Monday, October 20, 2014

Sekitar Program Korban dan Ziarah 1435H di Hujung Selatan

Tok Imam Masjid Kampung Damar Buah Menyembelih Binatang Ternakan Untuk Korban Tahun Ini.

Kerja-Kerja Melapah Lembu Korban oleh Penduduk Kampung Damar Buah

Kaum Hawa/Ibu-Ibu Sedang Menyiapkan Bahan Masakan

Ayah-Ayah dan Pemuda Sedang Memotong Daging dan Tulang Untuk di Masak dan di Edarkan.

Kenduri untuk Penduduk Kampung.

Ziarah Keluarga Konflik di Sekitar Kampung


Kedai Kopi yang pernah menjadi sasaran tembakan  

Pembahagian Daging Korban

Penyembelihan di Kampung Ubing, Jaha

Sumbangan kepada Keluarga

Perbincangan dengan Para Ibu dan Wanita yang aktif dalam memperjuangan hak wanita bersama Kumpulan NGO HAP
 
Melawat "Rumah" Memproses Pembuatan Sos Cili yang Usahakan Oleh Para Ibu dengan Kerjasama Kumpulan NGO Deep Peace

AMANI MALAYSIA dengan rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan/en/cik yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan ibadah korban di Hujung Selatan tahun ini. Semoga segala usaha ini, diberkati oleh ALLAH Subhanahu wa ta'ala.
 





Monday, June 16, 2014

PROGRAM IBADAH KORBAN AIDIL ADHA 1435H DI HUJUNG SELATAN

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi dan al-Hakim, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud : "Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh ALLAH Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh ke bumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban".




AMANI MALAYSIA mengalu-alukan tuan/puan/en/cik untuk bersama-sama kami melaksanakan ibadat korban di Hujung Selatan. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Cik Afifaliza (017-413 3858) atau Ustaz Kamaruddin Kasim (013-525 2663)

Thursday, March 6, 2014

Plan Kompleks Rumah Anak Yatim Deep South

Di bawah ini kami turunkan plan kompleks rumah yatim yang merangkumi asrama. sekolah. masjid dan pejabat pentadbiran.











Tuesday, March 4, 2014

Perjalanan Ke Kampung Kunyit

Perjalanan untuk menziarahi jenazah As Asyahid Ustaz Khairi memakan masa lebih kurang 40 minit dari Jala Israel. Cuaca cukup panas hari itu. Kami yang lelaki naik kereta Zamree dan duduk di belakang.Kami berbumbungkan langit cerah.

Sepanjang jalan ke menuju ke rumah  As syahid kami disapa oleh pohon getah yang daun kekuningan.Tentulah kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah.

Rumah as syhid jauh di pedalaman. Kami terpaksa melalui kawasan yang dipenuhi dengan sawah padi. Ada jalan yang tidak diturap dengan tar .Debu berterbangan menyesak dada. Bumi Fathani Darussalam cukup subur. Sayang sekali bumi ini sentiasa bergolak dan berkocak angkara orang bersenjata dan pemerintahan yang tidak stabil.

Penembakan berlalu setiap hari ketas orang awam,khususnya Tok Guru dan guru agama. Menurut sebuah blog ankara pembunuhan ini dilakukan oleh skuad pembunuhan khas. Dan orang kampung mengiyakannya.

Kami daripada NGO Aman Patani berkesempatan pergi ke rumah dan menziarahi as syahid Ustaz Khairi serta bertemu dengan isterinya, Puan Nafisah Hashim. Rumah as syahid kelihatan uzur tapi kayunya masih kukuh berdiri menerima tetamu hari itu.

Pihak kami berasa lega dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada Puan Nafisah.Beliau kelihatan begitu terharu menerima sumbangan yang tidak seberapa daripada Aman Patani. Kami pun berasa lapangan dada dapat berbuat bagi meringankan beban Puan Nafisah sekeluarga.








Oleh  TS Kembara

Sunday, March 2, 2014

Guru Agama Menjadi Sasaran Orang bersenjata

Ketika pihak tertentu mengusahakan perdamaian di Hujung Selatan,ada orang yang bersenjata telah mencantasnya. Kejadian menembak guru agama tidak pernah reda.Kematian guru agama yang bernama Ustaz Khairi Abdul Rahman 57 membuktikan keadilan masih jauh lagi. Pesalah tidak dibawa ke muka keadilan. Keselamatan guru agama kian terancam.

Beliau berasal dari Kampung Kunyit,Mukim Tempoyak,Jeringo,Menara. Ustaz Khairi dan anaknya ditembak oleh dua orang lelaki yang bersenjata dalam perjalanan menuju tempat kerja. Beliau mati ditempat kejadian akibat tembakan dibahagian rusok dan di tepi pinggang. Anak lelakinya Haris, 17 cedera di bahagian paha dan dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Beliau ditembak kira-kira 300 meter daripada Madrasah Quranil Karim.  Beliau meninggalkan seorang isteri,Pn Nafisah 50,dua orang anak perempuan berumur 20 dan 14 tahun.

Anak sulongnya  Suraini baru pulang bercuti  dari Indonesia.Suraini masih menuntut di Universiti Wahid Hashin, Semarang Indonesia. Fatimah 14 juga masih menuntut.

Menurut isterinya, Puan Nafisah Hashim, suami keluar  ke tempat kerja dengan menunggang motorsikal bersama anak lelakinya Haris.

Jenazah Ustaz Khairi dikebumikan selepas solat asar 2 Mac,2014.





Gambar: Aman Patani
Kamaruddin Kassim

Friday, January 24, 2014

Pada Mu Jua Ku Pohon

Gambar dikanan,Alauddin,tengah Ustaz Kamaruddin dan Zulkifli.



Muhammad Alauddin(Aladi) pengerusi terkini NGO Deep Peace turun ke padang bertemu dengan peniaga Tom Yam di sekitar bandar Alor Setar baru-baru ini. Tujuan mereka ialah meletakkan tabung bagi membiayai dan menyiapkan kompleks pendidikan anak yatim di Kampung Baloi,Mukim Baloi, Jambu,Patani.


Menurut Sdr. Alauddin setakat 1 300 orang anak yatim yang berdaftar dibawah Deep Peace.

Kunjungan mereka selama 2 hari ke sini mendapat sambutan yang cukup menggalakan.

Deep Peace merupakan salah satu NGO yang membantu anak yatim di bumi Fathoni Darussalam.Di sini Deep Peace bekerjasama dengan Aman Patani,sebuah NGO di Malaysia, yang ditubuhkan khusus untuk rakyat Patani dalam soal kebajikan.


Tuhan yang Maha Esa,
alangkah sedihnya melihat anak yatim terbiar melarat.
hidup yang tergadai
Dalam masyarakat yang diternak oleh penjajah.

Di sini juga aku mendengar suara
suara jerit orang yang terluka.

Anak-anak yatim di jalan
Yang tinggal dalam sepi
Yang ayahnya tewas di medan...

Janganlah kita remehkan mereka
Anak-anak yatim berbaris sepanjang sejarah
Bersama duka yang dibawa berlari
Mereka juga dari khemah Ibrahim

Oleh Shakir  Taha

NENEK! OH! NENEK!


Nenek Oh! Nenek!
Saksikanlah cucumu ini
Masih beredam airmata 
Tanah milik kami 
Dijajah orang 

Saudara kami di seberang sana.
Bebas MERDEKA! 

Nenek!
Bapa kami belum pulang
Setiap hari kami merindui kepulangannya
Katanya,"nanti Bapa belikan  baju dan buku" 

Nenek!
Bila orang merampas hak kita
Adakah salah kami menuntut balik hak kami....?
Langit dan mentari mengetahui itu hak kami
Kami hanya menuntut hak kami

TANAH PUSAKA YANG TERLUKA! 

