Saturday, September 14, 2013

Rumah Anak Yatim Di Palas, PATANI

Pertubuhan Deep Peace, senua NGO wanita yang bergerak aktif  membantu dan menguruskan anak yatim telah membangunkan sebuah bangunannya sendiri. Bangunan dua tingkat itu sedang dibangun di Palas kira-kira 30 kilometer daripada Pekan Patani. Tanah seluas 20 ekar telah diwakafkan untuk projek  ini.



Menurut seorang juruckap Deep Peace,bangunan dua tingkat itu nanti akan menyediakan bilik yang berasingan untuk anak lelaki dan perempuan. Pejabat Deep Peace juga akan beroperasi di sini. 



Bangunan ini diusahakan oleh Deep Peace dengan kerjasama Aman Patani Malaysia(Amani). Setakat ini sumbangan diterima daripada individu dari Malaysia dan Singapura.








Dalam proses pembinaan. Sumbangan daripada anda sangat-sangat diharapkan dalam mempercepatkan siapnya bangunan ini.











Bangunan ini jangka siap pada tahun hadapan.















No comments: