Sebuah NGO Kemanusiaan dan Kebajikan Untuk Rakyat Patani (Selatan Thailand)
Wednesday, April 17, 2013
Pisau Kerambit Dari Patani( II)
"Alangkah bodoh aku." kata Encik Osman dengan geramnya, "Hotel ini ditinggalkan dan mereka telah keluar tidak siapa yang mengetahuinya."
Beberapa hari kemudian Encik Osman kelihatan kembali ke Singapura diiringkan oleh Si Karim.
Pemuda yang tergantung kaki ke atas di dalam bilik hotel itu sudah dihantar ke Bangkok,tidak dibenarkan lagi masuk ke Malaya, sebab dia memimpin satu barisan haram yang dinamakan: Pembasmi Pemberontakan Patani. Dihantar juga bersama dengannya beberapa orang ahli gerakannya termasuk Nona Mary.
Di dalam kocek baju anak muda itu di waktu di hospital didapati secarik kertas bertulisdengan dakwat merah demikian bunyinya.
"Tuan chief inspector! Terimalah orang muda Siam ini sebagai tawanan hidup atau mati Kami sepatutnya telah membunuh dia terlebih dahulu kerana dia menjadi nusuh kami orang-orang Melayu Patani yang bergerak hendak merdeka . Tetapi sebagai penghormatan kepada tuan kami tinggalkan dia tergantung untuk jadi tangkapan tuan supaya jangan tuan terlalu berhampa tangan
"Janganlah cuba menghampiri hal-hal kami lagi,, keranakami tidak akan mengganggu keamanan negeri ini. Dan supaya jangan merunsingkan tuan biarlah kami terangkan bahawa yang membunuh haji di Parit Buntar itu ialah kami sendiri sebab ia cuba mahu belot kepada gerakan bangsanya. Begitu juga Tauke Tan itu telah mensia-siakan nyawa kerana menjadi perkakas musuh kami."
Tandatangan "Kerambit Patani'.
Penulis Keris Mas
Mastika,Julai 1948
Petikan dari Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989
Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur(1996)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment