Monday, May 10, 2010

Road Show 1- 9 Mei selesai...






Subhanallah.. Alhamdulillah...

Selesai sudah road show AMANI bersama aktivis dari Pattani di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

AMANI ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para sukarelawan AMANI, badan-badan NGO, badan-badan dakwah, Fact Finder AMANI, pihak-pihak masjid dan masyarakat tempatan yang sangat banyak membantu dalam menjayakan program ini.

Kami tahu ramai yang turut membantu dari jauh melalui kiriman doa buat kami.. semoga Allah memberi kebaikan doa tersebut kepada kalian juga...

Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian.. Semoga Allah mengurniakan kalian dan keluarga kalian nikmat ketenangan & kebahagiaan dunia akhirat. Semoga Allah meredhai kita dan memilih kita untuk berada dalam golongan hamba-hamba yang dicintaiNya. amin..

Hasil dari Road Show selama seminggu, AMANI berjaya mengumpulkan RM6000 yang akan digunakan untuk :

• bantuan kecemasan dan keperluan mangsa konflik.
• Menggerakkan program-program sokongan kesedaran selamatkan Pattani.
• Dana pendidikan dan biasiswa anak-anak konflik.

Kami juga menerima sumbangan berbentuk material seperti pakaian, Al_Quran dan lain-lain lagi.

Sumbangan-sumbangan ini telah pun dihantar ke Pattani pada 10 Mei 2010.

Inshaallah, pada bulan Ramadhan, AMANI akan mengadakan road show di sekitar Kuala Lumpur dan melancarkan dana khas anak yatim. Pada masa kini, anak-anak yatim di Pattani menerima sumbangan dari AFAT sebanyak RM30 seorang untuk sebulan. Di Pattani terdapat dalam 4000 orang anak yatim. AMANI berharap masyarakat di Malaysia khususnya, dapat membantu kami mengumpulkan RM15000 hingga RM20000 untuk dana anak yatim dalam tahun ini,2010.

Moga Allah memberkati usaha kita. Moga Allah meredhai usaha kita. Moga Allah mencintai kita...

p/s :
Kepada sesiapa sahaja sama ada badan NGO atau pihak persendirian yang ingin bersama-sama membantu road show, boleh menghubungi amanpattani@yahoo.com

Fact Finder AMANI dan sukarelawan AMANI akan turun ke PATTANI hampir setiap bulan. Maka, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan secara berterusan untuk dihantar ke sana.

No comments: