Monday, September 24, 2012

IBADAH QURBAN EIDULADHA 1433H DI PATANI


"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”
(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ”
(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (AMANI MALAYSIA) terus prihatin dan terpanggil untuk membantu umat Islam di Selatan Thailand melalui perlaksanaan Ibadah Qurban. Hasrat kami, agihan daging qurban dapat disampaikan kepada saudara Muslim kita yang memerlukan terutamanya kepada mangsa yang terlibat dengan konflik di Selatan Thailand.

Harga satu bahagian = RM350
Harga satu ekor = RM2400

untuk maklumat lanjut berkaitan program Qurban AMANI boleh hubungi
Hotline AMANI: 019-4131472 @ email:amanpattani@yahoo.com

"Tiada Keamanan Tanpa Keadilan"

No comments: