Baba telah pergi. Beliau syahid dibumi syuhada. Yang tinggal hanyalah pondok ,kitabnya,anak dan isterinya.
Isterinya,Puan Izzah meneruskan kerja-kerja dakwah suaminya. Kampung ini selalu mengalirkan darah.Namanya Kampung Pulau Gasing. Setiap tahun pasti ada darah para syuhada yang membasahi tanah ini. Keadilan masih jauh berbalam-balam. Belum nampak garis penamatnya.
Tetapi warga Kampung Pulau Gasing meneruskan hidup mereka seperti biasa.
Di sini kami dengar cerita sedih dan duka.Membantu sekadar yang mampu.Kami hanyalah sebuah NGO yang kecil.Yang didukung oleh orang kecil tetapi berjiwa kata setengah-tengah orang. Kami bersimpati dan berempati.Sumbangan yang dihulurkan tidaklah besar. Apa yang penting ialah Ukhuwah Islamiah.
Dengan bantuan sahabat di Jala kami dibawa ke Pulau Gasing. Kampung ini tenang dan damai. Tanahnya subur.Rambutan,durian dan dukung tumbuh subur. Sejuk mata memandang. Sekali sekala angin sepoi-sepoi bahasa mengusap muka.
(Setiausaha Aman Patani berkopiah putih bersama Ismail Wan Teh (HAP)
Naim seorang anak muda dari negeri Kedah. Beliau seorang usahawan muda selepasan Universiti Teknologi Mara turut sama sebagai sukarelawan Aman Patani.
Kertas in sebagai saksi nanti sewaktu As Syahid Abdul Ghaffur ditembak mati. Kesan darah beliau masih kukuh lagi di surat ini.
Dan rakyat cukup kenal siapa pembunuhnya.
Tentera hitam yang gila perang telah membunuh segala mesra!
Perang berlangsung mencari untung tanah jajahan
Langsung membunuh anak dalam buaian!
Langsung menghancur-lebur nilai kebudayaan!
No comments:
Post a Comment