Pada tanggal 19 Februari 2013 yang lalu kumpulan ini atas nama Children voice for Peace telah mengadakan kursus "bantu diri dan suara rakyat" kepada penduduk kampung dan sekitarnya.Program ini diadakan supaya penduduk memahami hak mereka dan berani menuntut keadilan secara aman.
Program ini terpaksa berhenti diawal lagi kerana diganggu dan dihalau oleh pihak tentera.Tentera bimbang dua isu panas iaitu perlanggaran hak penduduk yang dilakukannya diketahui olehmedia dan masyarakat umum.
Isu pertama berlaku terhadap dua orang murid sekolah agama di Kampung Pupur yang berumur 14 dan 16 tahun. Mereka telah ditampar oleh tentera kerajaan Thai Buddha ketika sedang berbaris sebelum memasuki kelas. Waktu itu pagi. Mereka ini ditampar di hadapan murid lain tanpa sebarang sebab!
Isu kedua berlaku terhadap Puan Rasidah Ceksu,52 di Resak,Narathiwat. Semua hartanya simpanannya dirampas oleh pihak tentera Thai ketika mengepung dan menyiasat rumahnya.Harta itu ialah rantai leher emas.Rantai leher ini adalah harta pusaka yang tak ternilai bagi keluarganya.
Pintu belakang rumah Puan Rasidah yang dimasuki tentera
Pada mulanya tentera menafikannya tetapi terpaksa mengaku bersalah setelah penduduk bangun melawan dan membuat laporan kepada badan hak asasi manusia dan peguam di Narathiwat.
Selepas kejadian keluarga dan penduduk kampung serta pekerja NGO diugut keras agar tidak membocor kejadian ini kepada pengetahuan umum.
Sebelum ini setiap kali tentera masuk kampung untuk mencari pejuang dan menyiasat, harta orang kampung dirampas. Sebelum ini penduduk berasa takut untuk mengadu kepada polis kerana diugut oleh tentera.Tetapi selepas kejadian yang berlaku ke atas Puan Rasidah mereka berani melawan demi mendapat hak dan menuntut keadilan yang dirampas oleh tentera Thai.
Kejadian ini menimbulkan semangat baru dan kekuatan untuk bangun melawan demi hak asasi dan keadilan yang rampas.
Sumber: 1.Sang Pupuri
2.DeepSouth Journalism
No comments:
Post a Comment