Thursday, March 21, 2013

Letupan Bom Di Tengah Bandar Patani Seorang Terbunuh dan 18 cedera









Seorang anak lelaki  Nik Sofian 9 tahun maut dalam kejadian letupan bom di sini dan 18 orang cedera.Nik Sofian mati ditempat kejadian. Ibunya,Wan Limah Jehloh  juga turut cedera.

Menurut saksi 10 orang Melayu Patani cedera dan bakinya adalah orang Thai. Kesemuanya telah dikejarkan ke Hospital Patani.

Pihak polis menuduh pihak pejuang yang melakukannya. Tetapi menurut seorang pemerhati ianya dilakukan oleh pihak ketiga.




Tuesday, March 19, 2013

Surat Kepada Ayah


Buat Ayahku yang jauh dimata.
Ayah! Adik selalu menangis. Dia bertanya ke mana ayah pergi. Kenapa ayah pergi begitu lama.Sudah dua kali Hari Raya ayahanda tidak pulang. Sudah dua tahun kami tidak merasa baju baru.

Kata ibu, ayah  pergi jauh. Ya jauh sungguh ayah pergi. Mungkin ke Malaysia. Begitulah selalunya kata kawanku. Aku tidak tahu di mana Malaysia.

Biasanya setiap kali menjelang hari raya ayah akan belikan baju,kasut baju kepada aku dan adik-adik.

Ayah, semasa ketiadaan ayah,ibulah mencari wang untuk kami. Pagi-pagi ibu sudah turun mencari rezeki.Getah di kebun sudah boleh ditoreh. Itulah kemahiran yang ibu ada. Menoreh getah. Selepas pulang dari kebun ibu berehat sebentar. Kasihan ibu! Awal pagi dia sudah menyiapkan sarapan untuk kami.

Biasanya ibu pulang ke rumah sebelum jam 11.00 pagi. Selepas mandi ibu akan mengerjakan solat dhuha.

Ayah, bila pulang nanti belilah buku dan Al-Quran untuk adik-adik. Baju yang ada sudah lusuh.Kasut yang ada sudah haus tapak kakinya.

Ayah,saya sudah boleh menghafal 15 juzuk Al-Quran. Petang tadi orang berbaju hitam masuk ke kampung kita.Dia telah menembak Tok Nabe selepas solat Asar. Tok Nabe cedera parah.Dia telah dibawa ke Hospital Yala!

Tuesday, March 5, 2013

Penduduk Dakwa Harta Dirampas

Baru-baru ini beberapa buah kumpulan NGO dari Patani dan Bangkok melawat ke kampung-kampung di wilayah Narathiwat. Ngo ini namanya "Kumpulan Dengan Hati"



Pada tanggal 19 Februari 2013 yang lalu kumpulan ini atas nama Children voice for Peace telah mengadakan  kursus "bantu diri dan suara rakyat" kepada penduduk kampung dan sekitarnya.Program ini diadakan supaya penduduk memahami hak mereka dan berani menuntut keadilan secara aman.

Program ini terpaksa berhenti diawal lagi kerana diganggu dan dihalau oleh pihak tentera.Tentera bimbang dua  isu panas iaitu perlanggaran hak penduduk yang dilakukannya diketahui olehmedia dan masyarakat umum.

Isu pertama berlaku terhadap dua orang murid sekolah agama di Kampung Pupur yang berumur 14 dan 16 tahun. Mereka telah ditampar oleh tentera kerajaan Thai Buddha ketika sedang berbaris sebelum memasuki kelas. Waktu itu pagi. Mereka ini ditampar di hadapan murid lain tanpa sebarang sebab!


Isu kedua berlaku terhadap Puan Rasidah Ceksu,52 di Resak,Narathiwat. Semua hartanya simpanannya dirampas oleh pihak tentera Thai ketika mengepung dan menyiasat rumahnya.Harta itu ialah rantai leher emas.Rantai leher ini adalah harta pusaka yang  tak ternilai bagi keluarganya.

                                                     Pintu belakang rumah Puan Rasidah yang dimasuki tentera


Pada mulanya tentera menafikannya tetapi terpaksa mengaku bersalah setelah penduduk bangun melawan dan membuat laporan kepada badan hak asasi manusia dan peguam di Narathiwat.


Selepas kejadian keluarga dan penduduk kampung serta pekerja NGO diugut keras agar tidak membocor kejadian ini kepada pengetahuan umum.

Sebelum ini setiap kali tentera masuk kampung untuk mencari pejuang dan menyiasat, harta orang kampung dirampas. Sebelum ini penduduk berasa takut untuk mengadu kepada polis kerana diugut oleh tentera.Tetapi selepas kejadian yang berlaku ke atas Puan Rasidah mereka berani melawan demi mendapat hak dan menuntut keadilan yang dirampas oleh tentera Thai.




Kejadian ini menimbulkan semangat baru dan kekuatan untuk bangun melawan demi hak asasi dan keadilan yang rampas.


Sumber: 1.Sang Pupuri
             2.DeepSouth Journalism




Thursday, February 28, 2013

Barisan Revolusi Nasional Ke Meja Rundingan

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Thailand,Lt Jeneral Paradom Pattanatabut  berkata  Barisan Revolusi Nasional bersetuju untuk mengadakan dialog  berhubung dengan kedamaian di Ujung Selatan negara itu.

PIhak BNR diwalkili oleh Ustaz Hassan Taib  selaku pegawai perhubungan badan itu.











Lt. Jeneral Paradorn  berada di Kuala Lumpur  untuk menandatangani perjanjian dialog dengan wakil BNR,Ustaz Hassan  Taib.

Friday, February 22, 2013

Gerila Fathani Serah Diri

Tiga orang lelaki yang mendakwa diri mereka pejuang telah menyerah diri kepada pihak berkuasa Thai setelah bersembunyi di Malaysia,demikian menurut laporan Bangkok  Post.

Tiga orang lelaki itu,Rosli Masa, 31.Mahadi Durae,30dan Arwi Leelawi,31. Semua berasal dari Tabal,wilayah Narathiwat.

Mereka mengambil keputusan untuk menyerah diri setelah penat menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa selama lima  tahun  di  Malaysia.

                                                                                           
                                                                                                                       
Menurut Rosli  beliau telah lama berhasrat untukmenyerah diri  tetapi  tidak berpeluang  untuk berbuat demikian.

Rosli menjelaskan lagi ada 27 orang lagi  yang tinggal di Malaysia berhasrat untuk menyerah diri tetapi masih ragu-ragu dengan layanan pihak berkuasa  Thai.


Turut hadir dalam majlis itu ialah pegawai daerah Tabal Somsak Sitthivorakan,ketua  polis Pol Col Prayong
Kotesaka dan  pegawai  pemerintah  36  Lt.  Col Wutthaya  Chantamas.

Gambar oleh Waedao Haraj





Sunday, February 17, 2013

Konflik 1786 di selatan Thailand kian parah

Konflik 1786 di selatan Thailand kian parah

2 Orang Sukarelawan Pertahanan Awam Terbunuh

Dua orang sukarelawan pasukan pertahanan awam terbunuh dalam letupan bom yang berlaku pada jam 11.49 pagi waktu Thailand. Kejadian itu berlaku di jam besar dipersimpangan Jalan Piphit, daerah Muang yang berhadapan dengan restoran  'Big Ben'.11 orang dilaporkan cedera.

Menurut Col Tuandir Juthanat,ketua polis daerah Muang letupan bom telah merosakan restoran dan 10 buah rumahkedai. Sebuah kereta dan lebih daripada 10 buah motorsikal telah musnah.

Nama dua orang ahli pasukan sukarelawan yang terbunuh ialah Viroj Chanthasiri dan Sukri Duere.




Oleh Somchai

Saturday, February 16, 2013

Letupan Bom Di Bandar Patani(Ahad 17 Feb 2013)

Letupan bom semalam mencederakan seorang lelaki.Sementara itu pihak keselamatan telah berjaya kematian bom yang kedua didalam motorsikal roda tiga.

Polis berkata letupan itu berlaku pada jam 12.30 malam (Ahad) di daerah Muang.

Pon Chumpon 41,terkena serpihan bom dan telah dikejarkan ke Hospital Patani/

Kejadian pada malam itu menjadi kelam kabut dan ketakutan menguasai penduduk tempatan.


Oleh Somchai.


                                            Pasaraya Diana rosak teruk akibat letupan bom







Sumber gambar::ASTVsouth.com