Friday, June 25, 2010

LAPORAN ZIARAH 25 - 27 JUN 2010

jam 9.00 pagi waktu tempatan aktivis ziarah dan memberi bantuan
kemanusiaan dari bandar yala (kedai buruk) ke Saiburi Pattani

sempat bergambar semasa nak berangkat ke Saiburi

dari kiri Munirah, Chuya & Asiah

kiri Asiah, pemandu kereta Podi & Ismail

YALA - 26 Jun 2010 : Kami bertolak dari Butterworth dengan van tiket pada pukul 9.00 pagi tiba di stesen bas Hat Yai pukul 11.45 pagi. Krew kami disambut oleh Abdullah, Hafsah dan Rofidah sebelum kemudiannya kami berpecah untuk ke Yala. Sebahagiannya menaiki kereta Ustaz Kamaruddin dan manakala sebahagian lagi menaiki van tiket ke sana.

Tepat jam 5.30 petang waktu tempatan ke Kampung Chelong, Bannangsta, untuk menziarahi rumah arwah Mullah Mohd Yusof, 38 yang meninggal dunia ditembak semasa beliau menunggang motosikal. Kami ke sana dengan menaiki kereta podi. Setibanya di sana, pihak kami yang turut serta ditemani sahabat-sahabat dari HAP disambut oleh keluarga mangsa termasuk Nurhayati Husin, salah seorang penggerak dan AJK Perhubungan HAP.

Setelah selesai menemubual dan menggambil data, kami dijamu makan malam dengan hidangan nasi dan lauk pauk. Sekitar jam 7.30 malam, kami berangkat pulang
ke pejabat HAP. Sebelah malam, sedikit perbincangan dibuat untuk perjalanan esok hari tanggal 26 Jun, jam 9.00 pagi waktu tempatan. Sahabat-sahabat HAP dan Deep Peace telah bergabung dengan AMANI dengan menaiki kereta podi telah berangkat ziarah di tiga kawasan dalam Daerah Saiburi (Teluban) Pattani.

Siti Munirah Abdul Rashid
Penulis & Aktivis AMANI

No comments: