Wednesday, November 13, 2013

Melebarkan Rangkaian Mengerat Ukhuwah

Ketika Aman Patani hendak mengadakan qurban pada Hari Raya Aidil Adha kami meminta bantuan daripada rakan-rakan warga Ujung Selatan.

Keadaan menjadi mudah bila teringat badan-badan NGO seperti 'Bunga Raya',DeepPeace dan 'HAP'. 

Kami meminta mencari kawasan yang sesuai untuk mengadakan korban. Dengan Hasan Tolla dan Kak Ti serta DeepPeace tidak susah untuk mengadakan korban. Yang pentingnya ada rangkaian. Kami di Malaysia tentulah tidak arif lobang dan lubuknya. 

Pihak kami (Aman Patani dan Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan) begitu terharu dengan sambutan yang diberikan. Ustaz Kamaruddin  atau lebih dikenali dengan nama  Ustaz Din melakukan sembelihan.

Menurut 'Puan' Afifa dari Aman Patani Malaysia, "saya begitu selesa sekali berada di sini. Mereka membahasakan diri mereka sebagai 'ibu'( yang perempuan, di Malaysia sebagai 'Mak Cik"). Masakannya begitu sedap dan lazat," jelas anak gadis lulusan dalam bidang komunikasi Universiti Sains Malaysia. 

Setiusaha Aman Patani, Encik Saiful Affendi begitu gembira sekali dengan kejayaan Aman Patani mengadakan korban di Ujung Selatan walaupun beliau tidak dapat hadir. Menurut beliau acara korban akan dijadikan acara tahunan dalam program Aman Patani.

No comments: