Thursday, May 13, 2010

Mohan kerajaan Thai siasat kes pembunuhan di Selatan Thailand


Tarikh pengumuman; 1 Februari 2009

Memohon pihak kerajaan melantik pertubuhan bukan kerajaan untuk menyiasat pembunuhan di Selatan Thailand bagi menegakkan keadilan.


Hal ini berikutan, kes pembunuhan Tok Imam Abdul Karim Yusof, berumur 42 tahun pada hari Jumaat, 30 Januari 2009 di perkarangan masjid yang bertempat di Kayi Teluban Daerah Saiburi Wilayah Pattani pada waktu siang ketika mangsa dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.


Mengimbas kembali peristiwa sebelum ini, di mana Tok Imam Abdul Karim Yusof dibebaskan dari penjara pada 30 Oktober 2008 setelah ditangkap oleh pihak askar thai. Mahkamah wilayah Pattani mengambil masa selama 3 bulan untuk memutuskan bahawa Tok Imam Abdul Karim Yusof bebas dari tuduhan memiliki senjata perang. Siasatan kes ini keseluruhannya mengambil masa selama 1 tahun setelah Tok Imam Abdul Karim dipenjara tanpa diberi kebenaran untuk diikat jamin.


Peristiwa pembunuhan Ahli Pendakwah Islam dalam kawasan 3 Wilayah Selatan thai berlaku secara berterusan. Terdapat banyak kes yang berlaku adalah daripada perbuatan kejam dari pihak pengganas yang mengunakan senjata musuh tanpa gentar terhadap hukuman negara. Askar-askar thai pula mengesyaki bahawa Ahli Pendakwah Islam berhubungan dengan penganas termasuk mereka yang telah dibebaskan oleh mahkamah seperti Tok Imam Abdul Karim Yusof. Manakala, rakyat pula membuat andaian bahawa serangan yang dibuat mengunakan senjata musuh itu dilakukan oleh askar thai. Pada masa yang sama, pihak kerajaan menafikan telah membunuh Tok Imam Abdul Karim Yusof dan memberi alasan Tok Imam tersebut mati akibat dibunuh untuk menutup rahsia pihak pengganas. Kekeliruan yang berlaku gagal pertemukan jalan penyelesaian dan masih menjadi punca perpecahan yang akhirnya menjadi syarat untuk menyerang pihak kerajaan.


Menurut statistik, terlalu banyak kes pembunuhan yang berlaku setiap hari yang dilaporkan kepada Jabatan Deep South Watch. Angka statistik menunjukkan di antara bulan Januari 2007 hingga Desember 2008 peristiwa keganasan yang telah berlaku adalah sebanyak 1837 kes, yang merekodkan mangsa yang cedera iaitu seramai 3933 orang dan mangsa yang terkorban seramai 976 orang. Mengikut laporan tersebut, terdapat 16 orang dibunuh dengan pistol panjang, 39 orang dengan jenis pistol pendek, 53 orang dan 745 orang dibunuh dengan senjata yang gagal dikenalpasti. Sehingga kini, pihak kerajaan masih belum dapat menyiasat jenis peluru dan sarung pistol yang digunakan dalam kes pembunuhan tersebut. Selain itu, proses bedah siasat terhadap kesemua mayat tersebut kurang berkualti kerana gagal mengenalpasti jenis pistol yang digunakan, cara penembakkan dan jenis-jenis luka yang mampu dijadikan bahan bukti dalam menjejaki pengganas sebenar.


Mangsa yang telah dibunuh terdiri daripada askar, dan polis yang ditugaskan dalam 3 kawasan Wilayah Selatan Thailand. Selain itu, mangsa lain termasuklah pendakwah Islam, Wakil Rakyat, kaki tangan kerajaan, suspek yang disyaki pengganas atau mereka yang menghadiri kursus kerajaan, dan mereka yang dibebaskan oleh mahkamah dari tuduhan pengganas. Rentetan peristiwa ini, banyak pihak percaya bahawa pembunuhan tersebut dilakukan oleh askar-askar di bawah jabatan pertahanan dengan cara membunuh di luar kawalan mahkamah (Extra-judicial Killing).


Pihak Cross Cutural Foundation turut mempersetujui bahawa pembunuhan yang berlaku setiap hari memberi gambaran bahawa jalan penyelesaian yang sedia ada tidak berjaya memberi sebarang impak positif. Oleh itu, berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan untuk perhatian pihak kerajaan;


1) cadangan kepada pihak kerajaan untuk melantik satu pertubuhan bebas bagi menyiasat, dan mengkaji pengubalan polisi untuk menganalpasti penindasan pengganas supaya dapat mengebalikan kepercayaan rakyat. Pihak organisasi kemanusiaan dalam dan luar negara mempercayai bahawa proses penyiasatan yang adil dapat dijadikan sebagai langkah menuju keamanan dalam erti kata yang sebenar. Melalui penyiasatan yang adil ini, semua pihak termasuk kakitangan kerajaan harus diadili secara sama rata.


2) Pihak kerajaan ditugas untuk melindungi hak asasi manusia. Oleh itu pihak dari Ibu Pejabat Polis perlu melaporkan tentang siasatan yang dijalankan terhadap rakyat supaya rakyat lebih jelas mengenai kes yang sedang dijalankan. Hal ini kerana siasatan yang dijalankan akan lebih rapi dan telus, malah pihak kerajaan ataupun pihak yang berkenaan dapat mengetahui maklumat mengenai hal tersebut.


3) Cadangan kepada kementerian keadilan sepaya memulakan revolusi dalam kawasan 3 wilayah Selatan Thailand untuk mengurangkan ketidakadilan yang akan berlaku. Perkara tersebut adalah salah satu cara untuk menghalang penganas yang sebenar bebas dari hukuman. Contohnya proses soal siasat kepada polis oleh kementerian keadilan yang ditugaskan untuk menyiasat kes-kes yang telah berlaku. Selain itu, ia dapat mengalakkan pendakwa raya supaya bertugas dengan semperna, mangalakkan bukti bedah siasat yang lebih bermutu yang dapat meyakinkan rakyat dan orang awam. Di samping itu juga, ia dapat memberi kesan supaya penyiasatan dapat berjalan dengan rapi dan telus dan dapat memberi keadilan kepada semua pihak.


4) Mengalakkan rakyat lebih memahami undang-undang terutamanya akta 150 yang merangkumi siasatan kematian, pengesahan kematian dan bedah siasat mayat mengikut agama masing-masing. Dengan itu, proses untuk menegakkan keadilan lebih berkualiti dan dapat menambahkan kepercayaan rakyat.


No comments: