Wednesday, June 30, 2010

KISAH PEPERANGAN TENTERA TALUT DENGAN JALUT

246. tidakkah Engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh Kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak Diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," mereka berkata: "Mengapa pula Kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang Kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" maka apabila perang itu Diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang zalim.

247. dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: "Bagaimana Dia mendapat Kuasa memerintah Kami sedang Kami lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

248. dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut Yang mengandungi (sesuatu Yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa Yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang Yang beriman".

249. kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".

250. dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami serta menangkanlah Kami terhadap kaum Yang kafir"

251. oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut. dan (Sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa Yang dikehendakiNya. dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) Dengan setengahnya Yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

252. itulah ayat-ayat keterangan Allah Yang Kami bacakan Dia kepadamu (Wahai Muhammad) Dengan benar; dan Sesungguhnya Engkau adalah salah seorang dari Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.

Surah al-Baqarah, ayat 246-252


inilah jalanku


Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa : Ya Rabbana, limpahkanlah kami kesabaran, dan kukuhkanlah langkah kami, dan bantulah kami menghadapi orang – orang kafir. (2:250)

25 Jun 2010

Berbekalkan doa ini kami memulakan perjalanan ke selatan Thai lebih tepat lagi wilayah bergolak Fathoni bagi misi ziarah dan bantuan kemanusiaan selain membantu munirah (team penulisan amani) mendapatkan maklumat bagi tujuan penerbitan. Dari Butterworth ke Hatyai mengambil masa kira – kira 3 jam, kami tiba kira – kira jam 1200 waktu Malaysia (jam 1100 waktu tempatan) dan disambut oleh Akhi Abdullah, Kak Radhiah dan Kak Habsah. Kami berpecah untuk meneruskan lagi perjalanan ke Yala; saya, Rafiah dan Kak Wani bersama Us. Din manakala Kak Lillah dan Munirah menaiki van tiket.



Kami menuju ke pejabat HAP, Yala dan disambut mesra. Hati ini terharu dengan kesudian penggerak HAP dan Deep Peace termasuklah Chu Ya (Ketua Penggerak HAP) menerima kunjungan kami dengan besar hati dan mendengar ucapan pertama yang lahir dari mulut mereka bahawa mereka amat berterima kasih kerana sudi bersama mereka saat ini, saat mereka berjuang untuk keadilan dan membebaskan tanah air dari cengkaman kerajaan Thai.



Seusai asar, misi ziarah kami diteruskan ke rumah Kak Yati (Penggerak HAP) di Kg. Chelong menziarahi keluarganya yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga (abang) lebih sebulan lalu (kejadian tembakan)dengan meninggalkan dua isteri dan lapan anak . Sambutan yang meriah juga diberikan dan saya hampir saja menitiskan air mata bila seorang nenek tua (jiran) menangis. Kami bertemu dengan dengan hampir seluruh ahli keluarga kak ti termasuk jiran – jiran, orang tua kak ti, isteri pertama abang, serta anak – anak dan sumbangan daripada HAP dan Muslim Aids turut disampaikan. Saya melihat keluarga ini cukup kuat berdepan ujian ini. Mereka menoreh bagi memenuhi keperluan hidup dan tanpa seorang lelaki dewasa sebagai tonggak keluarga yang besar, pastinya mereka mengalami kesukaran. Tapi kami masih dihidangkan dengan makan malam yang saya kira cukup enak sedang kami tahu mereka tidak menikmati hidangan seperti itu setiap hari.



26 jun 2010

Jam 9.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke rumah Almarhum Sulaiman Naesa, pemuda yang dikatakan meninggal dalam kem tahanan kerana menggantung diri sedangkan bukti – bukti menunjukkan satu penafian. Kami bertemu dengan ahli keluarga beliau begitu juga ahli keluarga dua sahabat karib beliau (abdur rahman dan lukman) yang kini berhijrah menyembunyikan diri kerana dikehendaki oleh Tentera Thai. Kes ini masih dalam siasatan. Berbicara mengenai anak – anak mereka serta hidup yang mereka hadapi, saya tahu air mata mereka hampir saja menitis. Siapa yang tidak sedih melihat anak yang dikandung 9 bulan, dibesarkan menjadi pemuda taat diseksa sedemikian tanpa perikemanusiaan dan pastinya ibu – ibu sahabat baik almarhum amat merindui anak – anak mereka yang entah di mana. Keadaan rumah ini lebih dhoif tanpa bilik tetapi sama seperti di rumah kak yati, kami dihidangkan santapan tengah hari yang enak. Kalau tidak mengenang bahawa ujian mereka lebih berat daripada saya, mahu saja saya menangis semahu – mahunya di bahu salah seorang ibu pejuang ini. Saya tahu andai saya menitiskan air mata pastinya mereka akan turut serta. Sedang saat ini dada saya terasa perit mendalami derita yang ditempuh umat ini sedang mereka tetap meraikan kami.



Kami langsung ke rumah Imam Abdul Karim yang terletak di Kg keranji, Tebing untuk bertemu dengan keluarga beliau. Imam Abdul Karim telah ditembak mati 2 tahun lepas, genap 3 bulan selepas dibebaskan setelah dipenjara selama satu tahun. Sebelumnya, imam telah berhijrah menyembunyikan diri selama satu tahun kerana yakin dirinya akan diburu selepas membaca satu khutbah jumaat yang mengandungi seruan jihad. Keluarga ini memiliki pendapatan tetap. Ditanya apakah pesanan imam yang paling diingati oleh Kak Yah (isteri), beliau menjawab, “ ingatlah Allah selalu dan hanya pada Allah kita bergantung segalanya”. Dengan pesanan ini, saya dapat melihat kekuatan dalam diri kak yah sekalipun ada sendu dalam nadanya mengenang arwah suami yang pergi. Dan saya terkenang saat arwah bonda menghadapi 9 tahun detik sama yang dihadapi kak yah. Jelas, Allah segalanya kerana saban malam saya terjaga di tengah malam tetapi saat itu mata kecil saya belum mampu mentafsir air mata yang mengalir di keheningan itu. Tapi itulah kekuatan yang menjadikan saya hari ini.



kira – kira jam 3 petang, dalam perjalanan pulang kami langsung ke rumah Almarhum cikgu Abdul Aziz. Cikgu abdul aziz telah ditembak di hadapan sebuah sekolah agama berhampiran rumahnya. Beliau kebiasaannya membantu rakan – rakannya mengajar di sekolah tersebut selain kerja – kerja lain terutama apabila aktiviti sekolah diadakan. Cikgu aziz yang memiliki kecacatan di bahagian tangan sejak lahir merupakan anak yang baik dan sering mengingatkan ibunya perihal solat. Setahun sebelum peristiwa itu, ayahnya yang terlibat dengan jemaah tabligh juga telah ditembak mati. Pada hari kejadian, Almarhum cikgu sedang membantu pihak sekolah mengadakan persiapan untuk aktiviti yang akan dijalankan keesokan harinya. Setelah kejadian tersebut, pihak tentera datang ke rumah mek untuk menziarah dengan membawa sumbangan. Hati isteri dan ibu mana yang tidak parah bila anak dan suami diperlakukan seolah – olah nyawa mereka tiada harga apatah lagi permintaan untuk melihat dan membawa pulang mayat anaknya dari tempat kejadian ditolak dengan cara penipuan. Maka dengan kekuatan yang diberi Allah, mek telah menghalau pihak tentera dan langsung tidak membenarkan mereka naik ke rumah dan beliau redha denganperistiwa yang menimpa anaknya.

Ziarah kami berhenti di sini kerana jadual ke pusat pengajian alquran kanak – kanak terpaksa dibatalkan selepas semuanya keletihan.



27 Jun 2010

Pagi ini kami ke madrasah Al – Falahul Islami dimana terletaknya rumah ustaz abdur rahman atau lebih dikenali sebagai baba dalam kalangan penduduk tempatan. Almarhum baba telah ditembak mati 3 minggu yang lalu dan meninggalkan seorang isteri beserta tujuh orang anak, 2 lelaki dan 5 perempuan. Saya melihat Kak ani (isteri) masih sedang membina kekuatan atas peristiwa yang terjadi. Harapan saya penuh moga di lain waktu kami hadir ke sini, wajah kak ani akan dipenuhi dengan kekuatan untuk terus tetap pada jalan perjuangan ini dan mendidik anak – anak agar menjadi mujahid dan mujahidah, soleh wa solehah. Berbicara dengan guru – guru di sekolah ini, mereka memiliki keazaman yang tinggi untuk mendidik anak bangsa. di bumi Fathoni ini, saya temui guru – guru yang mengajar agama di sekolah – sekolah secara sukarela sedang nyawa mereka di hujung tanduk kerana krisis yang berlaku. Sistem pengajian pondok cuba dihapuskan. Anak – anak kecil seawal usia 3 tahun telah diterapkan dengan budaya bukan islam. atas kesedaran ini mereka tetap mengajar sekalipun Cuma wang saguhati yang mereka terima hasil sumbangan penduduk kampung yang rata – ratanya menorah getah kepada pihak sekolah. Saya gembira sempat membantu seorang ustaz memperbetulkan cara tulisan dalam laporan sekolah yang telah beliau sediakan. Kami solat zohor disini dan menjamu selera di sini. Syukran jazilan atas sambutan yang mesra dan meriah. Besar doa saya agar suatu hari nanti anak – anak ini dapat berkorban apa sahaja untuk memperoleh kembali Fathoni darussalam.



Kami terus ke Maahad Nahdatul Ulum Addiniah bertemu dengan pelajar – pelajar dan guru - guru disana. Sapaan mesra dan senyuman anak – anak disini menggembirakan saya kerana di tengah konflik yang berlaku Allah masih memberi kekuatan buat mereka untuk hadir ke sekolah, belajar ilmu Islam. perbincangan dengan Us. Kamaruddin Ahmad (mudir) membayangkan harapan beliau agar prestasi setiap anak muslim dapat ditingkatkan begitu juga guru – guru yang ada.

Ziarah Fathoni berakhir disini. Kami ke Sadao meninggalkan munirah untuk meneruskan misi penulisan buku. Semoga dalam lindungan Allah.



***************** sejak saya kenal bumi Fathoni berdasarkan mata pelajaran sejarah yang saya pelajari di sekolah, saya mula menyimpan azam bahawa suatu hari nanti saya akan memijak bumi ini dan sejak itu besar harapan saya agar bumi ini kembali kepada umat islam apatah lagi sewaktu di bangku sekolah menengah saya dihidangkan dengan konflik – konflik umat islam sedunia. Namun kerana azam saya untuk menjejakkan kaki ke menara gading menjadi keutamaan, saya lupa dengan janji yang pernah saya lafazkan dengan Allah menjadi saksi. Dia mentakdirkan saya menjejakkan kaki ke bumi Kelantan Serambi Makkah, dan saya melihat budaya ilmu tersebar luas sedang saya sedar saya mula jauh dari Islam. Yang wajib atas diri mungkin saya dapat lakukan sendirian sedangkan yang wajib buat ummah, saya takkan mampu bersendirian. Saat itu saya mula berdoa agar Allah tunjukkan saya jalan untuk saya tetap dalam agama ini, agar saya bisa mendekatkan diri padaNya. Maka satu persatu jalan dibuka dan akhirnya saya memenuhi janji saya dengan Allah untuk menziarah saudara Islam saya di bumi Fathoni dan saya mahu kembali lagi untuk bersama – sama mereka memperjuangkan agama Allah. Menginjak usia 22 tahun dalam masa beberapa jam lagi, inilah hadiah yang paling berharga saya peroleh dalam hidup. Ia bukan datang daripada seorang manusia tetapi dari Rabb Yang Satu. Dia menghadiahkan saya semangat jihad hingga saya sanggup mati demi sebuah keabadian. InsyaAllah Dia mempertemukan saya dengan hamba – hambanya yang terpilih untuk berdepan ujianNya juga mereka yang sanggup bersama mendepani ujianNya.

Bertemu dengan kak yati yang kematian abang, kak zurida yang pernah ditahan pihak tentera, kak na dan kak hidayah yang dituduh pengganas dan mereka yang menjadi penggerak NGO di sini, juga chu ya yang baru sahaja keluar dari tahanan. juga isteri – isteri yang kehilangan suami dan anak – anak yang kehilangan bapa kerana kekejaman dan kezaliman syaitan bertopengkan manusia.
Saya akui mereka orang yang hebat. Kerana mereka hebat, ujian yang diberikannya juga adalah hebat. berbicara dengan mereka, saya sedar mereka punya semangat tinggi untuk mendapatkan keadilan, mendaulahkan islam, tetapi ilmu perjuangan perlu dipertingkatkan begitu juga diri kami yang belum cukup ilmu. Maka ini tanggungjawab kita bersama.

Besar harapan saya agar di lain kali, antara sela – sela waktu terluang, ianya bisa dimanfaatkan dengan pengenalan kepada usrah, yang kita tahu bahawa inilah cara awal Rasulullah berdakwah. Kita yang punya pengetahuan mesti memperkenalkan mereka pada gerakan2 perjuangan islam.
Kak zarida dengan pengalamannya di kem tahanan, menjadikan hati saya terhiris. Kezaliman menjadikan manusia sanggup berbuat apa sahaja begitu juga bila Allah di hati, manusia akan sanggup berdepan apa saja. Bersama mereka, saya mengenal erti sebenar – benar tawakkal, redha, takwa. Tiada yang mampu menggugat iman bila manusia benar – benar takut pada Allah, tawakkal dan redha dengan ketentuan Allah.

Bertemu dengan keluarga mereka yang telah syahid mahupun yang masih menghilangkan diri, saya sedar bahawa bila Cuma ada Allah di hati, manusia takkan lagi peduli di mana kita akan mati tetapi bagaimana kita akan mati akan berlegar di fikiran. Apakah kita sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah? Doa saya agar mereka yang pergi dikurniakan kesyahidan dan ditempatkan roh mereka bersama orang2 yang beriman.
Saya ingin menangis mengenang nasib anak2 kecil yang tidak sempat mengenal ayah mereka.

Bila kakak kak ti menceritakan bahawa anak bongsunya sering memanggil ayah dan menghulurkan tangan untuk didukung, bila Marjan berkata ayahnya kini di hospital, hati saya luluh. Yang Cuma saya mampu lakukan adalah menghadiahkan mereka sedikit kekuatan yang saya ada dengan kata semangat. Moga kunjungan kami memberi mereka azam meneruskan hidup.
Anak – anak fathoni terutama yang bersekolah di sekolah – sekolah agama benar – benar memerlukan kita untuk membantu mencorakkan masa depan agar mereka kekal dalam Islam yang syumul. mereka perlu dibantu untuk penguasaan bahasa, pembinaan sahsiah dan jiwa. Kalau kita punya rezeki yang melimpah ruah, bawalah seorang dua anak – anak ini untuk melihat dunia luar.

Buat diri saya , sejenak saya terfikir. Dalam keadaan malaysia hari ini, generasi bagaimana yang saya mahu lahirkan??? Dan jawapan itu ada dalam diri saya. Semoga akan lahir generasi sehebat Salahuddin Al Ayubi, Muhammad Al fateh yang mencontohi peribadi Rasulullah yang Cuma allah ada di hati.
Dan Dia juga mempertemukan saya dengan kak lillah, kak wani, munirah dan rafiah. Bagi saya mereka insan hebat yang Allah beri kekuatan menempuh jalan ini. Dan rafiah dalam penceritaan beliau mencari siapa sebenarnya diri ini, saya katakan padanya pesanan yang pernah arwah bonda lafazkan pada saya, “ kita tidak tahu mungkin ada antara keluarga yang terdahulu memohon pada Allah agar salah seorang daripada keturunannya menjadi orang yang sanggup bekerja demi agama, untuk Allah, maka bersyukurlah kerana kita adalah yang terpilih itu ”.

Syukran jazilan kerana sanggup berkongsi apa yang ada pada kalian denganku... inilah jalan kita iaitu perjuangan menegakkan islam, tiada jalan lain melainkan yang diredhoi Allah dan yang dimahukannya.


oleh sukarelawan AMANI - Asiah

Pelajar Terkena Peluru Sesat

Yala, 30 Jun 2010 - seorang pelajar bernama Ahlan Cintra, 13 tahun menjadi mangsa peluru sesat sewaktu sedang belajar di dalam kelas bersama dengan lebih kurang 25 murid lain di maahad Al-Tarbiyyatul islamiah Batan, Mukim 4, Tambun Li'don, daerah Meang, wilayah Yala. Pelajar yang berasal dari Tambun, katong daerah Jaha wilayah Yala ini rebah tiba-tiba dan darah menyembur keluar dari bahu kirinya kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan. Dipercayai peluru itu datang daripada tentera-tentera yang sedang menjalani latihan tidak jauh daripada kawasan sekolah pada waktu itu. Menurut guru sekolah berkenaan,latihan tembakan berkenaan dilakukan di tapak yang terletak tidak kurang daripada 1200 meter daripada kawasan sekolah. Kini pelajar berkenaan ditempatkan di Hospital Yala dan masih dalam rawatan.

Tuesday, June 29, 2010

Maahad Al-Falah Al-Islami : Permata-permata arwah Ustaz Abdul Rahman












Seadanya sederhana... itulah apa yang terlintas di fikiran saya sebaik melangkah masuk ke sekolah pondok ini.

Sekolah Pondok Kepala Batas Maahad Al-Falah Al-Islami mempunyai murid seramai kira-kira 300 orang. Sekolah ini terdiri daripada 2 sesi iaitu sesi pagi akademik (8 pagi- 12 tengah hari) dan sesi petang (1-4 petang). Majoriti pelajarnya adalah penduduk tempatan yang mempunyai latar belakang keluarga yang menoreh getah sebagai punca rezeki.

Mudir sekolah ini bernama Haji Hasbullah. Menurut beliau, sekolah ini sudah beroperasi selama 30 tahun namun baru dianggap rasmi oleh pihak kerajaan baru 4 tahun. Sebelum ini sekolah ini hanya menekankan pengajian agama sahaja. Sekolah ini terletak di kawasan masjid. Berdasarkan sejarah sekolah ini, ianya ditubuhkan kerana ketua kampung pada masa awal penubuhannya mahu menyebarkan ilmu agama. Jadi beliau telah menjemput guru-guru agama untuk mengajar di sekolah tersebut. Semakin lama sekolah ini semakin berkembang di atas sokongan penduduk kampung.

Akhirnya beberapa tahun terakhir, penduduk kampung tidak mampu lagi menanggung kos untuk menyokong sekolah tersebut. Maka mereka terpaksa mengharapkan bantuan daripada kerajaan untuk meneruskan pembiayaan sekolah tersebut. Bantuan diberikan namun bersyarat, pihak sekolah perlulah menggubal semua kokurikulum sekolah dan memasukkan subjek-subjek akademik dalam kokurikulum sekolah. Guru-guru yang hendak diambil mengajar juga perlulah mempunyai kelulusan kerajaan.

Arwah Ustaz Abdul Rahman merupakan salah seorang bekas guru di sekolah ini. Selepas pemergian arwah ustaz, para pelajar mulai hilang keyakinan diri dan hidup dalam ketakutan. Ketakutan masih menyelubungi keluarga arwah ustaz yang tinggal di dalam kawasan sekolah tersebut apatah lagi rumah mereka seringkali diziarahi pihak tentera.

Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan arwah ustaz, pihak sekolah bercadang untuk menubuhkan sebuah maktabah yang diberi nama Abdul Rahman. Arwah ustaz merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi dalam mengajar kitab-kitab agama. Menurut bekas pelajarnya, arwah seorang guru yang pandai menarik perhatian pelajar dengan lawak jenaka menyebabkan mereka tidak mengantuk semasa belajar. Arwah pernah berkata "Mengapa kamu takut nak belajar? Sedangkan saya yang mengajar ini sepatutnya lebih takut!"

Arwah ustaz akan pergi mengajar di masjid-masjid yang mana guru-guru agama lain takut untuk mengajar. Kata arwah ustaz, sebagai pendidik walaupun takut, tetap wajib ilmu itu disampaikan. Adakalanya disebabkan takut untuk belajar, murid yang hadir cuma dua orang namun arwah ustaz akan tetap mengajar kerana bagi beliau itu adalah tanggungjawabnya.

Semoga dengan pengorbanan arwah ustaz Abd Rahman ini dapat memberi kita semua kekuatan untuk terus menghargai permata-permata yang arwah ustaz tinggalkan kepada kita- mereka itulah anak-anak murid di Maahad Al-Falah Al-Islami.

Dalam ziarah kali ini, sahabat-sahabat NGO Patani dan pihak sekolah telah meminta pihak AMANI mengadakan program-program pendidikan di sekolah tersebut. Semoga Allah mempermudahnya dan memberkati usaha tersebut.


Ziarah Maahad (27 Jun 2010)


Sukarelawan AMANI, aktivis NGO Patani bersama Mudir Maahad Nahdah Al-Ulum Ad-Diniah iaitu Ustaz Kamaruddin Haji Ismail dan Ustaz Ismail


Ustaz Kamaruddin Haji Abdullah, Mudir Maahad Nahdah Al-Ulum Ad-Diniah sedang berdiskusi bersama sukarelawan AMANI


Wajah-wajah harapan... Pelajar-pelajar terhibur semasa para sukarelawan AMANI menziarahi ke kelas-kelas

Lillah sedang beramah mesra bersama para pelajar yang sedang belajar subjek Kimia.


Sukarelawan AMANI bersama sahabat-sahabat NGO Patani sedang berkumpul di ruang menunggu


Para sukarelawan AMANI bergambar bersama janda arwah Ustaz Abdul Rahman dan warga Maahad Al-Falah Al-Islami


Barisan muslimin NGO Patani dan pendidik daripada Maahad Al-Falah Al-Islami sedang berdiskusi


Barisan muslimat daripada AMANI dan NGO Patani


Mudir Maahad Al-Falah Al-Islami iaitu Hj Hasbullah sedang menerangkan mengenai latar belakang sekolah pondok kepada hadirin


Lillah AMANI dan Munirah AMANI sedang menemu bual para pelajar bagi mendapatkan maklumat latar belakang pelajar


Muslimat yang menyertai misi ziarah Maahad


Barisan srikandi.. semoga ukhwah yang terbina persis seutas tasbih yang terbina kerana zikrullah



Monday, June 28, 2010

Album ziarah janda dan anak yatim (25-27 Jun 2010)

Huda Deep Peace bersama anak kepada arwah ustaz Abdul Rahman di hadapan kubur.


