Saturday, April 20, 2013

Srikandi Ditahan Pelajar Bangkit.

Seorang guru wanita(tadika) ditahan oleh pihak pemerintah tentera tanpa bukti kukuh.Guru itu bernama Padila Soman ditahan untuk soalsiasat. Srikandi ini ditahan sewaktu mengadakan kem kepada murid-muridnya.

Pihak pelajar dan Hak Asasi Manusia menuntut penjelasan sebab penahan Saudari Padila.Mereka telah ke Unit Khas 42 di mana Saudari Padila ditahan. Pihak tentera enggan membenarkan keluarga Padila menemuinya dengan alasan 'suspek' sedang disoalsiasat.










Menurut Badan Pelajar pihak tentera sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka menahan sesiapa yang disyak. Tindakan tidak profesional pihak keselamatam Thailand seperti tentera dan polis sering mendapat sindiran daripada masyarakat."Hanya pandai tangkap kambing hitam sahaja tetapi harimau dibiarkan berkeliaran."


No comments: