Thursday, June 17, 2010

Kelebihan Anak Yatim


Wahai sekalian hamba Allah,

Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah mudah-mudahan kita beroleh kejayaan.

Sidang Jumaat Yang dihormati,

Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sesuai di semua zaman dan semua keadaan. Islam juga sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Keseragaman dan keserasian ini adalah adalah bermula dengan cara hidup yang mempunyai perasaan kasih sayang dan hormat menghormati dengan Syariat Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh.

Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :

خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ

Ertinya :

Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.

Hadis tersebut menjelaskan kepada umatnya bahawa sebaik-baik rumah yang terdapat anak yatim dipelihara dan dididik dengan diberi kasih sayang serta perhatian, diasuh dan dihormati dan melahirkan sifat kesempurnaan di dalam dirinya. Sementara rumah dan keluarga yang dipandang hina di sisi Allah ialah rumah dan keluarga yang mengabaikan dan mendera anak yatim. Perkara ini adalah perlu diambil perhatian agar hidup mereka tidak terbiar seterusnya dirundung malang. Inisatif yang baik dan ikhlas perlu diambil perhatian oleh golongan-golongan yang diberi kelebihan dan kemewahan oleh Allah. Kita hendaklah menyalurkan bantuan ke tempat yang benar dan InsyaAllah diberi balasan yang setimpal kelak. Mimbar Jumaat hari ini mengajak tuan-tuan agar bantuan disalurkan melalui badan-badan yang didaftar lagi sah.


Sidang Jumaat Yang Berbahagia ,

Sekali lagi diingatkan kepada masyarakat Islam agar tidak menggunakan harta anak yatim bagi kepentingan individu atau kepentingan orang lain kerana ini termasuk dalam dosa besar. Rasulullah S.A.W sendiri telah diperlihatkan di dalam perjalanan Israk dan Mikraj . Sejarah Rasulullah S.A.W juga adalah dilahirkan di dalam keadaan yatim di besarkan pula dalam keadaan yatim piatu yang menghadapi pahit maung telah dirasai sendiri oleh baginda. Firman Allah dalam surah al-Dhuha ayat 1 –11 :

Ertinya :

Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , (bahawa) tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkan mu, dan ia tidak benci (kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh orang kaum musyrik) dan sesungguhnya! tuhan mu akan memberi kepada mu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat ) sehingga engkau redha dan berpuas hati. bukankah ia mendapati engkau yatim piatu, lalu memberikan perlindungan ? Dan didapatinya engkau tercari-cari (jalan yang benar), lalu ia memberikan pertunjuk (dengan wahyu al-Quran), dan di dapati engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan ? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka janganlah engkau tengking herdik, adapun nikmat tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran.

Pengajaran ayat tersebut bahawa baginda Rasulullah S.A.W di besarkan di dalam pengawalan dan asuhan Allah sehingga menjadi pemimpin negara dan dunia yang di contohi, dengan itu sudah sampai waktunya masyarakat Islam mengorak langkah memberikan sedikit waktu, tenaga serta bantuan kepada anak-anak yatim khususnya melalui pendidikan dan memberikan pendedahan yang secukupnya terhadap golongan kecil yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, dengan ini mereka mendapat tempat dilubuk hati masyarakat Islam, mendapat secebis kasih sayang kerana anak-anak yatim adalah kekasih Allah seperti juga baginda Nabi Muhammad S.A.W .

وَءَاتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا

petikan khutbah jumaat yang diambil dari Sepiaail


Nota :Sumbangan Dana Anak Yatim AMANI

Pada masa kini, anak-anak yatim di Pattani menerima sumbangan dari AFAT sebanyak RM30 seorang untuk sebulan. Di Pattani terdapat dalam 4000 orang anak yatim. AMANI berharap masyarakat di Malaysia khususnya, dapat membantu kami mengumpulkan RM15000 hingga RM20000 untuk dana anak yatim dalam tahun ini,2010.

Untuk sumbangan dana, sila salurkan atas nama :
Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
nombor akaun Bank Islam : 7043011013136.
(sila maklumkan jumlah sumbangan kepada HOTLINE AMANI 019-4131472 selepas kemasukan sumbangan kerana akaun tersebut adalah akaun rasmi PUMPP yang turut digunakan untuk badan-badan lain di bawah PUMPP)

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)

1 comment:

Anonymous said...

assalmulaikum..
saya mahu meminta pendapat dari saudara..saya ade mengambil seorang adik angkat(farisha darjah 4) dari rumah anak yatim..saya hanya ambil beliau setiap sabtu dan hantar ahad petang kerana hari biase sy bekerja tiada siapa boleh uruskn beliau..yang menjadi kerisauan saya,waktu sy mengambil beliau dirumah anak yatim,ada lagi 2owg adik mahu ikot bersama(bella darjah 4,tasya darjah 6)..sy xnak bawak, tak sampai hati pula dan sy bagi jugak 2owg tu ikot..masalh sy sekarang fiesha dan bella selalu bergadoh, betumbuk, tendang2 gare2 jelus..bella jelus jika sy duduk, becakap n sebagainye dgn fiesha.. fiesah pulak jelus kalau bella bekepit selalu dengan sy..banyak kali sy cakap pada mereka yang sy sayang ketiga2 sama takada beza..tapi mereka masih bergadoh lagi..saya buntu dan taktahu nak buat ape sekarang nie.. boleh tak saudara bagi pendapat ape yang perlu saya lakukan..