Oleh Hay bin Yazan

Tuesday, January 21, 2014

Bernaung Di Bawah Rumpun Kasih

Bila tiba waktu mereka akan berpindah dan menetap di sini. Di sinilah mereka akan menetap dalam jangka waktu yang mereka sendiri tidak mengetahui. Mereka ialah anak yatim dan yatim piatu. Mereka tidak minta dilahirkan begini.

Manusia perlu tempat tinggal dan kasih sayang. Untuk tujuan ini NGO Deep Peace dengan kudrat yang ada, ditambah pula oleh masyarakat yang perihatin serta dibantu oleh NGO daripada Malaysia Aman Patani bersetuju mendirikan Komplek Anak Yatim di atas tanah seluas 8 ekar di Kampung Baloi, Mukim Baloi, Jambu(Yaring) wilayah Patani.

Gambar kiri,Encik Zambree (penyelaras projek)

Menurut Encik Zambree, fasa pertama ialah menyiapkan bangunan untuk asrama lelaki. Peringkat ini pihaknya menyiapkan satu tingkat dahulu.Bila cukup dana tingkat dua akan dibangunkan. Setakat sebanyak 1.1juta bath telah dibelanja.Untuk menyiapkan keseluruhan bangunan asrama lelaki dijangka memerlukan 6 juta bath.

Encik Zambree berkata,"Bila siap sebahagian daripada komplek ini pejabat Deep Peace akan berpindah ke sini. Kg Baloi terletak kira-kira 30 kilometer daripada bandar Patani.

Di komplek ini juga akan dibangunkan sekolah aliran Melayu bagi memperkasakan pendidikan anak Patani.



Ini ialah asrama lelaki yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini.











Bahagian depan asrama lelaki.Di sekitar asrama ditanam dengan pohon herba yang cukup berguna untuk manusia.














Jalan masuk ke asrama lelaki dipenuhi dengan pohon-pohon kayu dan herba.

Persatuan Perempuan Patani yang diketuai oleh Cik Norizan Abdilah turut menjayakan komplek anak yatim. Mereka berusaha mendapatkan sumbangan bagi menyegerakan siapnya komplek ini.

Menurut Encik Zambree lagi,ramai orang Islam dari Malaysia,Singapura,Indonesia dan Brunei turut memberikan sumbangan.

Beliau juga berharap umat Islam terus memberikan sumbangan untuk menyiapkan komplek anak yatim ini.


Oleh Shakir   Taha

Sunday, January 5, 2014

SENYUM DALAM TANGISAN BERSAMA AMAN PATANI

Patani Darussalam tanah pusaka bertuah.
Dahulu berdaulat dan merdeka.
Kitab karangan Sheikh Daud masih tetap dikaji dan ditela'ah walaupun ada yang membenci.
Telaga masih diguna pakai dan dijaga dengan elok.







Pusaka bangsa tetap dipelihara.
Biarpun ditelan usia.
Ia masih boleh berbakti di waktu sepi.
Airnya tetap segar.
Berkat doa Sheikh yang aulia.
Bertahun-tahun telaga ini berbakti untuk umat.




Hari-hari penuh luka.
Angkara durjana merebut tanah bertuah.
Hari-hari darah melimpah.
Hari-hari adalah hari syahid.

Rathaniyom,Rathaniyom,Rathaniyom.
kerana mu
Senggora menjadi Songkhala
Ligor menjadi Nakhorn Sri Thamarat
Bendang Setar kepada Ban Nang Sata
Binjai kepaa Yarang
Jambu kepada Yaring
Ada anak bangsa yang berasa bangga menggunakan bahasa mu, Oh! Rathaniyom.

Mesjid Kerisik namamu tetap disebut orang zaman berzaman.
Sejarah berdarah 28 April 2004.
32 orang anak muda syahid.
Mereka berumur antara 16-34tahun.
Lapan puluh lagi terkorban.
Kematian di sini dianggap perkara biasa!

Di Mesjid Kerisik menampakan wajah sebenar kerajaan Gajah Putih.

Membunuh umat Islam bukanlah suatu kesalaHAN!




Oleh Shakir  Taha