Sambutan Aidil Adha cukup menarik sekali di Patani Darussalam. Dengan bantuan dan kerjasama HAP kami dibawa ke Kampung Purong,daerah Muaeng,wilayah Jala.
Acara bermula selepas solat isyak. Sebuah pentas dibuat khas untuk acara dan persembahan pada malam itu.
Sopan santun,adat dan budaya Melayu Islam dijaga. Penonton membawa tikar yang kemudiannya dilampar ke atas. Kaum wanita dan kanak-kanak duduk di hadapan pentas. Lelaki berada di pinggiran pentas. Di tepi ada gerai makanan.
Malam itu kami dihidangkan dengan bacaan sajak,nasyid yang cukup merdu tanpa iringan muzik,berbalas pantun,syarahan dan sebagai.
Malam itu,malam terpaksa bertengkar dengan lampu-lampu. Malam terpaksa meminggirkan diri sampai hampir subuh untuk memberi laluan lampu-lampu yang terang benderang.
Cabutan bertuah memeriahkan lagi suasa malam itu.Kesunyian terpaksa mengundurkan diri pada malam itu.Acara diteruskan. Malam semakin merangkak tua.Lampu masih terang benderang.Manusia di sini belum lena. Laungan azan subuh mematikan semua acara dan persembahan. Semua sujud kepada Yang Maha Kuasa.
No comments:
Post a Comment