Saturday, December 29, 2018

Acara Penyampaian Sijil Penghargaan Guru Aceh

Hampir 2 000 rakyat Melayu  Islam Patani hadir dalam acara penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru bantu dari Negara Aceh Darussalam. Mereka telah menamatkan sesi mengajarkan selama 5 bulan di 5 wilayah  Patani Darussalam, Thailand Selatan. Lima belas orang guru bantu dari Aceh didatang khas oleh NGO BungaRaya. Demikian dijelaskan oleh Ketua NGO tersebut Sdr. Hassan Tola.

Beliau menjelaskan lagi sambutan yang diterima diluar jangka. Pada mulanya harga 500 orang menyatakan kesudian untuk menghadiri acara yang gilang gemilang ini. Hampir 2 000 rakyat Melayu Islam Patani membanjiri dewan tersebut.

Beberapa orang tokoh pendidikan Patani yang terkenal diundang untuk penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru tersebut. Antara tokoh yang diundang ialah Tuan Haji Muhaimin atau lebih dikenali dengan nama Pak Cu Leh.

Kiri berbaju hitam ialah Sdr. Hassan/

Tuan Haji Muhaimin@ Pak Cu Leh.

Gambar di atas menunjukkan Cik Miftah Osman menerima sijil penghargaan.


Menurut seorang guru bantu Sdr.Muhammad Dan beliau begitu terharu sekali dengam sambutan dan layanan yang diberikan  oleh keluarga angkatnya dan rakyat Patani amnya semasa mengajar di Patani.

Seorang guru bantu Cik Miftah Osman juga merasai ikatan persaudaraan yang erat sekali antara penduduk Patani dan Aceh. Beliau begitu  gembira sekali mengajar di wilayah terluka ini.

Mereka berlepas pulang ke tanahair Aceh Darussalam pada 24 Disember lalu melalui Lapangan Terbang Antarabngsa Pulau Pinang.

Kepulangan mereka diiringi oleh Sdr. Hassan Tola dan wakil Aman Patani. Mereka disambutan di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda oleh keluarga masing-masing dan tokoh pejuang Aceh Sdr.Juanda Djamal.

Oleh T.S. Kembara.