Bicara Patani kali ke 16 yang diadakan di perkarangan pejabat Majlis Agama Islam Menara(Narathiwat) telah berjaya lebih daripada 7,000 orang hadirin. Mereka datang dari jauh dan dekat. hanya untuk mendengar dan memberi sokongan kepada program mencari kedamaian di wilayah yang terluka ini, Patani Darussalam.
Hari itu cuaca cukup panas. Tidak ada kipas yang disediakan untuk meredakan kepanasan.Tidak ada penghawa dingin disediakan. Namun begitu rakyat Patani tekun sabar menanti di bawah khemah yang panas selama 3 jam 15 minit. Semua hadirin terpaku di tempat duduk masing-masing mendengar hujah dari ahli panel..
Tiga orang pembicara ditampilkan pada hari itu.Seorang dari Malaysia dan dua orang dari Patani Darussalam.
Menurut seorang hadirin, Encik Hasan Tola,"ahli panel membicara isu yang dikemukakan cukup baik menarik. Mereka memberikan pandangan yang cukup positif."Katanya lagi,"ahli panel banyak menyentuh isu yang berkaitan dengan Islam dan memberikan jawapan berdasarkan persektif Islam."
Bicara Patani dikira cukup menarik kerana mampu menarik perhatian ramai anak muda hadir. Tidak kurang pula ramai diantara mereka yang menjadi sukarelawan untuk menjayakan program yang dianjurkan oleh sekumpulan wanita yang dikenali dengan nama " Deep Peace".
Selain daripada itu berbagai acara diadakan seperti persembahan nasyid,silat,jualan pakaian,dan ke pada anak yatim.
Adik Bismi turut menerima sumbangan pada hari itu.Beliau begitu terharu dengan perhatian yang diberikan terhadapnya.Beliau tidak mampu berkata apa-apa. Hanya tangisan dan linangan airmata tanda berterima kasih.
Pihak penganjur juga tidak lupa mempamerkan wajah ulamak besar Fathoni Darussalam yang lahir di sini serta sumbangan mereka berikan terhadap agama Islam dan budaya ilmu sehingga terkenal dengan nama 'Serambi Mekah'
Oleh Shakir Md Taha

No comments:
Post a Comment