Aku sudah hampir tiga tahun ke bumi Patani Darussalam.Tembak menembak perkara biasa. Letupan bom juga biasa. Malah hari-hari. Hari-hari adalah pasti ada yang terkorban. Seperti matahari yang mesti terbit. dan manusia pasti mati.
Adalah suatu yang luarbiasa jika tidak ada meletupan atau tembakan. Begitulah kata Prof Ducan Mac Cargo yang banyak turun kelapangan dan menulis buku.
Tapi hal ini aku tidak temui di sini.Di Patani tidak ada.Tidak Aku temui. Juga di Jala. Tidak Aku temui juga.
Oh! di Menara, orang Siam menyebutnya Narathiwat. Di sini juga tidak ada. Aku bertanya juga kepada rakan yang lain. Mereka juga menjawab tidak ada. Tidak pernah. Mereka ini orang Malaysia,tentunya tidak pernah bersua. Aku tanya juga kepada orang Patani sendiri. Dia mulanya tidak memahami istilah yang Aku gunakan. Memang istilah itu asing baginya. Aku permudahkan maksudnya. Barulah dia mengerti! Oh! dia juga menjawap tidak ada di sini. Tidak pernah jumpa. Di mesjid pun tidak pernah jumpa. Tapi di tempat Aku ramai sekali. Di Mesjid Kapitan Keling selalu ada. Pasti ada. Lealaki dan perempuan.Mereka ada di tengah-tengah bandar, di bank-bank, dalam bas......dan di mana saja.
Tetapi di bumi para syuhada ini tidak Aku temui orang miskin di jalanan meminta untuk sesuap nasi.
Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)
Monday, December 30, 2013
Friday, December 27, 2013
Aman Patani Di Tanah Pusaka Yang Terluka Dan Berdarah
Baba telah pergi. Beliau syahid dibumi syuhada. Yang tinggal hanyalah pondok ,kitabnya,anak dan isterinya.
Isterinya,Puan Izzah meneruskan kerja-kerja dakwah suaminya. Kampung ini selalu mengalirkan darah.Namanya Kampung Pulau Gasing. Setiap tahun pasti ada darah para syuhada yang membasahi tanah ini. Keadilan masih jauh berbalam-balam. Belum nampak garis penamatnya.
Tetapi warga Kampung Pulau Gasing meneruskan hidup mereka seperti biasa.
Di sini kami dengar cerita sedih dan duka.Membantu sekadar yang mampu.Kami hanyalah sebuah NGO yang kecil.Yang didukung oleh orang kecil tetapi berjiwa kata setengah-tengah orang. Kami bersimpati dan berempati.Sumbangan yang dihulurkan tidaklah besar. Apa yang penting ialah Ukhuwah Islamiah.
Dengan bantuan sahabat di Jala kami dibawa ke Pulau Gasing. Kampung ini tenang dan damai. Tanahnya subur.Rambutan,durian dan dukung tumbuh subur. Sejuk mata memandang. Sekali sekala angin sepoi-sepoi bahasa mengusap muka.
(Setiausaha Aman Patani berkopiah putih bersama Ismail Wan Teh (HAP)
Naim seorang anak muda dari negeri Kedah. Beliau seorang usahawan muda selepasan Universiti Teknologi Mara turut sama sebagai sukarelawan Aman Patani.
Kertas in sebagai saksi nanti sewaktu As Syahid Abdul Ghaffur ditembak mati. Kesan darah beliau masih kukuh lagi di surat ini.
Dan rakyat cukup kenal siapa pembunuhnya.
Tentera hitam yang gila perang telah membunuh segala mesra!
Perang berlangsung mencari untung tanah jajahan
Langsung membunuh anak dalam buaian!
Langsung menghancur-lebur nilai kebudayaan!

Thursday, December 26, 2013
Persatuan Perempuan Patani.
Konflik di Hujung Selatan yang semakin panas dan bahangnya cukup terasa kepada kaum wanita. Menyedari hal itu perlu ditanggapi secara berorganisi maka lahirlah 'Persatuan Perempuan Patani'
Menurut wartawan dari WARTANI,Saudara Zahri Ishak penubuhan persatuan ini ialah untuk menyuarakan masalah politik dalaman negara dan juga antarabangsa. Setakat ini sudah ada pertubuhan wanita seperti Deep Peace tapi mereka menjurus kepada membantu anak yatim dan ibu yang terluka dalam konflik di Hujung Selatan.

Wednesday, December 25, 2013
Perjuangan Tetap DiTeruskan
Kematian 'Baba' tidak mematah semangat Puan Izzah. Beliau berazam untuk meneruskan impian dan harapan suaminya. Membangunkan pondok di Pulau Gasing,Yarang, di wilayah Patani.
Baru-baru ini pihak Aman Patani berkesempatan untuk menziarahi keluarga 'Baba' dan bertanya khabar. Beliau cukup gembira dengan kedatangan kami.
Ketiada 'Baba' tidak menjadi alasan untuk tidak memakmurkan pondok pengajian 'Baba'. Menurut Puan Izzah pihaknya sedang mencari sumber kewangan bagi meneruskan impian,cita-cita dan harapan 'As Syahid Baba' yang mati ditembak oleh penjahat berbaju hitam.
Pihak Aman Patani atas dasar simpati dan empati menghulurkan tangan membantu sekadar yang mampu. Pihak Aman Patani menemui secara langsung keluarga yang sedang berduka,berta'ziyah. Bagi pihak Aman Patani bantuan disampaikan tidak hanya sekadar dinilai dari segi kebendaan tetapi isi yang terpenting ialah Ukhuwah Islamiyah!

Saturday, December 21, 2013
Jualan Akhir Tahun Buku Jalan Panjang Menuju Damai Di Patani
Assalamualaikum, Aman Patani sedang mengadakan
promosi jualan buku penghabisan stok hujung tahun 2013. Setiap
pembelian buku bertajuk 'Jalan Panjang Menuju Damai Di Patani' akan
memperolehi free gift kempen peduli Patani. Buku Jalan Panjang
Menuju Damai Di Patani membuka ruang perkenalan kepada pembaca untuk
memahami isu umat Islam di wilayah bergolak di Selatan Thailand. Koleksi
kes-kes dan laporan kejadian sebenar yang berlaku di Patani daripada
sumber mereka yang telibat secara langsung dikumpulkan di dalam buku
ini.
Untuk mendapatkan buku 'Jalan Panjang Menuju Damai Di Patani' boleh menghubungi Hotline AMANI (019-5454924).
Untuk mendapatkan buku 'Jalan Panjang Menuju Damai Di Patani' boleh menghubungi Hotline AMANI (019-5454924).
Pembelian anda adalah
sumbangan anda kepada isu Umat Islam di Patani.
Sunday, December 8, 2013
Monday, December 2, 2013
Seorang Lagi Pejuang Kampung Sato Gugur Syahid
Oleh Shakir Md Taha
Ketika kami mengadakan korban di Kampung Sato ramai kaum ibu yang hadir.Mereka inilah tenaga yang memasak daging untuk yang hadir. Kami tidak memberi sebarang ganjaran atau upah kepada mereka. Kerja memasak dilakukan secara bergotong-royong. Mereka cukup gembira memasak beramai-ramai. Kami dari Aman Patani dan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan cukup terharu dengan sambutan yang diberikan kepada kami.
Kaum ibu yang datang itu ada yang sudah kematian suami. Mereka dengan tenang menerima ketentuan Ilahi. Suami mereka gugur syahid menentang tentera penjajah.Mereka tabah menghadapi ujian ini. Seperti Ustaz Abdul Wahab Menara mereka lulus ujian ini. Salah seorang wanita yang menerima ujian ini Puan Rohani Md Noh.
Suami beliau gugur dalam pertempuran baru-baru ini.Tuan Roji Sulong gugur sebagai bunga syuhada. Beliau merupakan orang yang ke 13 gugur dikampung syuhada ini. Tuan Roji Sulong meninggalkan empat orang anak.
Tuesday, November 26, 2013
Sumbangan Untuk Anak Yatim Di Hujung Selatan
Dalam usaha mencari sumber kewangan bagi membantu anak yatim yang sengsara akibat konflik yang belum nampak garis penamat NGO Deep Peace telah meletakan tabung di gerai makan Tom Yam.
Setakat ini tabung ini terdapat di Kedah,Melaka dan Johor. Menurut salah anggota Deep Peace, Cik Huda sambutan yang diberikan amatlah memuaskan.
Ketika ditanya bagaimana dengan kedudukan negeri lain di Malaysia. Menurut beliau tabung ini mendapat bantuan dan kerjasama Persatuan Tom Yam yang wujud di negeri tersebut.
"Negeri-negeri yang belum menubuhkan persatuan, kami belum letak tabung ini." jelas Cik Huda
Pihak Deep Peace sedang bangunan dua tingkat di Kampung Balo,daerah Palas, wilayah Patani.Tingkat pertama dijangka siap pada bulan Mei tahun 2014.
Gambar di kanan Cik Huda dan rakannya.
Sehingga kini Deep Peace mempunyai pejabat sementaranya di Jala,Patani Darussalam.
Oleh Hay Bin Yazan

Wednesday, November 13, 2013
Melebarkan Rangkaian Mengerat Ukhuwah
Ketika Aman Patani hendak mengadakan qurban pada Hari Raya Aidil Adha kami meminta bantuan daripada rakan-rakan warga Ujung Selatan.
Keadaan menjadi mudah bila teringat badan-badan NGO seperti 'Bunga Raya',DeepPeace dan 'HAP'.
Kami meminta mencari kawasan yang sesuai untuk mengadakan korban. Dengan Hasan Tolla dan Kak Ti serta DeepPeace tidak susah untuk mengadakan korban. Yang pentingnya ada rangkaian. Kami di Malaysia tentulah tidak arif lobang dan lubuknya.
Pihak kami (Aman Patani dan Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan) begitu terharu dengan sambutan yang diberikan. Ustaz Kamaruddin atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Din melakukan sembelihan.
Menurut 'Puan' Afifa dari Aman Patani Malaysia, "saya begitu selesa sekali berada di sini. Mereka membahasakan diri mereka sebagai 'ibu'( yang perempuan, di Malaysia sebagai 'Mak Cik"). Masakannya begitu sedap dan lazat," jelas anak gadis lulusan dalam bidang komunikasi Universiti Sains Malaysia.
Setiusaha Aman Patani, Encik Saiful Affendi begitu gembira sekali dengan kejayaan Aman Patani mengadakan korban di Ujung Selatan walaupun beliau tidak dapat hadir. Menurut beliau acara korban akan dijadikan acara tahunan dalam program Aman Patani.
Tuesday, October 22, 2013
Masjid Nurulhuda Kampung Sato Dibina Daripada Rangkuman Keringat dan Tenaga
Pembinaan Masjid Nurulhuda Kampung Sato, Selur,Bukit Jerai, Jabat Menara belum selesai. Kos pembinaan masjid ini dianggarkan sebanyak 3500,000 bath.
Setakat ini sebanyak 1200,000 bath dibelanjakan. Masjid belum siap sepenuhnya. Tapi kariah kampung sudah mula menggunakannya untuk solat waktu dan Jumaat.
Masjid ini dibinaan hasil rangkuman titik peluh dan tenaga anak kampung. Mereka membina masjid ini mengikut kewangan yang ada. Mereka tidak pernah mengharapkan bantuan daripada pemerintah(dibaca penjajah Siam) untuk membantu mereka. Daripada hasil anak kariah yang menyumbang mereka membangunkan rumah ibadat ini.
Alatan saperti sejadah,tikar dan permaidani belum mencukupi.Dinding belum dikemaskini.Cat belum selesai. Mereka menanti dana yang cukup untuk melakukan ini semua. Pun begitu solat jumaah tetap ditunaikan setiap waktu.
Sudi-sudilah anda menyumbang untuk keperluan masjid ini.
Di sebelah masjid ini ada kubur. Di sinilah bersemadinya 12 orang syuhada yang gugur mempertahan maruah Islam dibumi yang dijajah oleh Siam

Monday, October 21, 2013
Semalam Di Kampung Purong,
Sambutan Aidil Adha cukup menarik sekali di Patani Darussalam. Dengan bantuan dan kerjasama HAP kami dibawa ke Kampung Purong,daerah Muaeng,wilayah Jala.
Acara bermula selepas solat isyak. Sebuah pentas dibuat khas untuk acara dan persembahan pada malam itu.
Sopan santun,adat dan budaya Melayu Islam dijaga. Penonton membawa tikar yang kemudiannya dilampar ke atas. Kaum wanita dan kanak-kanak duduk di hadapan pentas. Lelaki berada di pinggiran pentas. Di tepi ada gerai makanan.
Malam itu kami dihidangkan dengan bacaan sajak,nasyid yang cukup merdu tanpa iringan muzik,berbalas pantun,syarahan dan sebagai.
Malam itu,malam terpaksa bertengkar dengan lampu-lampu. Malam terpaksa meminggirkan diri sampai hampir subuh untuk memberi laluan lampu-lampu yang terang benderang.
Cabutan bertuah memeriahkan lagi suasa malam itu.Kesunyian terpaksa mengundurkan diri pada malam itu.Acara diteruskan. Malam semakin merangkak tua.Lampu masih terang benderang.Manusia di sini belum lena. Laungan azan subuh mematikan semua acara dan persembahan. Semua sujud kepada Yang Maha Kuasa.
Saturday, October 19, 2013
Sambutan Hari Raya Korban DI Kampung Sator
Pagi itu cuaca cukup lembut di Kampung Sator.Kampung ini kaya dengan pohon getah. Penduduknya hampir 99 peratus orang Melayu Patani Islam. Baki orang Siam yang berugama Buddha. Menurut 'Acan' Abdul Qadir penduduk Siam yang tinggal di kampung semuanya selamat. Mereka tidak pernah diganggu oleh orang Melayu di sini.
Bumi di Kampung Sator berasa cukup bertuah kerana di sinilah bersemadinya 12 orang para syuhada. Mereka gugur kerana bertempur dengan tentera penjajah mereka dan ditembak begitu sahaja oleh tentera Siam.
Pihak Aman Patani(Malaysia),Persatuan Ulama' Wilayah Persektuan, Pertubuhan Bunga Raya( Thailand) NGO Deep Peace dan orang kampung turut bersama berganding bahu menjayakan korban di sini. Di kampung ini 2 ekor lembu telah dikorban. Ianya disembelih orang Ustaz Kamaruddin Kassim.
Lembu disembelih.
Lembu dilapah.
Dagingnya dipotong-potong.
Dibasuh bersih-bersih.
Dimasak,dihidang buat sebagai jamuan mereka yang hadir.
Malamnya Ustaz Kamaruddin(Malaysia) menyampaikan ceramah ringkasnya.
Friday, October 18, 2013
Program Qurban di Kampung Pupur.
Kampung Pupur jauh di pedalaman. Terletak di wilayah Menara(Narathiwat) mukim Jabat(Resak). Di sini ada sebuah masjid. Penduduknya semua orang Melayu. Di sini juga ada kedai runcit milik Hj Lazir seorang sukarelawan kesihatan.
Kampung ini buminya tersimpan tubuh yang gugur syahid menentang penjajah Siam.
Di kampung kami mengorbankan seekor lembu. Mereka menerima kedatangan sebagai saudara seaqidah. Mereka menghulurkan tangan dalam kerja-kerja korban ini.
Malah dua orang pelajar yang berasal dari benua Afrika turut serta dalam program korban di Hujung Selatan.
Saudara Abdul Razak yangberasal dari Uganda begitu gembira membantu kerja-kerja melapah lembu korban ini.
Kerja mengagih daging lembu korban diserahkan sepenuhnya kepada penduduk Kampung Pupur. Tukang sembelih lembu dilakukan oleh Ustaz Kamaruddin Kassim dari Persatuan Ulama' Wilayah Persekutuan.
Kami juga turut berasa gembira dengan kedatangan sahabat dan tenaga pengajar Maahad Misbah El-Ulum, Ranget,Menara, Ustaz Abdul Wahab. Beliau boleh berbahasa Arab dan Perancis dengan cukup baik.

Anak As-Syahid
Sewaktu kami mengadakan program qurban di Hujung Selatan sempat bersua dan melihat anak kecil As-Syahid Mubaraq yang bernama Syahidin.
Anak ini berkulit kuning langsat,bersongkok hitam dan memakai baju Melayu. Ketika as-syahid Mubaraq meninggal dunia, anak kecil belum lahir ke dunia lagi. Masih dalam kandungan ibu.
Syahidin tidak sempat bersua muka dengan lelaki yang bernama Ayah. Ayahnya telah pergi dahulu dalam usaha membebaskan ibu pertiwi di bawah penjajahan Siam.
Ibunya menjalankan perniagaan kecil untuk meneruskan hidup tanpa seorang lelaki yang bernama suami.

Monday, October 14, 2013
Salam Aidil Adha
Terima kasih semua yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada AMAN PATANI terutamanya Hj Muhd Long, Johor.
Beliau berasal dari Negara Patani Darussalam.
Beliau berasal dari Negara Patani Darussalam.
Tuesday, October 8, 2013
Kita Berkampung Di Kampung Sator Di Hari Raya Qurban
Kampung Sator dipilih sebagai tempat melakukan korban pada tahun ini. Kampung ini terletak jauh di pedalaman. Di wilayah Menara. mukim Jabat.
Di kampung ini ada sebuah masjid yang dalam proses pembinaan. Tapi boleh melakukan solat jamaah dan solat Aidil Adha. Kawasannya menghijau dan dikelilingi pohon getah yang sedang membuahkan hasilnya.
Ini Masjid Kampung Sator yang dalam proses pembinaan. Penduduk di sini membangunkan masjid berdasarkan kewangan semasa. Jika wangnya ada cepatlah bangunan itu siap.Jadi kiranya ada diantara ingin menyumbang boleh melakukannya pada hari korban ini. Mereka sangat-sangat mengalu-alukan sumbangan anda semua.
Tempat untuk memasak yang luas dan selesa. Ada kemudahan air bersih. Di sini juga ada tempat untuk bermesyuarat. Bangunannya dibuat daripada batu dan kayu.
Kami sempat juga bertemu dengan Tok Khatib masjid. Dia dan ahli kariah masjid memberikan sepenuh sokongan kepada Persatuan Ulama' Wilayah Persekutuan dan Aman Patani Malaysia melakukan aktiviti korban di sini.
Tok Khatib Masjid Kg Sator

Saturday, September 28, 2013
Program Qurban di Patani & Sampul Duit Raya AMANI
Program Qurban di Patani & Sampul Duit Raya AMANI
Assalamu'alaikum w.b.t.
Salam keamanan dari AMANI MALAYSIA. Insyaallah sempena Aidiladha yang bakal tiba AMANI MALAYSIA meneruskan siri program Qurban di Patani seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
Penyertaan korban masih dibuka (boleh rujuk pamphlet yang dilampirkan), jika berminat boleh menghubungi pihak kami.Ada sedikit kelainan pada tahun ini. Kami turut melancarkan Sampul Duit Raya AMANI untuk menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim mangsa konflik di Patani. Sebarang sumbangan sangat dialu-alukan dan bolehlah menghubungi pihak kami. Ayuh sahabat-sahabat marilah menyumbang seikhlas hati buat mereka yang memerlukan.
Sahabat-sahabat juga dialu-alukan untuk mewar-warkan program ini kepada sahabat-sahabat dan kenalan yang lain.
"Tiada Keamanan Tanpa Keadilan"
Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA)
Serambi Dakwah,
Lorong Bagan Lalang 22,
Taman Bagan Lalang,
13400 Butterworth,
Pulau Pinang.
Hubungi/SMS: 0174133858/0135252663

Wednesday, September 25, 2013
Bangunan Anak Yatim Deep Peace Berjalan Lancar
Bangunan Anak Yatim Deep Peace berjalan lancar. Ahli jawatankuasa Deep Peace telah turun ke padang dan berjumpa dengan peniaga yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
Pihak Deep Peace telah meletakkan tabung di kedai makanan yang dipilih. Pihak peniaga telah memberikan kerjasama yang cukup baik dalam usaha membantu anak yatim.
Fasa pertama dijangka siap pada tahun 2014. Bangunan yang terletak di Palas, wilayah Patani bakal nanti menempatkan pejabat Deep Peace bagi memudahkan semua urusan.

Saturday, September 14, 2013
Rumah Anak Yatim Di Palas, PATANI
Pertubuhan Deep Peace, senua NGO wanita yang bergerak aktif membantu dan menguruskan anak yatim telah membangunkan sebuah bangunannya sendiri. Bangunan dua tingkat itu sedang dibangun di Palas kira-kira 30 kilometer daripada Pekan Patani. Tanah seluas 20 ekar telah diwakafkan untuk projek ini.
Menurut seorang juruckap Deep Peace,bangunan dua tingkat itu nanti akan menyediakan bilik yang berasingan untuk anak lelaki dan perempuan. Pejabat Deep Peace juga akan beroperasi di sini.
Bangunan ini diusahakan oleh Deep Peace dengan kerjasama Aman Patani Malaysia(Amani). Setakat ini sumbangan diterima daripada individu dari Malaysia dan Singapura.
Dalam proses pembinaan. Sumbangan daripada anda sangat-sangat diharapkan dalam mempercepatkan siapnya bangunan ini.
Bangunan ini jangka siap pada tahun hadapan.
Friday, September 6, 2013
Thursday, September 5, 2013
PROGRAM QURBAN DI THAILAND SELATAN(HUJUNG SELATAN) BERSAMA AMANI DAN PERSATUAN ULAMA WILAYAH PERSEKUTUAN (1434)
Untuk satu bahagian lembu harga RM350.00 . Seekor lembu RM2450.00. Untuk maklumat seterusnya sila hubungi talinan di atas.
Ditembak Ketika Menunggang Motorsikal
Syukri Atae, 24 ditembak baru-baru ini ketika pulang dari majlis kenduri arwah kawannya yang tidak jauh dari rumahnya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 malam. Beliau ditembak beberapa kali dan dua das peluru telah singgah ke rusuk dan lututnya. Syukri berada dalam keadaan kritikal dan ditempat di bilik kecemasan(ICU).
Menurut doktor peluru yang berada dirusuk belum boleh dikeluarkan kerana keadaan Syukri cukup kritikal.
Anak muda yang baik ini mendapat pendidikan di pondok dan baharu sahaja menyelesaikan pengajiannya di People's College Patani, Patani Darussalam.
Di hujung Selatan nyawa orang Melayu Islam Patani sentiasa terancam terutamanya guru TADIKA yang berbakti kepada anak bangsa Melayu Islam Patani.
Friday, August 30, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)