Monday, February 15, 2010

Seminar Pengupayaan Kaum Ibu (12-15 Feb 2010)


Education Center Of Yala For Empower Women at South Thai

YALA - Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace) telah menganjurkan “Seminar Pengupayaan Kaum Ibu: Mangsa musibah ketidakadilan Bagi Kedamaian Selatan Thailand”. Program berlansung selama 4 hari bermula 12 hingga 15 februari bertempat di Education Center of South Thailand.


Objektif program ini adalah memberi ‘empowerment’ kepada kaum ibu yang menjadi mangsa ketidakadilan. Deep Peace berjaya mengumpul seramai 50 orang kaum ibu mewakili 4 wilayah yakni Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Kejayaan Deep Peace mengumpulkan peserta seramai ini adalah hasil daripada usaha mereka sebelum ini dengan turun ke setiap wilayah untuk menziarahi setiap mangsa di rumah mereka. Daripada itu, AJK Deep Peace memberi kesedaran akan kepentingan kaum ibu ini memahami hak mereka sebagai rakyat Thailand dan bagaimana cara berhadapan dengan masalah.

Program ini adalah siri kedua selepas berjaya menganjurkannya pada ogos tahun lepas di Pattani. Menurut pengerusi Deep Peace Saudari Huda Long Dewa, program ini sangat membantu kaum ibu untuk lebih berani dan tahu hak-hak mereka dari segi undang-undang. Lawatan yang dilakukan oleh Deep Peace selepas program siri pertama ke rumah mangsa mendapati, kaum ibu ini sudah tidak khuatir dengan kehadiran pihak tentera yang cuba mengugut mereka.

Selain itu, kejayaan Deep Peace juga adalah menjadi ‘Educator’ kepada kaum ibu dari sudut ekonomi mereka. Pada siri yang lepas, kaum ibu yang menyertai program Deep Peace mampu menjana ekonomi mereka dengan cara menghasilkan kerepek pisang dan di pasarkan di beberapa wilayah terdekat.

Jelas disini bahawa golongan pemudi seperti AJK Deep Peace begitu konsisiten untuk membantu kaum ibu (wanita) dari aspek sosial dan ekonomi. Deep Peace juga telah mengadakan kerjasama dengan persatuan lain seperti Persatuan Mahasiswa Sempadan Selatan Thai (SFST), Intelect Southern Thailand (INSOUTH), dan Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP). Semoga gerakan ini akan terus komited dengan tugas mereka dan masyarakat di Malaysia boleh mengubah paradigma mengenai konflik di Wilayah Pattani.

Ibu-ibu yang menjadi mangsa konflik pergolakan di Selatan Thailand menluahkan isi hati mereka dan pengalaman pahit yang mereka lalui selama ini. Ada suami dan anak mati dibedil (tembak), anak perempuan dirogol dan dibunuh, suami diambil tentera semasa Solat Maghrib, hampir satu tahun tidak dapat maklumat suami hidup atau mati, pihak tentera pula mengatakan mereka tak tahu kemana suaminya berada dan tentera mengatakan tidak ada dalam tahanan mereka, ramai suami mereka ditahan pihak tentera bertahun-tahun lamanya, isteri-isteri sentiasa diugut, diganggu semasa mereka keluar kerja menoreh getah, macam-macam ugutan dan gangguan-gangguan oleh pehak tentera.


Puan Amani Toyib (30 tahun) sedang menceritakan penderitaan yang
dihadapinya di Pejabat South Women Network for Peace (Deep Peace)
Pada 10/03/2009, semasa solat Maghrib di Masjid Banggol Merbau
Narathiwat, suaminya bernama Azmi Abdul Rahman (36 tahun), telah ditangkap
oleh 4 orang anggota tentera. Sehingga hari ini tidak ada maklumat, pihak
tentera mengatakan suaminya tidak ada dalam tahanan tentera. Suaminya
bertugas sebagai ketua kampung.

Amani bersama suami Azmi Abdul Rahman sebelum
ditangkap oleh tentera dan dihilangkan pada 10/03/2009


Semasa maklumat ini sedang saya tulis telah berlaku pembunuhan dua beranak sedang menoreh getah disebuah kampung di Narathiwat. Perempuan tersebut berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 25 tahun, mereka berdua ditembak jam 7.00 pagi waktu Thai, pada 15.03. Tahun 2009, suaminya mati, telah dibedil (tembak) oleh sekumpulan bersenjata M16. Manakala jam 5.00 petang waktu Thailand oleh lelaki telah ditembak mati dalam kampung yang sama.

No comments: