Friday, September 21, 2012

Ayah Kepada Seorang As-Syahid

Dalam program ziarah kami ke Ujung Selatan,Negara Gajah Putih kami berkesempatan
ke rumah ayahanda As-Syahid Mubarak di Kampung Merleh di wilayah Narathiwat. Menurut rakan daripada kumpulan Bungaraya kampung ini dikategorikan sebagai kawasan merah.Kawasan merah menurut pemerintah Thai,kawasan yang 'dikuasai' oleh pejuang.                                                      

Abdul Qani ayah kepada As-Syahid Mubarak menerima kedatangan kami(Aman Patani) dengan ramah mesra. Beliau kelihatan tenang.Rumahnya cukup luas untuk menerima kedatangan tetamu.

Sepanjang pertemuan itu beliau tenang bila menceritakan hal anak-anaknya seperti As-Syahid dan Hafizi,

Tiada sedu dan sedan. Tiada tangisan semasa bercerita tentang anak-anaknya.Dia menerima sepenuhnya ketentuan yang ditentukan oleh yang Maha Penentu.

Kami daripada Aman Patani Malaysia cukup prihatian dengan keadaan yang dialami oleh keluarga ini. Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga ini.Amin!

Oleh TS Malaya

No comments: