Sunday, February 28, 2010

MAJLIS PELANCARAN TABUNG DANA BANTUAN MANGSA PATTANI فطاني


(SABTU 6 MAC 2010)


9.00 pagi : Pertandingan Perdana antara Sekolah – Sekolah Agama


9.00 pagi : HIMPUNAN MAHABBAH MAAHAD DERANG


(Maahad Derang 30 Tahun : Mengimbau Nostalgia Menjejak Impian)


9.00 - 10.00 pagi :


TAYANGAN DAN PENERANGAN ISU-ISU SEMASA


Mangsa Pembunuhan di Selatan Thailand (Pattani, Yala, Narathiwat)

Oleh wakil : HAP dan Deep Peace dari Thailand


Perasmian & Ucaptama oleh YBhg. Dato Dr. Siddiq Bin Fadzil


9.00 malam : Malam Apresiasi Seni Islam


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR


Thursday, February 18, 2010

Pengkebumian Bardatee Laboor dan Che' Max Ha'yae

Ramai orang lelaki keluar dari kampung terlalu takut dengan
ugutan tentera hingga nak uruskan pengkebumian mayat pun
terpaksa dilakukan oleh orang perempuan



Urusan pengkembumian


sudah tidak ramai lagi orang lelaki berani tinggal di kampung
mayat juga terpaksa dikendalikan oleh orang perempuan





sukarelawan muslimat HAP

sebelah kiri anak Bardatee berusia 3 tahun dan sebelah kanan
berusia 14 bulan .. anak yatim ini kehilangan ayah dan ibu
serta nenek



anak Bardatee dipangkuan nenek kepada Bardatee


NARATHIWAT – Kesedihan menyelubungi keluarga si mati ketika mayat 2 beranak dibawa ke kuburan. Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan perempuannya Bardatee Laboor (25 tahun). Sebelum ini suami Bardatee Laboor bernama Zulkifli telah mati ditembak pada 25 Ramadhan 1430. Anak kecil yang menagis berada dipangkuan nenek Bardatee, ibu kepada Che’ Max, berusia 3 tahun dan seorang lagi anak Bardatee berusia 14 bulan tidak kelihatan.


Keluarga miskin ini bergantung sepenuhnya rezeki mereka dengan menoreh (motong) getah, maka pihak yang tidak bertanggungjawab pula memperlakukan kepada mereka lebih dari binatang. Apa yang mereka mahu selama ini dengan melayan secara ganas terhadap bangsa patani yang hidup di atas bumi mereka sendiri secara sah. Takdir telah berlaku dengan kekalahan negara Patani Darussalam dengan tentera siam dan akhirnya patani dijajah.


Oleh itu, saya menyeru kepada semua umat Islam di negara malaysia, hulurkanlah bantuan kepada ribuan janda-janda, anak-anak yatim dan fakir miskin yang sentiasa diganggu serta diugut supaya tidak turun menoreh getah.

Kita banyak menghantar bantuan ke Palastin tetapi kita lupa manusia sebangsa dan seagama dengan kita berada di sebelah kita serta bersempadan dengan kita. Alhamdulillah, kegigihan kumpulan sukarelawan Promoting Human Rights And Access To Justice Network (HAP) dan Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace), sentiasa turun menguruskan bantuan kepada mangsa-mangsa pembunuhan.

pembunuhan di NARATHIWAT (15 Feb 2010)

sukrelawan HAP sedang membantu pengurusan jenazah

Presiden HAP, Chu Ya sedang membantu keluarga arwah

gigih sukarelawan HAP menguruskan jenazah

Muslimat HAP menziarahi keluarga arwah

ibu yang terbunuh

anak yang terbunuh

NARATHIWAT - Pada 15 Februari 2010, jam lebih kurang 7.00 pagi waktu thailand, di Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat, telah berlaku serangan orang yang tidak dikenali anatara 5-6 orang, menggunakan senjata M16, menebak mati 2 orang kampung (ibu dan anak perempuan) sedang menoreh getah. Ibu tersebut bernama Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun). Selepas itu jam lebih kurang 6.00 petang waktu thailand, di Kampung yang sama seorang lelaki bernama Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) sedang menggambil getah beku lalu ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali. Sebelum ini suami perempuan yang bernama Bardatee Laboor telah dibunuh.


Tenaga kerja Promoting Human Rights And Access To Justice Network (HAP) dan Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace), telah mengunjungi jenzah para suhadaa’ tersebut serta melaksanakan pengkebumian sebagai orang mati syahid. Terlalu banyak orang-orang kampung yang tidak berdosa telah dibunuh dan diuggut oleh pehak tentera supaya tidak keluar bekerja di ladang getah. Mereka terpaksa keluar bekerja untuk mendapatkan rezeki untuk hidup.

gambar sekitar 12-14 Feb 2010 - Program & Ziarah

penunjuk jalan...

penunjuk jalan...

kak fatin,kak yah, makcik Ah, kak wahid


chu ya...


alia, zubaidah, nirwana, habsah, asti

che lah...

sufian...



isteri dan ibu yang suaminya hilang dan syahid...



Nur Kautsar Fatin... ayahnya dipenjara...

dari Deep Peace

masjid jamek kedai lama

LAWATAN KE MAAHAD IRSYAD LIL BANAT YALA

Asti Toba (Aktivis Landas) sedang memberikan ceramah motivasi spelajar Maad Lil Banat, sempena sambutan Maulidur Rasul pada 14 Februari 2010


Sebelah kanan Asti Toba (Aktivis Landas) dan sebelah kiri Hajah Wan Fatimah Haji Madiah (guru Maahad Lil Banat), johan tilawah al-Quran (perempuan) peringkat antarabangsa di Malaysia tahun 2009.

Sebelah kiri Ustaz Haji Ibrahim Harun (guru Maahad Lil Banat) juga pernah menjadi johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Malaysia tahun 1993 dan sebelah kanan Ustaz Solleh Wanding Timbalan Mudir Maahd Irsyad Lil Banat Yala



Cogankata dalam bahasa jawi yang tertera di bagunan Maahad Irsyad Lil Banat Yala “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAT TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.


YALA – Semasa saya mengunjungi Maahad Irsyad Lil Banat Yala bersama aktivis LANDAS tanggal 14 Februari 2010, saya telah diberitahu oleh Timbalan Mudir Ustaz Solleh Wanding, dalam beberapa tahun yang lalu ada rombongan ahli politik dari Perak berjawatan YB. Ketika itu semasa pemerintahan Pak Lah, kerajaan malaysia belum lagi mempopularkan cogankata CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. Semasa lawatan tersebut pihak sekolah telahpun menggunakan cogankata mereka sendiri dan dipamerkan di Bangunan Sekolah “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAH TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.


Semasa rombongan tersebut melawat Maahad, pihak sekolah telah 5 tahun menggunakan cogankata tersebut. Rombongan dari malaysia ada menyebut yang mereka tertarik dengan cogankata tersebut. Selepas mereka pulang ke Malaysia, Pak Lah mempopularkan cogankata “CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”.


Saya juga tertarik dengan cogankata tersebut dan pihak LANDAS akan mempopularkan sepenuhnya cogankata tersebut tanpa pengubahsuaiannya. Kerana disiplin mereka tinggi lantaran mereka berjaya bagunkan sebuah sekolah rakyat, gaji guru yang rendah, maka mereka sanggup berkorban sehingga nama sekolah mereka terjulang. Kebanyakan guru-guru yang mengajar di Maahad terdiri daripada bekas pelajar yang melanjutkan pelajarannya ke keluar negara.


Akhlak pelajar dan guru masih dapat dipertahankan, maka sekolah dapat meneruskan visi dan misi Maahad untuk melatih pelajar, dalam masa yang sama guru menjadi ikutan contoh yang terbaik melaksanakan ibadah yang sangat terbilang. Akhirnya kecemerlangan pelajar dapat kembali menjadi tenga guru untuk membantu Maahad, walaupun gaji mereka tidak seberapa berbanding dengan guru-guru yang mengajar di sekolah kerajaan siam.


Saya juga sempat berjumpa dan berbual dengan seorang Ustaz Maahad Lil Banat yang pernah menjadi johan tilawah al-Quran (lelaki) peringkat antarabangsa di malaysia pada tahun 1993 dan juga sempat berbual dengan Ustazah Fatimah yang mengajar di Maahad tersebut dan juga pernah menjadi johan tilawah al-Quran (perempuan) peringakat antarabangsa di malaysia tahun 2009.


Sepatutnya pelawat-pelawat yang mengunjungi Maahad ini mengambil ‘ibrah untuk dibawa balik bertujuan membina kekuatan kita sebagai murabbi dan menjadikan sekolah kita di malaysia “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAH TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”. Aktivis LANDAS akan sering mengunjungi Maahad tersebut dan menawarkan sukarelawan UNGGAS @ LANDAS di kalangan pelajar universiti untuk membuat praktikal membantu mengajar bahasa melayu.


Cogankata dalam bahasa jawi yang tertera di bagunan Maahad Irsyad Lil Banat Yala “BERDISIPLIN DAN PENGORBANAN TERJULANG, AKHLAK GEMILANG, IBADAT TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG”.


ASTI TOBA UUM (AKTIVIS LANDAS)
12-14 FEB 2010

Coretan Ziarah ke Jala..12 -14 Februari 2010

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

“Dan orang-orang kafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain.
Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar.
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah
serta berjihad di jalan Allah,
dan orang-orang yang memberi tempat kediaman
dan memberi pertolongan (kepada orang muhajirin),
mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia”
Al-Anfal (73&74)

Angkatan Pemuda Pemudi Islam telah menghantar tiga orang wakil untuk menghadiri “Seminar Pengupayaan Kaum Ibu: Mangsa Musibah Ketidakadilan Bagi Kedamaian Selatan Thailand”. Program anjuran Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace) ini berlangsung selama 4 hari bermula 12 hingga 15 februari bertempat di Education Center of South Thailand di wilayah Jala.

Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kaum ibu dan isteri-isteri yang kehilangan suami akibat kezaliman tentera di Selatan Thailand terutamanya dari sudut perundangan. Jumlah peserta untuk kali yang kedua ini ialah seramai 50 orang yang hadir dari seluruh Selatan Thailand merangkumi wilayah Narathiwat, Jala, Pattani dan Songkhla.
Kehadiran mereka ke tempat program ditemani dengan anak-anak kecil yang masih bayi. Namun program berjalan lancar apabila Muslimat Deep Peace dan sukarelawan HAP (Hak Asasi Perikemanusiaan) mengambil tugas menjaga anak-anak kecil untuk memastikan peserta mengikuti program dengan selesa. Kebanyakan ibu-ibu dan isteri yang hadir rata-rata mengalami masalah yang sama. Hasil perbualan kami bersama mereka, ada yang kematian suami akibat ditembak dan diseksa depan mata..tidak kurang juga hilang yang tidak diketahui status masih hidup atau meninggal dunia.


12 Februari 2010
Kami bertolak dari Sungai Nibong pada pukul 9.00 pagi dengan kenderaan awam. Tiba di Jala sekitar 5.00 petang dengan dibantu oleh 3 mahasiswa dari USM. Perkenalan singkat dengan Lutfi, pelajar Master USM induk, Hakim pelajar Sarjana Muda USM Kejuruteraan dan Bes, pelajar pertukaran bahasa ke USM banyak membantu perjalanan kami ke Jala. Alhamdulillah..
Persinggahan pertama ke Masjid Jamek Jala. Solat jama’ ta’khir dan rehat hampir setengah jam. Kemudian kami dibawa oleh Huda ke tempat transit peserta sebelum ke Education Center of South Thailand. Sampai di tempat pogram sekitar 6.30 petang waktu Malaysia menaiki Hilux bersama-sama dengan peserta hampir sepuluh orang. Fenomena biasa berkenderaan begitu di sana.

Malam pertama program sesi taaruf dan taklimat program bermula. Kebanyakan peserta datang dari daerah Narathiwat. Jelas kelihatan wajah-wajah ibu yang merindui bapa kepada anak-anak mereka yang masih kecil. Jelas kelihatan wajah-wajah isteri yang muda belia mengharapkan kehidupan normal semula. Sesi taaruf agak perlahan. Mungkin masih di awal perkenalan..yang pasti setiap daripada mereka menyimpan cerita yang memilukan. Ada yang mengusung ke sana- sini gambar suami dan anak yang terkorban dan hilang. Ada yang termenung di sudut yang agak jauh. Ada yang menjamah makanan sekadar memenuhi ajakan. Urusetia bijak menghidupkan keadaan. Dengan jenaka-jenaka yang tidak difahami, ibu-ibu dan isteri-isteri bergelak ketawa.

Malam berlalu semudah itu sahaja. Sekadar mengenal rakan dan mengenal perihal yang bakal berlaku esok hari. Peserta pulang ke tempat penginapan. Kami masih berada di dewan. Melepaskan rindu dan berbual panjang dengan aktivis-aktivis di sana.


13 Februari 2010
Pagi yang tenang di Jala. Sesekali kelibat tentera meragut senyum si ibu. Program tetap diteruskan. Setelah sarapan, pengisian berbentuk penerangan oleh Ketua Peguam Muslim Selatan Thai berlangsung. Kami difahamkan, peserta didedahkan dengan cara-cara untuk mengambil tindakan undang-undang apabila berlaku sesuatu kes. Penerangan yang berselang-seli dengan bahasa Melayu dialek Pattani mencuri tumpuan peserta. Riak wajah peserta menunjukkan mereka memerlukan informasi sebegitu.

Pada sebelah petang setelah makan tengahari, LDK bermula. Peserta dikehendaki untuk berada dalam kumpulan dan membentangkan masalah yang berlaku pada diri masing-masing. Selesai perbincangan, sesi pembentangan bermula. Banyak gelak ketawa, namun banyak juga air mata yang tumpah. Kadang-kadang pembentangan terhenti seketika apabila si ibu tidak mampu menahan sebak menyeka air mata. Peserta yang lain tunduk. Kami di belakang hanya melihat..sesekali laju menangis mengalahkan mangsa. Para pemuda dari HAP turut serta. Mereka menguatkan keadaan. Sesekali Pok Su berpaling ke belakang menghadap dinding. Tangan diangkat menyapu muka. Tahulah kami air mata mereka turut mengalir…Syabab Mujahidin yang tabah.

Kami mengundur diri seketika dari program apabila diajak oleh Ustaz Kamarudin ke bendang garam di Pattani. Pulang daripada bendang garam, kami singgah solat di masjid Krue se.
Waktu asar kami tiba semula ke tempat program. Program masih berjalan. Pembentangan habis. Resolusinya peserta harus tahu prosedur undang-undang apabila berlaku sesuatu kes. Apa yang menarik perhatian, ibu-ibu dan isteri-isteri yang suaminya masih hilang dan dipenjarakan begitu tegas menyuarakan pendirian bahawa mereka akan terus menunggu sehingga suami dibebaskan.

Malam yang menarik. Peserta dihiburkan dengan permainan yang meyeronokkan.GUNI BESAR..peserta dikehendaki menyebut nama setiap seorang. Lucu apabila hanya suku kata belakang yang diingat. Hasilnya namaku hanya tinggal ‘na’, Asti jadi ‘Yuti’..mereka semakin rapat. Kesempatan ini dambil untuk berbual dengan lebih mesra. Di kananku, Mak cik Munah, di kiri Kak Midah. Mak Cik Munah, suaminya berusia 80 tahun dan masih dipenjara. Rancak bercerita tentang kisahnya. Tanpa sedar Mak Cik Munah menitiskan air mata. Ingat pesan Kak Wahed, jangan menangis..gagal la Kak Wahed huhu…

Permainan tamat. Program diteruskan dengan tayangan video yang berkisarkan kejadian-kejadian yang berlaku di Selatan Thai. Lebih kepada sesi muhasabah. Tayangan hampir 10 minit. Selesai tayangan, moderator meminta wakil-wakil untuk refleksi semula tentang video yang telah ditayangkan. Pelbagai isi dilontarkan, pokoknya peserta saling berpesan agar tabahkan diri, gantungkan sepenuh pengharapan kepada Allah, bersatu dan bangun bertindak membela nasib saudara yang lain. Rushda menamatkan sesi refleksi dengan situasi yang paling hiba. Suasana diam seketika. Rushda meneruskan slotnya sehingga tamat sekitar pukul 11.00 malam.

Selesai sesi Rushda, wakil-wakil dijemput menyampaikan nasyid. Keadaan kembali ceria. Tapi agak merisaukan kerana wakil dari Malaysia hanya 4 orang. Kami gagahi juga menyampaikan lagu Teman Sejati. Kata Kak Wahed, kalau tak sedap..senyum je yer..maka ramailah tersenyum-senyum menahan gelak.

Selesai persembahan dan program malam tersebut, kami mengambil masa untuk berbual dengan Presiden HAP..mesra dengan panggilan Choo ya. Choo Ya mengajak kami untuk menyertai kem musim panas anjuran HAP sekitar bulan april hingga Mei nanti. Jika ada yang berkesempatan, mahu membantu gerak kerja mereka, anda dialu-alukan.

Pulang dari program menuju ke asrama. Malam terakhir kami di bilik yang dihuni lebih kurang 20 peserta itu agak riuh. Dengan tangisan anak-anak. Kami mengambil peluang berbual dengan setiap orang daripada mereka. Ada yang menunjukkan gambar suami, ada yang bercerita duka mereka menghadapi kehilangan suami, ada yang bertukar-tukar alamat, ada yang ‘supper’ makanan ringan..

Perbualan kami agak panjang dengan Kak Zah dan Kak Zakiah. Suami Kak Zakiah masih di penjara tanpa alasan yang munasabah. Membawa anak kecil yang sangat comel bernama Nur Kautsar Fatin. Begitu juga Kak Zah, suami dipenjara, kematian adik lelaki dan sepupu lelaki akibat ditembak. Adik lelaki mati ditembak, jenazahnya disepak dan diseksa oleh tentera di karangan masjid, sepupu yang ditangkap tentera dibawa menyaksikan penyeksaan tersebut, menunjukkan reaksi tidak sanggup melihat jenazah diseksa begitu, beliau melawan dan diseksa sehingga mati di tempat kejadian. Seluruh kampung dikejutkan dengan tembakan yang bertalu-bertalu pada masa itu memberi isyarat agar orang kampung tidak melawan. Menurut Kak Zah, malam itu, seluruh orang kampung ketakutan dan bertaburan. Ada yang memanjat pokok. Ada yang sembunyi di dalam longkang. Kak Zah sendiri sembunyi di pohon serai. Ayah dan Ibu membawa diri ke Malaysia. Hanya menatap wajah kedua orang tua dua tahun sekali. Ayahnya imam, suaminya ustaz, ayah mertuanya imam. Pada masa imam menjadi sasaran pembunuhan tentera, ayah mertuanya dibunuh. Suami dipenjara. Ayah melarikan diri ke Malaysia. Kak Zah tenang menutur cerita. Namun jelas di wajahnya terpancar kesedihan yang amat sangat apabila keluarga yang dahulunya lengkap sempurna, sekarang hanya tinggal Kak Zah sebatang kara..MasyaAllah..


14 Februari 2010
Hari terakhir kami di Jala. Sarapan bersama peserta. Bersalam-salaman, berpeluk-pelukan tanda kasih dan sayang saudara sesama Islam. Bergambar kenangan. Usai sarapan kami bergerak pulang. Dihantar oleh Kak Hani ke stesen bas Jala di awal pagi agar tidak terlewat menghadiri program LANDAS hari kekasih di Butterworth. Che’loh, Pok Su dan Sufian menunggu di sana. Tambang pulang dibayar oleh Che’ Loh. Begitu istimewa sekali layanan yang diberikan. Walaupun mereka dalam kesusahan, namun masih mahu memberikan yang terbaik untuk tetamu dari Malaysia.
Sekian..

“ Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan mengunakan segala yang ada padanya daripada harta-benda, jiwa-raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian Jihad yang umum.

Akan tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan yang khusus iaitu peperangan yang dilakukan oleh kaum muslimin untuk menentang musuh-musuh Islam kerana mengharapkan semata-mata keredhaan Allah tanpa ada sedikit pun tujuan duniawi”

Sayyid Abul-‘Ala al-Maududi.


Nukilan dari Qalbu
Siti Rohana bt Che Itnain
18 Feb 2010

Monday, February 15, 2010

Seminar Pengupayaan Kaum Ibu (12-15 Feb 2010)


Education Center Of Yala For Empower Women at South Thai

YALA - Deep South Woman Network for Peace (Deep Peace) telah menganjurkan “Seminar Pengupayaan Kaum Ibu: Mangsa musibah ketidakadilan Bagi Kedamaian Selatan Thailand”. Program berlansung selama 4 hari bermula 12 hingga 15 februari bertempat di Education Center of South Thailand.


Objektif program ini adalah memberi ‘empowerment’ kepada kaum ibu yang menjadi mangsa ketidakadilan. Deep Peace berjaya mengumpul seramai 50 orang kaum ibu mewakili 4 wilayah yakni Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. Kejayaan Deep Peace mengumpulkan peserta seramai ini adalah hasil daripada usaha mereka sebelum ini dengan turun ke setiap wilayah untuk menziarahi setiap mangsa di rumah mereka. Daripada itu, AJK Deep Peace memberi kesedaran akan kepentingan kaum ibu ini memahami hak mereka sebagai rakyat Thailand dan bagaimana cara berhadapan dengan masalah.

Program ini adalah siri kedua selepas berjaya menganjurkannya pada ogos tahun lepas di Pattani. Menurut pengerusi Deep Peace Saudari Huda Long Dewa, program ini sangat membantu kaum ibu untuk lebih berani dan tahu hak-hak mereka dari segi undang-undang. Lawatan yang dilakukan oleh Deep Peace selepas program siri pertama ke rumah mangsa mendapati, kaum ibu ini sudah tidak khuatir dengan kehadiran pihak tentera yang cuba mengugut mereka.

Selain itu, kejayaan Deep Peace juga adalah menjadi ‘Educator’ kepada kaum ibu dari sudut ekonomi mereka. Pada siri yang lepas, kaum ibu yang menyertai program Deep Peace mampu menjana ekonomi mereka dengan cara menghasilkan kerepek pisang dan di pasarkan di beberapa wilayah terdekat.

Jelas disini bahawa golongan pemudi seperti AJK Deep Peace begitu konsisiten untuk membantu kaum ibu (wanita) dari aspek sosial dan ekonomi. Deep Peace juga telah mengadakan kerjasama dengan persatuan lain seperti Persatuan Mahasiswa Sempadan Selatan Thai (SFST), Intelect Southern Thailand (INSOUTH), dan Hak Asasi Perikemanusiaan (HAP). Semoga gerakan ini akan terus komited dengan tugas mereka dan masyarakat di Malaysia boleh mengubah paradigma mengenai konflik di Wilayah Pattani.

Ibu-ibu yang menjadi mangsa konflik pergolakan di Selatan Thailand menluahkan isi hati mereka dan pengalaman pahit yang mereka lalui selama ini. Ada suami dan anak mati dibedil (tembak), anak perempuan dirogol dan dibunuh, suami diambil tentera semasa Solat Maghrib, hampir satu tahun tidak dapat maklumat suami hidup atau mati, pihak tentera pula mengatakan mereka tak tahu kemana suaminya berada dan tentera mengatakan tidak ada dalam tahanan mereka, ramai suami mereka ditahan pihak tentera bertahun-tahun lamanya, isteri-isteri sentiasa diugut, diganggu semasa mereka keluar kerja menoreh getah, macam-macam ugutan dan gangguan-gangguan oleh pehak tentera.


Puan Amani Toyib (30 tahun) sedang menceritakan penderitaan yang
dihadapinya di Pejabat South Women Network for Peace (Deep Peace)
Pada 10/03/2009, semasa solat Maghrib di Masjid Banggol Merbau
Narathiwat, suaminya bernama Azmi Abdul Rahman (36 tahun), telah ditangkap
oleh 4 orang anggota tentera. Sehingga hari ini tidak ada maklumat, pihak
tentera mengatakan suaminya tidak ada dalam tahanan tentera. Suaminya
bertugas sebagai ketua kampung.

Amani bersama suami Azmi Abdul Rahman sebelum
ditangkap oleh tentera dan dihilangkan pada 10/03/2009


Semasa maklumat ini sedang saya tulis telah berlaku pembunuhan dua beranak sedang menoreh getah disebuah kampung di Narathiwat. Perempuan tersebut berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 25 tahun, mereka berdua ditembak jam 7.00 pagi waktu Thai, pada 15.03. Tahun 2009, suaminya mati, telah dibedil (tembak) oleh sekumpulan bersenjata M16. Manakala jam 5.00 petang waktu Thailand oleh lelaki telah ditembak mati dalam kampung yang sama.

Sunday, February 7, 2010

Jikalau memanggil tragedi ini sebagai ‘kesusahan’ ia mungkin tidak salah tetapi bagi tuan guru yang teguh berkata “Ini ialah cubaan dari Allah".

Dalam tempoh lima tahun pergolakan di selatan Thai terdapat lapan orang ustaz di pondok Balor di tembak mati. Siapakah dapat tahu perasaan di dalam lubuk hati seorang tuan guru yang bernama ‘Ahamadruyami Muyu’ dari Pondok Balor, daerah Raman, wilayah Yala. Di hadapan rumahnya ialah puluhan barisan pondok (tempat tinggal) bagi pelajar-pelajar. Kebetulan musim ini adalah musim cuti sekolah jikalau tidak kami akan melihat ‘hamba Allah’ berkeliaran kerana di hadepan ialah bangunan besar dan tinggi itu tempat belajar bagi 900 orang pelajar.

Apa akan terjadi jikalau beliau tidak mampu menjalankan tugas … bagai manakah nasib pelajar-pelajar. Kita sering dengar bahawa di mana ada sekolah pondak di situ juga sekolah kerajaan atau-sekolah sewasta di sekeliling itu akan sunyi sehingga dapat di dengar suara keluhan dari guru-guru.

Pendidikan mengikut Islam ialah satu sunnah Nabi Muhammad (S.A.W.) “Utlubul Ilman Minal Mahdi Ilal lahdi” ialah ‘belajarlah ilmu sejak dalam buaian hingga ke liang lahad (kubur)”…

Selepas pondok Balor menukar status pondok dari sistem pondok kepada sistem sekolah dua aliran iaitu aliran agama dan sekula. Sehingga pelajar mencecah kepada 900 orang tetapi cara tinggal di pondok masih lagi menjaga cara hidup seperti dahulu.



Dengan cara kehidupan yang sederhana samada makan, tempat tidur dalam dangau kayu lama hingga kelihatan reput ia adalah cara hidup pelajar-pelajar pondok Balor yang sudah menjadi sebagai asas sejak tahun 1939 atau 70 tahun dahulu.

Ahamadruyami Muyu ialah anak kepada ‘Haji Doloh Muyu’ seorang tuan guru yang tamat pelajaran dari Makkah, Saudi Arabia sebaya dengan ‘Haji Sulong Bin Abdul Kadir Tokmina’ dan telah membuka sekolah agama bersama dengan ilmu sekula pada tahun 1971 atas nama ‘Sekolah Ma’had Islamiyah’.

“Sebelum ini jumlah pelajar hampir 2,000 orang tetapi sekarang jumlahnya sudah menurun kepada 900 orang”. Tuan guru Ahamad ruyami bercerita tanpa memberitahu alasan kenapah jumlah pelajar berkurangan separuh sedangkan buka mengajar ilmu agama dan sekula.

“Saya mahu kanak-kanak di kawasan ini dapat belajar ilmu dan mempunyai ilmu agama yang sebenarnya”. Anak lelaki mencerita hasrat bapanya.

“Tetapi ayah tidak sempat melihat hasil anak muridnya yang sekian ramai berjaya dalam masyarakat. Kini dapat bekas pelajar pondok berkejayaan dalam hidup seperti menjadi doktor, pegawai daerah, guru-guru dan setengahnya sebagai imam. Kami sangat bangga dengan kejayaan mereka ini”. Beliau bercerita dengan air muka yang ceria dan bahagia.

Tetapi selepas suasana keganasan tercetus di seluruh 3 wilayah selatan Thai pada tahun 2004, guru besar pondok Dalor bercerita bahawa jumlah pelajar makin kurang. Beliau mengakui bahawa ini berpunca dari suasana pergolakan yang berlaku telah memberi kesan buruk kepada pelajar-pelajar yang jauh tidak berani datang belajar di pondoknya lagi.

Tuan guru membayangkan gambaran lama bahawa pondok ini di kunjungi oleh ramai pelajar dari setiap penjuru. Ramai pelajar yang datang dari wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat. Mereka membawa baget baju dan Al-quran menuju kearah sekolah dengan air muka yang ceria dan gembira seumpama melihat jalan menuju kesyurga allah .

Api yang panas telah di bawa rebut sampai ke pondok ini. Pondok di kepong dan di periksa oleh pegawai polis bersama dengan tentera dan pegawai dari divisyen pentadbiran yang lengkap dengan senjata perang menyiasat sekolah atas dasar mencari pelajar pondok yang terbabit dengan gerakan pemisah Patani. Mereka ambil seorang pelajar kelas tinggi untuk memeriksa dan rekod latar belakangnya. Walau ia telah di bebas pada akhirnya tetapi pemergian pegawai pada hari itu telah meninggalkan satu bara api kepad mereka di situ. Selepas dua hari kemudian ‘Doloh Sa-a’, 25 tahun, selaku guru bahagian pentadbiran dan cucu kepada tuan guru, telah di kejar oleh motosikal dan menembak mati di hadapan sekolahnya.


Seorang polis peringkat ketua polis daerah ketika temubual dengan wartawan sambil menambahkan bara api dengan berkata bahawa kematian yang berlaku sebagai satu hasil daripada pemeriksaan polis ke atas pondok yang mengaitkan bahawa si mati ada kaitan dengan membawa polis masuk memeriksa pondok terbabit.


Kemudian selapas itu tidak lama Ust.Abdul Rahman Sama( 60 tahun) seorang ustaz di pondok Balor sekaligus dia juga ahli jawatankuasa majlis Islam wilayah Yala pun mati di tembak dalam keretanya. Kejadian itu membawa kepada perhimpunan tunjuk perasaan besar oleh orang kampong iaitu lebih dari 2,000 orang. Mereka semua menutup muka dan menuntut supaya pegawai kerajaan bertanggungjawap atas kejadian itu. Sebab orang kampong percaya bahawa ini adalah perbuat dari tentera membalas dendam atas kejadian menembak seorang guru mati Siam di wilayah Narathiwat.


Orang yang ketiga…keempat…kelima…keenam…ketujuh…

“Orang kedelapan ialah seorang ustaz dan sekaligus ia juga seorang khatib dari mukim Resok tetapi di tembak mati pada tahun lepas ketika dalam perjalan menuju ke sekolah untuk mengajar. Orang yang menyaksi kejadian mencerita bahawa ini perbuatan tentera sebab berpakaian seragam pakaian tentera”. Tuan guru bercerita dengan air muka yang tenang.

“Sebelum ini ada ramai pelajar dari Pang-Nga, Phuket dan Krabi mereka yakin dengan sistem pengajian pondok di sini tetapi sekarang ini hanya seorang pelajar dari Krabi sahaja”

Tragedi yang sering berlaku ini, bukan hanya di pondok Balor sahaja bahkan di kalangan ahli keluarga si mati dan juga kepada waris-waris mereka semua. Juga kepada anak-anak murid, orang-orang Melayu dan semua orang Islam. Dan sebenarnya ia belum lagi di bersih dan membawa kebenaran kepada pemilik tragedi tersebut itu.




Apabila keganasan kerap berlaku akan membawa perasaan takut. Tuan gur bercerita bahawa semua orang dalam sekolah merasai takut dengan dapat merasai ketakutan dari kanak-kanak melalui perbualan dengan mereka.

“sebagai contoh pada kebelakangan ini apabila pegawai tentera atau polis datang ke pondok pelajar-pelajar akan menyebunyikan diri tidak ingin bertemu dengan pegawai itu adalah tanda ketakutan yang dapat lihat”.

Walau bagaimanapun sekolah tetap buka sebab tanah ini adalah tanah yang di waqaf (tanah untuk kebajikan orang awam) supaya membina bangunan sekolah

“Jikalau kami tutup sekolah, dimanakah pelajar-pelajar akan belajar”. Tuan guru berkata sambil mengeluh dan melanjutkan lagi bahawa beliau tidak mahu minta apa-apa dari kerajaan yang penting jangan gangu kami atau menunjuk perasaan cemburu bahawa pondok adalah sarang pengganas.


“Pegawai selalu memahami bahawa di pondok inilah menjadi tempat menanam keganasan tetapi kami tidak pernah berjumpa dengan pelajar bersikap sedemikian. Saya pernah memberi tahu kepada pegawai dan saya kerap kali dipanggil untuk memberi penjelasan tetapi masih lagi di lihat seperti dengan perasaan curiga seperti dulu”.

Bah bukan hanya pegawai kerajaan sahaja yang melahirkan kerisauan kepada tuan guru tetapi juga kumpulan bawah tanah yang dapat dirasai akan pergerakkan di tengah-tengah suasana ketegangan. Tuan guru merasai bimbang terhadap belia takut akan dirangsang kepada jalan keganasan . Bukan jalan menuju kepada keamanan yang di kurniakan Allah.

“Kami wajib mengajar ajaran agama, mengajar mereka supaya mengambil berat tentang menjaga kanak-kanak daripada perkara yang tidak baik itu” Tuan guru berkata dan tambahnya lagi

“Sekarang lebih baik dari dulu, tembakan sudah berkurangan tetapi secara dalam-dalam saya masih lagi risau dan mahu melihat perkara ini berakhir dengan cepat”.
Selepas perkataan itu kami terdengar suara keluhan panjang dari tuan guru seolah-olah beliau sedang cuba mengeluarkan perkara yang pendam dalam hatinya sekian lama.

Jikalau memanggil tragedi ini sebagai ‘kesusahan’ ia mungkin tidak salah tetapi bagi tuan guru yang teguh dengan ajaran Allah yang maha besar berkata “Ini ialah percubaan dari Allah”.
AllhuAkbar !!! (Allah maha besar)
Sebagai tragedi dalam dunia khusus bagi tuan guru di pondok Balo yang harus mendepani dengannya…..

sumber : suara pattani

Saturday, February 6, 2010

Membuka Sudut Pandangan…. Negeri Patani di bawah Perlembagaan Thai Mimpi atau Kenyataan?

Sepanjang tempoh lima tahun yang lepas, kawasan wilayah selatan menghadapi masalah perselisihan antara kerajaan dengan rakyat dan antara rakyat dengan rakyat. Keadaan itu telah melahirkan perasaan kecurigaan antara satu sama lain. Ekoran ini berlaku kehilangan nyawa dan harta benda. Kerajaan telah membelajan bajet dalam jumlah yang banyak dalam menyelesaikan masalah , tetapi belum nampak jalan untuk mendapat keamanan yang sejati.

Pada 10 Disember 2009 , 23 Rangkaian organisasi masyarakat telah mengadakan forum diskusi dalam tajuk “Negeri Patani di bawah Perlembagaan Thai, Mimpi atau Kenyataan” di Universiti Prince of Songkla kampus Pattani. Dengan keyakinan bahawa dapat menyelesaikan masalah yang berlaku, jika dapat sokongan dari semua pihak kerana semua pihak adalah sebahagian dan terlibat dengan masalah.

Ahli akademik dan peserta masing-masing membentang cara menyelesaikan masalah dan bentuk pemerintahan dalam tanggapan yang ingin melihat dalam kawasan tiga wilayah selatan Thailand pada masa akan datang. Dalam hal ini berlaku persoalan bahawa adakah rakyat tempatan “pemilik nasib” bagaimanakah pandangan mereka terhadap hal ini atau yang lalu kita hanya bersuara mewakili rakyat (mijoriti) tanpa persetujuan atau kerelaan mereka.


Prof Madya Dr. Chanthana Bamphasirichod, Fakulti Sains Politik Chulalongkorn Universiti. Beliau berpendapat bahawa pengurusan kawasan autonomi bagi Negeri Patani bahawa “jika ada perbincangan sebelum ini, mungkin kita boleh mempertahankan nyawa rakyat sebelum berlakunya pertumpahan darah. Perihal yang masyarakat tidak dapat mengawal dan control keganasan menunjukan bahawa cara penyelesaian masalah sebelum ini tidak berhasil kerana tidak dapat kerjasama daripada rakyat tempatan”

Dr. Suriya Saniwa, Fakulti Liberal Arst dan Sains Masyarakat, Universiti Islam Yala berkata bahawa kesetabilan Kerajaan Thai menyebabkan rakyat Thai (agama buza) dan orang Melayu dalam kawasan menjadi mangsa keganasan tanpa disedari. Pada saat ini, masyarakat luar menuntut supaya menyelesaikan masalah dengan cara kedamaian. Namun Kerajaan Thai memberi ketegasan dengan jelas bahawa tidak akan membincang hal ini dengan mana-mana pihak pemisah. Dengan alasan bahawa pihak kerajaan sendiri timbul perasaan bimbang, mungkin cara berikut boleh menjadi ruang dalam membina kebenaran dalam masyarakat dan mengangkat taraf gerakan pembebasan yang menjadi musuh dengan kerajaan. Dan mumkin akan menyentuh hal keteguhan negara pada masa hadapan.

Dr.Suriya menambah pandangan bahawa punca yang menjadi sebab keganasan masih berterusan kerana tidak menghormati atas tanah air, agama, budaya dan sejarah kumpulan etnik tempatan, tidak memaju untuk melahirkan perhubungan yang baik antara satu kumpulan dengan kumpulan etnik lain, tidak ada pembinaan sama rata dalam ekonomi, tidak ada keadilan dalam membicarakan hukuman.

Dr. Khothom Ariya, Pengarah Pusat Pendidikan dan Pembangunan Keamanan, Universiti Mahidol berkata “ Negara Malaysia tidak menyokongan kemerdekaan Patani kami nafikan kumpulan kebebasan Patani, tetapi kami menyokong cara autonomi dan juga menggalakkan desentralisasi kepada tempatan. Sebelum ini “Autonomi” adalah perkataan yang dilarang kerana dasar fikiran masyarakat dalam konsep “satu negara satu bangsa”.negara tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain” . Oleh itu kita mesti memberi dorongan kuasa kepada komuniti untuk mengurus dan membangun dengan sendiri.

Pada pandangan Dr. Kamarulzaman Iskandar, ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia berpendapat bahawa “ saya ada pengalaman dalam proses pegurusan konflik di beberapa tempat dalam dunia ini. Ada beberapa tempat dapat menyelesaikan masalah itu tetapi ada juga beberapa tempat yang gagal kerana tidak ada keikhlasan dalam menyelesaikan masalah itu.

Mindanau adalah satu kawasan yang pernah mengguna cara pemerintahan autonomi. Tetapi ia bukan jawaban bagi menyelesaikan pertikaian. Oleh kerana beberapa pihak melakan untuk melaksanakan kemahuan pemerintah natijahnya adalah kosong. Kerana pengurusan dikawal oleh pihak pusat. Dengan itu kita perlu menukarkan nasib masyarakat dengan menganggap hal itu adalah tanggungjawab semua pihak. Jangan beralasan dengan autonomi untuk muslihat bagi satu pihak atau satu kumpulan sahaja” . Ujar Dr. Kamalrulzaman.



Sebahagian dari suara Thai Buza, berkenaan isu desentralisasi (pemberian kuasa yang lebih kepada daerah-daerah yang jauh dari kerajaan pusat) ke wilayah selatan Thai


Gen. Ekhachai Siwilaat, Pengarah Jabatan Kedamaian dan Tata pemerintahan, King Prapoklaw Institusi (KPI) berkata “penduduk tempatan harus berdikari jangan berharap dengan untuk bergantung kepada “kerajaan” kita harus berkerjasama dengan badan-badan rakyat , perubahan mesti datang dari diri kita sendiri bukan daripada orang dari luar”.

Ajan Prasit Metsuwan, Penasihat Gabungan Guru wilayah Selatan, beliau berkata bahawa “gerakan BRN adalah punca utama dalam melakukan keadaan tidak aman di sini. Tiga wilayah akan aman harus berunding dengan kumpulan gerakan. Penyelesaian masalah yang lepas proses penyelesaian masalah dengan tidak betul, gatal pada punggung tetapi garu di kepala. Kerajaan dan pihak keamanan menangkap orang yang tidak bersalah, menyebabkan kes keamanan semakin bertambah dalam penjara. Natijahnya banyak pemecatan kes oleh kerana tidak mempunyai saksi atas dakwaan kesalahan yang dituduh... Hak kebebasan yang terkurung bagi orang yang tidak bersalah…. Siapakah yang bertanggungjawab?.

Kumpulan gerakan pemisah tidak mahu autonomi tetapi mahu kemerdekaan, kedamaian tidak akan berlaku, jika kerajaan Thai atau satu pihak hanya berbicara tentang apa yang mereka mahu menuntut hanya muslihat diri atau kumpulan hal kamu (aku) tidak tahu manahu”

Sebahagian dari suara peserta

Suara dari seseorang keturunan Cina berkata “beberapa tahun yang lalu kematian rakyat berjumlah 3-5 ribu orang. Pihak bertanggungjawab atas nasib rakyat hanya turun-naik pesawat ke kawasan selatan yang bergolak hanya mengguna masa 3-4 jam sahaja dan pulang ke Bangkok. Kemudian mendakwakan bahawa cara penyelesaian masalah mengikut model ditentukan oleh dia sahaja yang betul dan tepat. Sedangkan rakyat tempatan yang tinggal dan menjadi sebahagian dari masalah tidak dapat mencerminkan keperluan dan masalah sendiri”.

Bagi Abdullah Dolah, bekas mahasiswa Universiti Prince of Songkla, Pattani membuat perhatian bahawa “autonomi bukan cara menyelesaikan masalah pergolakan bahkan adakah ia akan menjadi satu ruang dalam menambahkan kuasa kepada menluaskan pergolakan kepada tempatan?

Jika kawasan autonomi adalah jawapan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Soalan yang akan timbul ialah kenapa kumpulan bersenjata mendakwa atas hak mereka. Sedangkan sudah ada pemberian kuasa kepada tempatan . Semua itu dapat membayangkan bahawa polisi kerajaan dan cara pelaksanaan tugas oleh pegawai dan badan kerajaan yang berkaitan tidak dapat menampung masalah dan keperluan bagi orang yang ditindas dengan sejati.

Kini kawasan autonomi mungkin bukan jawapan bagi kemahuan rakyat. Oleh sebab sebelum ini mereka pernah mendakwa dalam menentu nasib sendiri, terutama atas permintaan 7 perkara oleh Haji Sulung. Namun permintaan ini tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan masyarakat.

Proses pembinaan keamanan pada hari ini dan masa hadapan….mumkin bermakna satu langkahan paradigma tentang autonomi. Jika rakyat sendiri mahu perkara lain…… adakah kerajaan dan masyarakat membuktikan keikhlasan untuk menyelesaikan masalah dan konflik yang berlaku… atau semua hanya seperti madu yang dibasahi racun seperti mana telah berlaku sebelum ini sahaja.

sumber :suara patani

Tuesday, February 2, 2010

pertemuan dengan Persatuan Pelajar Thai di Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

YB Dr Ismail Salleh EXCO Kerajaan Negeri Kedan bersama Us Kamaruddin
Kassim Koodinator UNGGAS/LANDAS di dalam majlis perjumpaan dengan
pimpinan pelajar dan ahli persatuan pelajar thai di KUIN.



YB Dr Ismail Salleh sedang memberikan ucapan di Majlis Perjumpaan Unggas dengan Persatuan Pelajar Thailand di Kuin, Insaniah.



di KUIN.


perjumpaan LANDAS dengan pelajar thai di KUIN



Us Kamaruddin Kassim Koodinator UNGGAS/LANDAS bersama
YB Dr Ismail Salleh EXCO Kerjaan Negeri Kedah




Us Kamaruddin Koodinator UNGGAS/LANDAS bersama Sdr Fauzan
Presiden Persatuan Pelajar Thailand di KUIN semasa majlis perjumpaan

Kamaruddin Kassim, UNGGAS

ZIARAH DAKWAH DI NARATHIWAT

Ziarah dakwah keluarga mangsa pembunuhan di Narathiwat



NARATHIWAT – 25 Januari 2010 : Program ziarah mangsa kekejaman terhadap orang melayu Islam di Yala, Pattani dan Narathiwat bersama kumpulan Hak Asasi Manusia dan Keamanan (HAP) dan Kumpulan Wanita Keamanan (Deep Peace) Thailand. Saya dari LANDAS bersama Nutfitri Amir dan Saiful dari API PUM PP menaiki kenderaan saya ke Selatan Thailand membuat tinjauan isu-isu terbaru khusunya di 3 wilayah yang bergolak. Hampir setiap minggu ada saja orang Islam mati di tembak. Kebanyakkan mereka terdiri daripada tok-tok guru pondok, imam, bilal, petugas masjid, pelajar pondok dan ahli jamaah masjid. Kami sempat berjumpa keluarga mangsa dan mendengar sendiri rintihan mereka apa yang telah menimpa mereka tanpa sebab.


Kebanyakan keluarga yang terlibat terdiri di kalangan keluarga miskin tetapi komited dengan agama. Kami berpecah kepada 3 kumpulan ke Pattani, Narathiwat Timur dan saya bersama kumpulan masuk ke pendalaman Narathiwat Selatan. Kebanyakan senjata yang digunakan oleh penjenayah jenis buatan Rusia yang diguna pakai oleh tentera Hitam Thailand. Macam M16 tetapi agak tetapi pendek sedikit. Mereka tidak dapat pasti angkara siapa, sebab penjenayah tersebut memakai pakaian biasa dengan menaiki kenderaan awam. Selepas berlaku pembunuhan, pihak polis dan tentera mengambil tindakan agak lambat. Kawasan berlaku kes pembunuhan pula berada dalam kawasan kawalan tentera yang agak ketat tetapi pihak tentera bertindak terlalu lambat dan menjadi keraguan penduduk disebalik pembunuhan tersebut.


Kes petama yang saya temui seorang Imam bernama Manaf @ Mat Romin (44 tahun) telah dibunuh semasa dalam perjalanan ke masjid Hidayatul Muslimin, Banggol Merbau, Daerah Resak Narathiwat pada 24/12/2009. Setiap minggu beliau jadi imam dan khatib. Beliau meninggal seorang isteri benama Ayusah binti Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak. Lebih kurang 1 km perjalanan semasa dalam perjalanan dari rumah mertuanya untuk ke masjid menjadi imam jumaat lebih kurang jam 12 tengahari waktu thailand.


Sebelum itu seorang bilal masjid tersebut bernama Ismail bin Che Lah (62 tahun) telah di tembak mati waktu pagi di hadapan kedai Basri Simen miliknya. Tanggal 25/01/2010 genap sudah 100 hari kematianya, menurut kata isterinya semasa saya berkunjung ke rumahnya bersebelahan masjid Al-Hidayatul Muslimin. Dua tahun yang lalu seorang lagi petugas masjid bernama Shukri telah ditembak mati di belakang masjid tersebut dan banyak lagi kes-kes pembunuhan belaku di kawasan tersebut yang tidak sempat saya rakamkan di sini.


Kumpulan saya sempat mengunjungi kes kematian seorang anak jamaah masjid Kampung Slow, Mkm Resak, Narathiwat. Semasa Talib (48 tahun) pulang dari masjid selepas solat Isyak sedang menunggang motosikal, telah ditembak di hadapan rumahnya. Kes ini berlaku pada 29/12/2009. Menurut kenyataan isterinya bernama Rokiyah binti Tok Dak, dia dengar bunyi tembakan bertalu-talu menyababkan suaminya jatuh terlentang sambil melatakkan tangan di atas dada macam orang yang sedang dalam solat. Beliau meninggalkan 3 orang anak yang masih lagi bersekolah pondok. Pekerjaannya hanya menoreh getah dan terdiri daripada keluarga miskin tetapi kuat melakukan ibadah kepada Allah.


Laporan daripada 2 kumpulan lagi akan menyusul kemudian.

Torleh @ Talib mati ditembak


Kesan lubang tembakan orang tak dikenali semasa
Torleh @ Talib pulang dari solat Isyak di Masjid Kg Slow


bilal Ismail Che Lah bersama keluarga mati ditembak


bersama adik-adik imam masjid Al-Hidayatul Muslimin



Pn Ayusah Lukman bersama anak-anaknya .. Isteri imam
yang mati kena bedil


Masjid Al-Hidayatul Muslimin Narathiwat


Kamaruddin Kassim ,UNGGAS, 25 Januari 2010

sumber : http://urusetialandas.blogspot.com/2010/01/ziarah-dakwah-di-narathiwat.html