Hazwani bersama anak yatim kepada arwah Imam Abdul Karim


Janda Ustaz Abd Rahman bersama anak bongsu yang berumur 11 bulan


Anak yatim kepada arwah ustaz Abd Rahman


Anak-anak arwah ustaz Abd Rahman bersama sahabat-sahabat NGO daripada HAP



Lillah AMANI menerangkan kepada janda Imam Abd Karim mengenai projek anak yatim AMANI


memberi kata-kata semangat




Lillah sedang mendapatkan maklumat anak yatim daripada janda arwahYusof, ibu kepada 6 anak yatim


anak-anak yatim kepada arwah Yusof bersama sepupu mereka


anak yatim kepada arwah Yusof


Pihak AMANI sedang dalam proses mengumpulkan profil-profil anak yatim dan menjadikan anak-anak yatim ini sebagai anak-anak angkat AMANI. Sehubungan itu, AMANI membuka ruang kepada masyarakat umum untuk menjadi keluarga angkat jarak jauh dengan menyalurkan sumbangan kewangan secara konsisten setiap bulan. Sumbangan ini diperlukan untuk membantu anak-anak ini untuk meneruskan pelajaran mereka. Kepada mereka yang berminat bolehlah menghubungi urusetia anak yatim di 019-4737645 atau email : amanpattani@yahoo.com

Ziarah Keluarga Arwah Abd Aziz

Para sukarelawan AMANI sedang mendapatkan maklumat dan memberi kata-kata motivasi kepada keluarga Arwah Abd Aziz


Para sukarelawan bersama kakak Aziz dan ibu Aziz
(dari kiri : Hazwani AMANI, Munirah AMANI, Lillah AMANI, kakak Aziz, ibu Aziz, Asiah AMANI dan Ismail HAP)

Friday, June 25, 2010

LAPORAN ZIARAH 25 - 27 JUN 2010

jam 9.00 pagi waktu tempatan aktivis ziarah dan memberi bantuan
kemanusiaan dari bandar yala (kedai buruk) ke Saiburi Pattani

sempat bergambar semasa nak berangkat ke Saiburi

dari kiri Munirah, Chuya & Asiah

kiri Asiah, pemandu kereta Podi & Ismail

YALA - 26 Jun 2010 : Kami bertolak dari Butterworth dengan van tiket pada pukul 9.00 pagi tiba di stesen bas Hat Yai pukul 11.45 pagi. Krew kami disambut oleh Abdullah, Hafsah dan Rofidah sebelum kemudiannya kami berpecah untuk ke Yala. Sebahagiannya menaiki kereta Ustaz Kamaruddin dan manakala sebahagian lagi menaiki van tiket ke sana.

Tepat jam 5.30 petang waktu tempatan ke Kampung Chelong, Bannangsta, untuk menziarahi rumah arwah Mullah Mohd Yusof, 38 yang meninggal dunia ditembak semasa beliau menunggang motosikal. Kami ke sana dengan menaiki kereta podi. Setibanya di sana, pihak kami yang turut serta ditemani sahabat-sahabat dari HAP disambut oleh keluarga mangsa termasuk Nurhayati Husin, salah seorang penggerak dan AJK Perhubungan HAP.

Setelah selesai menemubual dan menggambil data, kami dijamu makan malam dengan hidangan nasi dan lauk pauk. Sekitar jam 7.30 malam, kami berangkat pulang
ke pejabat HAP. Sebelah malam, sedikit perbincangan dibuat untuk perjalanan esok hari tanggal 26 Jun, jam 9.00 pagi waktu tempatan. Sahabat-sahabat HAP dan Deep Peace telah bergabung dengan AMANI dengan menaiki kereta podi telah berangkat ziarah di tiga kawasan dalam Daerah Saiburi (Teluban) Pattani.

Siti Munirah Abdul Rashid
Penulis & Aktivis AMANI