Sunday, September 23, 2012

Dari Lembaran Sejarah.Kezaliman Siam

Apabila pihak penjajah Siam menawan seluruh negeri Patani pada bulan November 1786 berlaku berbagai-bagai kekejaman terhadap rakyat Melayu Islam Patani.Tindakan yang dilakukan oleh penjajah Siam adalah diluar lunas kemanusiaan.

Menurut Francis Light yang tiba di Pulau Pinang telah menulis surat pada 12 September 1786 melaporkan kekejaman Siam kepada Gabenor Jeneral Lord Cornwalis di India.

Francis Light menyatakan bahawa  kaum lelaki,perempuan tua dan kanak-kanak diberkas lalu dilambung. Bila jatuh ke tanah dibiarkan sekumpulan gajah memijak sampai mati.

Inilah cara penjajah Siam merayakan kemenangkan ke atas Patani.


Oleh Tun Mamat

No comments: