Tuesday, October 8, 2013

Kita Berkampung Di Kampung Sator Di Hari Raya Qurban

Kampung Sator dipilih sebagai tempat melakukan korban pada tahun ini. Kampung ini terletak jauh di pedalaman. Di wilayah Menara. mukim Jabat.

Di kampung ini ada sebuah masjid yang dalam proses pembinaan. Tapi boleh melakukan solat jamaah dan solat Aidil Adha. Kawasannya menghijau dan dikelilingi pohon getah yang sedang membuahkan hasilnya.                                                      


Ini Masjid Kampung Sator yang dalam proses pembinaan. Penduduk di sini membangunkan masjid berdasarkan kewangan semasa. Jika wangnya ada cepatlah bangunan itu siap.Jadi kiranya ada diantara ingin menyumbang boleh melakukannya pada hari korban ini. Mereka sangat-sangat mengalu-alukan sumbangan anda semua.






Tempat untuk memasak yang luas dan selesa. Ada kemudahan air bersih. Di sini juga ada tempat untuk bermesyuarat. Bangunannya dibuat daripada batu dan kayu.

Kami sempat juga bertemu dengan Tok Khatib masjid. Dia dan ahli kariah masjid memberikan sepenuh sokongan kepada Persatuan Ulama' Wilayah Persekutuan dan  Aman Patani Malaysia melakukan aktiviti korban di sini.


                                                                         



















Tok  Khatib Masjid Kg Sator

No comments: