Pada umumnya masyarakat di Malaysia mempunyai pandangan yang negatif bila melawat ke Selatan Thailand. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya maklumat tentang wilayah Selatan.
Bila melawat ke kota pelancong di Songkhla atau pun Hat Yai dikaitan dengan perkara yang negatif.. Hat Yai dikatakan kota maksiat.'Syorga' bagi kaum lelaki. Jala dan Patani 'bahaya'.Banyak meletup dan kejadian tembak menembak.
Sebenarnya masyarkat Islam menolak jolokan seperti.Kata mereka maksiat ada di mana-mana dan tidak hanya di Hat Yai.Di Bangkok,Kuala Lumpur,Singapura,Manila dan bandar-bandar besar di ASEAN.
Di Jala dan Patani memanglah ada meletup dan tembak menembak.Tatapi perkara ini jarang sangat melibatkan orang luar kecuali dalam kes-kes di tempat maksiat.
Walaupun kerajaan Thailand semacam 'menghalalkan' tetapi tidak semua rakyat boleh menerimanya.
Malah ditegaskan wanita penjaja seks itu bukanlah wanita Islam.Pemimpin masyarakat Islam dan Tok Guru atau panggil 'Baba' mengakui bahawa masyarakat Islam masih berpegang kuat dengan adat dan budaya Islam.
Ikatan agama masih kuat melingkari dalam hidup mereka.Adat dan syariah tetap jadi menjadi panduan hidup.
Menurut seorang penduduk di Jala, pelancong boleh mengenali wanita Melayu dan Islam. Mereka bertudung.Bersifat lemah-lembut dan bersopan.Mereka telah dididik oleh orang tua mereka untuk menutup aurat.Wanita di sini telah diberi didikan agama sejak kecil lagi.Guru agama di wilayah selatan boleh menguasai Bahasa Arab dengan baik. Ada yang boleh menguasai Bahasa Perancis. Umumnya bila bercakap mereka menggunakan loghat Patani semacam bahasa Melayu loghat Kelantan.
Di Jala,Patani dan Narathiwat masih banyak pondok tradisional yang beroperasi. Ada pondok moden.Pondok ini mengabungkan sistem akademik dengan tradisional.
Fenoma yang membimbangkan di Hat Yai terdapat penduduk Melayu yang tinggal secara berkelompok. Menurut Prof.Dr.Turiman Suandi ada tiga kelompok besar yang menguasai bandar: Hat Yai di Phetkasem Road, di Khuang Lang Niphat Songkro Road dan di Niphutsongkron Road.
Setiap kelompok memajukan diri kekerabatannya dengan mendirikan masjid sendiri secara bergotong-royong.Untuk membuat masjid mereka mengumpul dana sedikit demi sedikit dan mengambil masa yang agak lama.
Mereka lebih selesa membina masjid hasil sumbang umat Islam.Mereka tidak selesa meminta bantuan dari kerajaan walaupun pada dasarnya kerajaan sedia membantu.Mereka amat teliti dengan sumber kewangan yang tidak jelas dari mana datangnya wang tersebut.
Oleh TS Kembara.
Gambar oleh Abu Fathani
Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)
Saturday, February 9, 2013
Thursday, February 7, 2013
Catatan Jalanan Seorang Musafir
Aku bertemu dengan seorang anak muda lulusan dari Universiti Putra Songkhla,Patani. Bidangnya perundangan Islam. Dia cukup peramah. Suka bercakap. Selepas makan tengahari dia bertanya aku tentang peranan intelektual. Aku tersenyum dan berkata, "Perut kenyang susah nak fikir."
Kata orang great eater is capable of nothing. Mungkin betul juga kata-kata itu. Nanti tunggu perut kosong baru boleh jawab.
Tapi siapakah intelektual itu? Rasanya soal ini telah lama diperkata. Kalau tak silap aku Dr.Usman Awang pernah bercakap tentang soal ini. Novelis terkenal Indonesia,Pramoedya Ananta Toer pernah berbicara perkara yang sama.
Menurut Dr.Azizan Bahari, "Intektual seorang yang mempunyai daya fikir,kefahaman, dan kemampuan berhujah yang tinggi dan menggunakan semua ini untuk menyumbang kepada kepentingan yang lebih luas.
Menurut Dr. Azizan lagi golongan intelektual atau cendiakiawan bukanlah suatu golongan yang yang homogen(sama). Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kategori bergantung kepada sikap/pendirian serta matlamat kerja mereka.
Dr. Azizan telah membahagikan mereka ini kepada 3 kategori:-
1.intelektual establishment
2.intelektual "atas pagar" atau oportunis
3.intelektual awam
Golongan yang pertama menggunakan ilmu pengetahuan dan daya inteleknya untuk membantu/menyokong pihak yang kuat,berkuasa dan berpengaruh. Contohnya pemerintah,syarikat besar,organisasi yang berkepentingan.
Intelektual "atas pagar" mereka menonjolkan diri dan menyokong sesuatu pihak ketika dan suasana bersesuaian dengan dirinya. Kata orang tua-tua Melayu seperti "lalang ditup angin." Mereka ini tak punya pendirian yang tetap, tidak tegas dan jelas.
Intelektual awam mereka berjuang bersama masyarakat.Mereka turun ke padang bersama pihak yang lemah,terpinggir,golongan yang tidak mempunyai kuasa dan lemah lagi ditindas.
Dalam banyak perkara golongan intelektual establishment dan intelektual "atas pagar" sama sahaja. Mereka lebih menjurus menyumbang kepada status quo dan tidak bersifat menggugat sistem yang sedia ada dalam masyarakat. Golongan ini lebih selesa mengharmonikan dasar dan peraturan yang sudah sedia digubal
Tetapi tidak dengan golongan intelektual awam. Golongan ini lebih kreatif dalam memberikan sumbangannya kepada masyarakat tanpa terikat kepada sempadan dan politik negara. Intelektual awam tidak bertindak sembrono. Ia akan mengkaji,menganalisis dan merumuskan berdasarkan yang ditemui dilapangan. Tapi intelektual lain lebih selesa berapa disinggahsana emasnya.
Bagi intelektual awam istilah singgahsana emas dan keselesaan tidak ada dalam kamus hidup mereka.Dalam memperjuangkan buah fikiran, ada kala terpaksa berdepan dengan risiko yang boleh menjelaskan kedudukan dan kepentingannya.
Oleh HS Musafir
Sumber rujukan:
1.www.sukarelawanmalaysia.com
2.Bahari,Azizan,Menghayati Kerja Sukarela,2003,Qarya Sdn. Bhd.

Pemerintah Berkurung Akan Dilaksanakan
Timalan Perdana Menteri Chalem Yubamrung yang bertanggungjawab terhadap selamatan di wilayah Ujud Selatan berikrar akan melaksanakan pemerintah berkurung dari petang hungga fajar di kawasan yang bergolak dan kocak.
Menurut laporan MCOT bahawa kawasan yang bakal terlibat Krong Pinang dan Yaring di wilayah Jala. Tujuannya ialah untuk melindungi masyarakat setempat.
Pada hari Selasa lalu empat orang peniaga buah-buahan ditembak mati disebuah pondok di Krong Pinang.
Menurut akbar 'The Bangkok Post' pemerintah pernah mencuba melaksanakan pemerintah berkurung di waktu malam di kawasan bergolak tetapi dibantah oleh Pertubuhan Kebangsaan Hak Asasi Manusia..
Oleh Abu Fathani Al-Qarni

Tuesday, February 5, 2013
Oh! Begini Jadinya Di Tanah Yang Terluka
Tentunya anda boleh membuat kesimpulan sendiri!
Mereka membesar dalam suasana begini.
Oleh Abu Fathani Al-Qarni
Matinya Seorang Anak Yang DiKasihi
Si Ibu tidak berasa bangga bila orang memuji tentang kematian anak lelakinya. Bagi Ampan Bua-Thong kematian anaknya bukanlah suatu kemuliaan dalam usaha membangunkan sawah padi.Dia berasa sangat sedih.
"Hati saya berasa bagai dicincang lumat-lumat apabila diberi tahu tentang kematian anak saya." Anaknya berusia 44 tahun.Ibu ini tinggal di wilayah Sing Buri yang damai.
Ampan berkata yang lelaki keduanya, Eknarin Homchoey meninggalkan kampung halaman di Selatan untuk mencari pendapatan tambahan bagi membantu melangsaikan hutang ibunya. Eknarin mendapat Bt20 bagi setiap rai yang dikerjakan di Sing Buri. Dia juga dijanji akan dibayar Bt100 setiap rai bila bersetuju menyertai Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan(SBPAC) dalam usaha menghidup sawah padi di Ujung Selatan.
Setelah bekerja di Patani selama 15 hari, Eknarin memberi tahu ibunya dia akan memberi Bt20 000 kepadanya.Tetapi selepas beberapa jam kemudian dia beri tahu anaknya mati diserang dan tidak akan pulang.
Eknarin meninggal dunia Jumaat lalu apabila ditembak oleh orang yang bersejata yang menaiki pikup bersama dengan"tenaga pengajar sawah padi". Selain daripada itu ada dua orang yang terbunuh dan ramai yang cedera. Salah seorang mangsa ialah Thanom Khamkua masih dirawat secara intensif.
Ampan berkata anak lelakinya bukanlah seorang yang berani dan selalu menolak sebarang cabaran. Dia hanya berani untuk pergi bekerja di Patani kerana hendak membantu keluarga.
Suami Ampan dan anak lelakinya yang tua telah meninggalkannya dan dari semenjak itulah Eknarin membantunya dengan segala kemampuan yang ada. Kini dirinya terpalit dengan hutang apabila meminjam Bt50,000 untuk mula menternak itik. Tapi kini semua itiknya telah mati. Dan sekarang dia pula kehilangan anak lelaki tersayang!
"Anak saya seorang yang cukup baik," katanya dengan tangisan airmata."Tidak ada yang dapat menggantikan kehilangan anak yang saya kasihi."
Oleh Abu Fathani

Monday, February 4, 2013
Fathani,Tak Bai Dia Senyum Pada Ku
Inilah kali pertama aku menaiki kenderaan awam ke Ujung Selatan tanah pusaka yang terlepas. Di sini mereka sentiasa merindu kedamaian yang entah akan menjelma.Dan di wilayah ini sentiasa bergolak dan berkocak.
Di sini setiap hari menjanjikan dukacita. Setiap hari bumi terseyum menerima kedatangan para syuhada.
Bermacam-macam cerita yang keluar dari mulut manusia tentang keselamatan bumi yang pernah digelar "Serambi Mekah". Bumi Sheikh Daud Al-Fathani yang namanya disebut orang zman berzaman. Di sini jugalah pernah tegak terdirinya Kerajaan Kesultanan Melayu Islam Fathani dikenali dengan nama Fathani Darussalam. Dan seorang ulama Fathani pernah menyebut dalam ucapannya bahawa Thailand dikenali kerana adanya Fathani. (Kiri gambar telaga Sheikh Daud yang dijaga cukup elok)
Di Fathani aku menaiki van menuju ke Tak Bai tanah yang menjadi saksi kepada kezaliman penjajah.
Di dalam van itu penuh degan penumpang lelaki dan perempuan. Pemandu itu memandu cukup laju. Aku tidak sempat memerhati kelajuan meter van itu.
Di tepi aku ada seorang anak muda.Dia hanya senyum pada mulanya.Orangnya berkulit sawa matang. Mukanya suci bersih.Berambut pendek.Berbaju tangan dan berseluar biru tua.
"Pak Cik orang Malaysia?' katanya sambil melemparkan senyum."Ya, macam mana tahu? "Pakaian Pak Cik,"
Sepanjang perjalanan aku sempat bertanya beberapa soalan tentang diri anak muda ini. Dia pelajar pondok di Patani. Sudah menghafal 17 juz Al-Quran. Pondoknya sering 'dilawati' oleh tentera Siam.Tentera dan polis datang bawa senjata bersama mereka. Katanya dia hendak ke Malaysia,ke Kelantan. Berjumpa dengan Datuknya di Pasir Mas. Bapanya oraang Kelantan. Ibunya orang dari Fatani dan mereka semua tinggal di Fathani.
Dan yang pastinya dia akan selalu ke Malaysia.
Oleh HS Musafir,

Sunday, February 3, 2013
Ketua Kampung Jala Cedera Parah Ditembak
Seorang ketua kampung(Tok Naben) cedera parah ditembak di daerah Raman,Yala pagi Ahad ini menurut sumber polis.
Pol Lt Sathichai Srimai, pegawai polis di balai polis Tathong berkata kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 pagi di rumah Doroha Marurae.55 anggota pentadbiran Wang Phaya Tambon.
Ketika Encik Doroha berjalan di hadapan rumahnya, dua orang lelaki yang menaiki motorsikal telah melepaskan tiga das tembakan kepadanya dengan pistol.
Encik Doroha cedera parah akibat tembakan itu. Dia telah dimasukan ke Hospital Jala.
Polis sedang menyiasat kejadian itu samada berpunca daripada masalah peribadi ataupun pihak pejuang.
Oleh Abu Nawas.

Friday, February 1, 2013
Empat Tentera Cedera Parah Di Narathiwat
Empat orang tentera Thai cedera parah diserang pejuang Patani baru-baru ini. Pihak pejuang telah melepaskan tembakan dan kemudiannya meletupkan bom apabila bantuan pihak tentera tiba.
Serangan dilakukan terhadap Pasukan Khas 37 yang menggunakan jep untuk mengiringi guru pulang dari sekolah menuju ke rumah. Guru-guru yang diiringi itu menggunakan kereta,pikup dan motorsikal.
Kejadian itu berlaku di daerah Si Sakhon.
Pihak penyerang berada di ladang getah telah melepaskan 30 tembakan dengan menggunakan senjata M16 dan Ak-47terhadap kenderaan tentera.
Guru-guru tidak terlibat dalam serangan itu.
Oleh Mat Nara

Subscribe to:
Posts (Atom)