Tuesday, April 30, 2013

5 000 Anak Yatim Perlukan Pembelaan


 Konflik yang berlarutan antara pejuangan pembebasan Patani dengan pihak penjajahan menyebabkan ramai anak   kehilangan ayah dan tempat bergantung. Pergolakan di Patani Darussalam selama 9 tahun telah menaikan lagi angka anak yatim. Sehingga kini terdapat lebih daripada 5 000 orang anak yatim dan 3 000 ibu tunggal.

Demikian dijelaskan oleh Norizan Dolah pengerusi "Deep Peace" dalam pertemuan dengan beliau di Narathiwat berdekatan dengan perkarangan Majlis Agama Islam Narathiwat.

Menurut beliau sumbangan untuk anak yatim datang dari pelbagai pihak. Ada daripada orang perseorangan dan  pertubuhan. Malah terdapat pertubuhan kebajikan dari Malaysia turut memberikan sumbangan.

" Dari Malaysia, Pertubuhan Aman Patani banyak memberikan sumbangan kepada kami." kata Darrani Binti Ismail selaku Setiausaha Deep Peace.

"Pihak kami sekarang ini mengurus dan menjaga 48 orang anak yatim. Sebelum ini terdapat 60 orang anak yatim dibawah kelolaan kami. Mereka kembali ke pangkuan keluarga masing." jelas Puan Darrani.

Anak-anak yatim yang berada dibawah jagaan  Deep Peace   berumur  12-14 tahun. Pihak pengurusan Deep  Peace memerlukan 130- 140 000 Bath sebulan untuk setiap seorang anak yatim di sini..


Gambar: Berbaju biru Norizan Dolah dan Puan Darrani Ismail


Gambar dan tulisan

Oleh Tun Sri Lanang

No comments: