Tuesday, March 19, 2013

Surat Kepada Ayah


Buat Ayahku yang jauh dimata.
Ayah! Adik selalu menangis. Dia bertanya ke mana ayah pergi. Kenapa ayah pergi begitu lama.Sudah dua kali Hari Raya ayahanda tidak pulang. Sudah dua tahun kami tidak merasa baju baru.

Kata ibu, ayah  pergi jauh. Ya jauh sungguh ayah pergi. Mungkin ke Malaysia. Begitulah selalunya kata kawanku. Aku tidak tahu di mana Malaysia.

Biasanya setiap kali menjelang hari raya ayah akan belikan baju,kasut baju kepada aku dan adik-adik.

Ayah, semasa ketiadaan ayah,ibulah mencari wang untuk kami. Pagi-pagi ibu sudah turun mencari rezeki.Getah di kebun sudah boleh ditoreh. Itulah kemahiran yang ibu ada. Menoreh getah. Selepas pulang dari kebun ibu berehat sebentar. Kasihan ibu! Awal pagi dia sudah menyiapkan sarapan untuk kami.

Biasanya ibu pulang ke rumah sebelum jam 11.00 pagi. Selepas mandi ibu akan mengerjakan solat dhuha.

Ayah, bila pulang nanti belilah buku dan Al-Quran untuk adik-adik. Baju yang ada sudah lusuh.Kasut yang ada sudah haus tapak kakinya.

Ayah,saya sudah boleh menghafal 15 juzuk Al-Quran. Petang tadi orang berbaju hitam masuk ke kampung kita.Dia telah menembak Tok Nabe selepas solat Asar. Tok Nabe cedera parah.Dia telah dibawa ke Hospital Yala!

No comments: