secara berkelompok. Menurut Prof.Dr.Turiman Suandi ada tiga kelompok besar yang menguasai bandar: Hat Yai di Phetkasem Road, di Khuang Lang Niphat Songkro Road dan di Niphutsongkron Road.

Setiap kelompok memajukan diri kekerabatannya dengan mendirikan  masjid sendiri secara bergotong-royong.Untuk membuat masjid mereka mengumpul dana sedikit demi sedikit dan mengambil masa yang agak lama.

Mereka lebih selesa membina masjid hasil sumbang umat Islam.Mereka tidak selesa meminta bantuan dari kerajaan walaupun pada dasarnya kerajaan sedia membantu.Mereka amat teliti dengan sumber kewangan yang tidak jelas dari mana datangnya wang tersebut.

Oleh TS Kembara.
Gambar oleh Abu Fathani

Thursday, February 7, 2013

Catatan Jalanan Seorang Musafir

Aku bertemu dengan seorang anak muda lulusan dari Universiti Putra Songkhla,Patani. Bidangnya perundangan Islam. Dia cukup peramah. Suka bercakap. Selepas makan tengahari dia bertanya aku tentang peranan intelektual. Aku tersenyum dan berkata, "Perut kenyang susah nak fikir."

Kata orang great eater is capable  of nothing. Mungkin betul juga kata-kata itu. Nanti tunggu perut kosong baru boleh jawab.

Tapi siapakah intelektual itu? Rasanya soal ini telah lama diperkata. Kalau tak silap aku Dr.Usman Awang pernah bercakap tentang soal ini. Novelis terkenal Indonesia,Pramoedya Ananta Toer pernah berbicara perkara yang sama.

Menurut Dr.Azizan Bahari, "Intektual seorang yang mempunyai daya fikir,kefahaman, dan kemampuan berhujah yang tinggi dan menggunakan semua ini untuk menyumbang kepada kepentingan yang lebih luas.

Menurut Dr. Azizan lagi golongan intelektual atau cendiakiawan bukanlah suatu golongan yang yang homogen(sama). Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa  kategori bergantung kepada sikap/pendirian serta matlamat kerja mereka.

Dr. Azizan telah membahagikan mereka ini kepada 3 kategori:-
1.intelektual establishment
2.intelektual "atas pagar" atau oportunis
3.intelektual awam

Golongan yang pertama menggunakan ilmu pengetahuan dan daya inteleknya untuk membantu/menyokong pihak yang kuat,berkuasa dan berpengaruh. Contohnya pemerintah,syarikat besar,organisasi yang berkepentingan.

Intelektual "atas pagar" mereka menonjolkan diri dan menyokong  sesuatu pihak ketika dan suasana bersesuaian dengan dirinya. Kata orang tua-tua Melayu seperti "lalang ditup angin." Mereka ini tak punya pendirian yang tetap, tidak tegas dan jelas.

Intelektual awam mereka berjuang bersama masyarakat.Mereka turun ke padang bersama pihak yang lemah,terpinggir,golongan yang tidak mempunyai kuasa dan lemah lagi ditindas.

Dalam banyak perkara golongan intelektual  establishment dan intelektual "atas pagar" sama sahaja. Mereka lebih menjurus menyumbang kepada status quo dan tidak bersifat menggugat sistem yang sedia ada dalam masyarakat. Golongan ini lebih selesa mengharmonikan dasar dan peraturan yang sudah sedia digubal

Tetapi tidak dengan golongan intelektual awam. Golongan ini lebih kreatif  dalam memberikan sumbangannya kepada masyarakat tanpa terikat kepada sempadan dan politik negara. Intelektual awam tidak bertindak sembrono. Ia akan mengkaji,menganalisis dan merumuskan berdasarkan yang ditemui dilapangan. Tapi intelektual lain lebih selesa  berapa disinggahsana emasnya.

Bagi intelektual awam istilah singgahsana emas dan keselesaan tidak ada dalam kamus hidup mereka.Dalam memperjuangkan buah fikiran, ada kala terpaksa berdepan dengan risiko yang boleh menjelaskan  kedudukan dan kepentingannya.




Oleh HS Musafir

Sumber rujukan:
1.www.sukarelawanmalaysia.com
2.Bahari,Azizan,Menghayati Kerja Sukarela,2003,Qarya Sdn. Bhd.

Pemerintah Berkurung Akan Dilaksanakan

Timalan Perdana Menteri Chalem  Yubamrung yang bertanggungjawab terhadap selamatan di wilayah Ujud Selatan berikrar akan melaksanakan pemerintah berkurung dari petang hungga fajar di kawasan yang bergolak dan kocak.

Menurut laporan  MCOT bahawa kawasan yang bakal terlibat  Krong Pinang dan Yaring di wilayah Jala. Tujuannya ialah untuk melindungi masyarakat setempat.

Pada  hari Selasa lalu empat orang peniaga buah-buahan ditembak mati disebuah  pondok di Krong Pinang.

Menurut  akbar  'The Bangkok Post' pemerintah pernah mencuba melaksanakan pemerintah berkurung di waktu malam di kawasan bergolak tetapi dibantah oleh Pertubuhan Kebangsaan Hak Asasi Manusia..


Oleh Abu  Fathani Al-Qarni



Tuesday, February 5, 2013

Oh! Begini Jadinya Di Tanah Yang Terluka



                                           Tentunya anda boleh membuat kesimpulan  sendiri!



                                           Mereka membesar dalam suasana  begini.


    Oleh Abu Fathani Al-Qarni


Matinya Seorang Anak Yang DiKasihi

Si Ibu  tidak berasa bangga bila orang memuji tentang kematian anak lelakinya. Bagi Ampan Bua-Thong kematian anaknya bukanlah suatu kemuliaan dalam usaha membangunkan sawah padi.Dia berasa sangat sedih.

"Hati saya berasa bagai dicincang lumat-lumat apabila diberi tahu tentang kematian anak saya." Anaknya berusia 44 tahun.Ibu ini tinggal di wilayah Sing Buri yang damai.

Ampan berkata yang lelaki keduanya, Eknarin Homchoey meninggalkan kampung halaman di Selatan untuk mencari pendapatan tambahan bagi membantu melangsaikan hutang ibunya. Eknarin mendapat Bt20 bagi setiap rai yang dikerjakan di Sing Buri. Dia juga dijanji akan dibayar Bt100 setiap rai bila bersetuju menyertai Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan(SBPAC) dalam usaha menghidup sawah padi di Ujung Selatan.

Setelah bekerja di Patani selama 15 hari, Eknarin memberi tahu ibunya dia akan memberi Bt20 000 kepadanya.Tetapi selepas beberapa jam kemudian dia beri tahu anaknya mati diserang dan tidak akan pulang.

Eknarin meninggal dunia Jumaat lalu apabila ditembak oleh orang yang bersejata yang menaiki pikup bersama dengan"tenaga pengajar sawah padi". Selain daripada itu ada dua orang yang terbunuh dan ramai yang cedera. Salah seorang mangsa ialah Thanom Khamkua masih dirawat secara intensif.

Ampan berkata anak lelakinya bukanlah seorang yang berani dan selalu menolak sebarang cabaran. Dia hanya berani untuk pergi bekerja di Patani kerana hendak membantu keluarga.

Suami Ampan dan anak lelakinya yang tua telah meninggalkannya dan dari semenjak itulah Eknarin membantunya dengan segala kemampuan yang ada. Kini dirinya terpalit dengan hutang apabila meminjam Bt50,000 untuk mula menternak itik. Tapi kini semua itiknya telah mati. Dan sekarang dia pula kehilangan anak lelaki tersayang!

"Anak saya seorang yang cukup baik," katanya dengan tangisan airmata."Tidak  ada yang dapat menggantikan kehilangan anak yang saya kasihi."


Oleh Abu Fathani

Monday, February 4, 2013

Fathani,Tak Bai Dia Senyum Pada Ku

Inilah kali pertama aku menaiki kenderaan awam ke Ujung Selatan tanah pusaka yang terlepas. Di sini mereka sentiasa merindu kedamaian yang entah akan menjelma.Dan di wilayah ini sentiasa bergolak dan berkocak.

Di sini setiap hari menjanjikan dukacita. Setiap hari bumi terseyum menerima kedatangan para syuhada.

Bermacam-macam cerita yang keluar dari mulut manusia tentang keselamatan bumi yang pernah digelar "Serambi Mekah". Bumi Sheikh Daud Al-Fathani yang namanya disebut orang zman berzaman. Di sini jugalah pernah tegak terdirinya Kerajaan Kesultanan Melayu  Islam Fathani dikenali dengan nama Fathani Darussalam. Dan seorang ulama Fathani pernah menyebut dalam ucapannya bahawa Thailand dikenali kerana adanya Fathani. (Kiri gambar telaga Sheikh Daud yang dijaga cukup elok)


Di Fathani aku menaiki van menuju ke Tak Bai tanah yang menjadi saksi kepada kezaliman penjajah.

Di dalam van itu  penuh degan penumpang lelaki dan perempuan. Pemandu itu memandu cukup laju. Aku tidak sempat memerhati kelajuan meter van itu.

Di tepi aku ada seorang anak muda.Dia hanya senyum pada mulanya.Orangnya berkulit sawa matang. Mukanya suci bersih.Berambut pendek.Berbaju tangan dan berseluar biru tua.

"Pak Cik orang Malaysia?' katanya sambil melemparkan senyum."Ya, macam mana tahu? "Pakaian Pak Cik,"
Sepanjang perjalanan aku sempat bertanya beberapa soalan tentang diri anak muda ini. Dia pelajar pondok di Patani. Sudah menghafal 17 juz Al-Quran. Pondoknya sering 'dilawati' oleh tentera Siam.Tentera dan polis datang bawa senjata bersama mereka. Katanya dia hendak ke Malaysia,ke Kelantan. Berjumpa dengan Datuknya di Pasir Mas. Bapanya oraang Kelantan. Ibunya orang dari Fatani dan mereka semua tinggal di Fathani.

Dan yang pastinya dia akan selalu ke Malaysia.

Oleh HS Musafir,



Sunday, February 3, 2013

Ketua Kampung Jala Cedera Parah Ditembak

Seorang  ketua kampung(Tok Naben) cedera parah ditembak di daerah Raman,Yala  pagi Ahad ini menurut sumber polis.

Pol Lt Sathichai  Srimai, pegawai polis di balai polis Tathong berkata kejadian itu berlaku  pada pukul 9.30 pagi di rumah Doroha Marurae.55 anggota pentadbiran Wang Phaya Tambon.

Ketika Encik Doroha berjalan di hadapan rumahnya, dua orang lelaki yang menaiki motorsikal telah melepaskan tiga das tembakan kepadanya dengan pistol.


Encik Doroha cedera parah akibat tembakan itu. Dia telah dimasukan ke Hospital Jala.


Polis sedang menyiasat kejadian itu samada berpunca  daripada masalah peribadi ataupun pihak pejuang.


Oleh Abu Nawas.

Friday, February 1, 2013

Empat Tentera Cedera Parah Di Narathiwat

Empat orang tentera Thai cedera parah diserang pejuang Patani baru-baru ini. Pihak pejuang telah melepaskan tembakan dan kemudiannya meletupkan bom apabila bantuan pihak tentera tiba.

Serangan dilakukan terhadap Pasukan Khas 37 yang menggunakan jep untuk mengiringi guru pulang dari sekolah menuju ke rumah. Guru-guru yang diiringi itu menggunakan kereta,pikup dan motorsikal.

Kejadian itu berlaku di daerah Si Sakhon.

Pihak penyerang berada di ladang getah telah melepaskan 30 tembakan dengan menggunakan senjata  M16 dan Ak-47terhadap kenderaan tentera.

Guru-guru tidak terlibat dalam serangan itu.

















Oleh  Mat Nara